Panduan mencari idea perniagaanKebiasaanya orang yang belum berniaga sentiasa berusaha mencari idea perniagaan yang boleh dijalankannya satu hari nanti.

Bagi orang yang dah berniaga pula, biasanya merasa amat sukar untuk mencari idea perniagaan yang baru untuk mempelbagaikan empayar perniagaan mereka.

Bagi orang yang tak ada pengalaman dalam dunia keusahawanan pula biasanya akan melihat apa yang dia suka dalam mencari idea perniagaan.

Jika dia suka minum di cafe berprestij atau ekslusif, itulah yang akan jadi idea perniagaannya.

Kalau dia suka makan di kedai kampung ada banyak kuih tradisional, itulah yang akan jadi idea perniagaannya.

Mungkin orang jenis sebegini agak ramai. Mereka akan anggap apa saja yang mereka suka, tentu semua orang lain juga akan suka.

Mencari idea perniagaan berdasarkan apa yang kta suka biasanya akan mengundang masalah jika tidak kena gayanya. Perniagaan dijalankan untuk menjual produk atau perkhidmatan pada orang lain, dan bukannya untuk menjual pada diri sendiri. (sumber imej)

Ikuti panduan mencari idea perniagaan di bawah

Oleh itu jika anda sedang mencari idea perniagaan, anda mesti mempunyai satu panduan khas yang boleh membantu untuk merangka satu perniagaan yang bukan syok sendiri.

Berikut saya berikan sedikit petua yang boleh digunakan untuk merangka atau mencari idea perniagaan anda.

Panduan #1 – Penuhi Keperluan

Pastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan diperlukan oleh orang ramai. Ianya bukanlah sekadar satu keinginan yang kalau tidak dapat dimiliki boleh ditangguhkan.

Samada sesuatu itu menjadi keperluan atau hanya sekadar keinginan, bergantung pada taraf hidup atau lebih tepat lagi demografik seseorang itu. Oleh itu ilmu mengenai demografik dan gaya hidup manusia dalam berbagai golongan tersebut akan banyak membantu anda dalam mencari idea perniagaan.

Panduan #2 – Sesuatu yang boleh dilihat

Antara perkara paling sukar untuk meyakinkan manusia adalah bercerita tanpa menunjukkan bukti yang boleh dilihat. Jika manusia itu percaya sekalipun, otaknya tidak dapat merakamkan gambaran jelas bagaimana rupanya keadaaan