Bagaimana melaksanakan azam menjadi usahawanHari ini dah masuk tahun baru 2014. Masing-masing tentu dah ada azam yang terpahat diminda samada secara jelas atau masih samar-samar.

Jika anda masuk dari carian Google dan membaca blog hidupringkas.com ini, berkemungkinan anda ada azam tahun baru menjadi usahawan. Sebab blog ini banyak berkongsikan hal ehwal keusahawanan.

Oleh itu elok saya kongsikan sedikit panduan bagaimana melaksanakan azam tahun baru untuk menjadi usahawan di sini sementara masih awal melangkah ke gerang tahun baru 2014.

Pencerahan azam tahun baru menjadi usahawan

Sebelum dimulakan elok kita faham terlebih dulu semua perkataan azam tahun baru menjadi usahawan agar lebih mudah gambaran dibentuk dalam kepala kita untuk dilaksanakan.

  • Azam – perkataan azam ini lebih kuat daripada hasrat. Ia ukan sekadar impian yang bermula dengan perkataan ‘kalau’. Ia lebih kepada tekad yang dilafazkan dengan muka serius sambil mengertap gigi. Ertinya kita memang nak usahakannya sampai jadi.
  • Tahun baru – Kita bukan mahu ambil tahun baru syamsiah ini sebagai keberkatan untuk memulakan sesuatu. Kita sekadar menggunakannya sebagai ukuran masa yang mudah untuk dijadikan ukuran. Sebagai makhluk, kita terikat kepada masa. Oleh itu ia perlu dpertimbangkan dalam apa saja perancangan yang kita buat.
  • Menjadi usahawan – Menjadi usahawan adalah hasil yang kita mahukan. Ia tidak boleh diukur tahap kesampaiannya. Ia lebih kepada ya aau tidak. Oleh itu perlu kita terjemahkan perkataan usahawan kepada sesuatu yang boleh diukur agar lebih mudah untuk kita menilai samada sudah sampai atau tidak.

Setelah kita jelas dengan semua perkataan yang kita ulang dalam minda sebelum ini, ia bertukar menjadi lebih bermakna dan tidak lagi hanya sekadar samar-samar.

Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk pastikan azam tahun baru menjadi usahawan berjaya diusahakan sepanjang tahun 2014 ini.

Bagaimana melaksanakan azam tahun baru menjadi usahawan

Langkah pertama yang mesti ada adalah satu gambaran jelas terhadap azam yang telah diperkatakan di atas. Moga anda sudah jelas sekarang.

Setelah jelas dasar dan hala tuju di atas, mari kita rangkakan pula strategi membina sistem untuk menjadi usahawan.

Apa yang perlu ada untuk menjadi seorang usahawan?

Untuk menjadi seorang usahawan, seseorang itu perlu mempunyai perkara-perkara berikut:

  1. Perniagaan – Usahawan perlu menjalankan perniagaan. Oleh itu perlu ada idea perniagaan yang akan dijalankan.
  2. Kenalan – Usahawan perlu ramai kenalan. Orang yang tak ramai kawan lebih sukar untuk jalankan perniagaan.
  3. Ilmu atau kemahiran – Ilmu perniagaan dan kemahiran tentang konsep keusahawanan perlu ada. Apapun perlu ada ilmu. Itu perkara asas yang semua orang tahu.
  4. Kewangan – Samada duit itu kita punya atau orang lain punya, duit tetap ada dalam rantaian proses menjalankan perniagaan. Kita tak boleh mengelak dari menggunakan duit di zaman ini.
  5. Stamina – Stamina perlu kuat jika nak jadi usahawan. Tak boleh ada perkataan letih dan mahu berhenti jika nak jadi usahawan.
  6. Disiplin – Disiplin juga amat penting. Tanpa disiplin yang tinggi, ramai yang akan gagal kalu cuba-cuba nak jadi usahawan.
  7. Kesabaran – Ini perkara asas yang sentiasa diperlukan setiap kali rasa letih, rasa gagal dan sebagainya. hanya sabar mampu membuatkan kita istiqamah dalam segala urusan.

Apa perlu buat untuk mendapatkan semua keperluan menjadi usahawan di atas

Bila anda dah jelas dengan apa yang saya ceritakan di atas, maka berikut saya berikan cadangan senarai yang perlu ada dalam azam tahun baru anda untuk menjadi usahawan.

  1. Membuat senarai idea perniagaan dengan masukkan satu idea perniagaan baru setiap minggu. Mencari  idea perniagaan baru, mengkajinya dengan mendalam dan cuba menyelami industri perniagaan tersebut.
  2. Bertemu dengan seorang kenalan baru. Pastikan anda berusaha berkenalan dan bertemu dengan rakan baru sekurang-kurangnya satu orang seminggu.
  3. Menyertai seminar atau perjumpaan keusahawanan sebulan sekali. Anda boleh mulakan dengan menyertai Bengkel Menilai Potensi Perniagaan yang saya anjurkan. Klik di sini untuk mendaftar.
  4. Membaca blog Hidupringkas.com setiap hari atau mendaftar sebagai ahli Kelab Kelab Ushawan HR untuk dapatkan tips keusahawanan seminggu sekali. Klik di sini untuk menjadi ahli.
  5. Membaca satu buku baru setiap bulan atau lebih kerap lagi. Belilah buku berkaitan perniagaan, biography orang berjaya dan seumpamanya untuk menambahkan ilmu.
  6. Mengenali senarai bank atau institusi kerajaan yang menawarkan pinjaman wang. Pastikan anda tambah satu institusi setiap bulan. Cari maklumat dan juga kenalan yang boleh membantu.
  7. Tambah seorang kawan yang banyak duit setiap bulan. Selain daripada institusi kewangan, individu juga boleh menjadi sumber duit modal memulakan perniagaan anda.
  8. Pastikan anda ikuti segala azam yang dibuat walaupun malas datang menghimpit. Ini boleh menambahkan stamina keusahawanan.
  9. Berlari atau berjogging atau berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya 45 minit. Ini menambahkan kesihatan dan seterusnya meningkatkan tahap stamina mental dan fizikal.
  10. Tidur yang cukup 7 ke 8 jam setiap hari. Ini juga untuk tingkatkan kesihatan dan menaikkan tahap stamina mental dan fizikal.
  11. Makan sayur dan buah sepinggan besar setiap hari. Ini juga untuk kesihatan, stamina mental dan fizikal.
  12. Puasa sunat isnin dan khamis. Mulakan berpuasa sunat untuk kesihatan, stamina dan disiplin diri. Kalau tak mampu setiap isnin dan khamis, puasalah awal, pertengah dan hujung bulan Islam.
  13. Pastikan anda sentiasa awal sekurang-kurangnya 15 minit dalam setiap temu janji. Jika anda makan gaji, jadikan semua perjalanan anda ke arah untuk sampai awal 15 minit awal.
  14. Berhujah dengan pandangan yang agak kontroversi seminggu sekali dengan orang. Janagn berhujah macam orang bodoh, pastikan ada maklumat dan berbincanglah. Pastikan jika ada tak setuju dengan pendapat orang, luahkan agar dapat berhujah. Ingat!, tujuannya bukan untuk menang, tapi untuk bersabar sehingga perbincangan habis. ini menambahkan tahap kesabaran anda.
  15. Sertai persatuan atau jadi ahli jawatan kuasa mana-mana perkumpulan. Bila jadi ahli jawatan kuasan, pastikan hadir dalam semua perjumlaan. ini peluang untuk dapatkan kenalan baru, berdisiplin, bersabar bila cadangan ditolak dan sebagainya.

Apa yang saya senaraikan adalah contoh-contoh azam yang perlu ada dalam senarai azam tahun baru anda untuk menjadi usahawan. Anda boleh fikirkan idea lain asalkan ia dapat membentuk sistem dan membina tabiat dalam diri anda. Selamat mencuba!!! (sumber gambar)

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

7 comments

  1. Yup, pengetahuan atau pengalaman tentang sesuatu perniagaan itu penting sebelum memulakan perniagaan itu sendiri. Fakta yg rakan kita berjaya dalam sesuatu perniagaan does not mean kita kena masuk dalam industri yg sama. Kita perlu nilaikan kemahiran diri itu dan lihat potensi kita dalam melaksanakan sesuatu projek itu. Acapkali, perniagaan menjadi satu mimpi ngeri bila bakal perniaga speculate kerja dan untung yang bakal diperolehi.
    Aspek pemantuhan undang-undang (perlesenan, cukai, insuran jika ada dll) juga perlu diketahui agar bajet tidak lari nanti. Pendapat sekupang dari kawe 😀
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted…Lifting The FIFA World Cup TrophyMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge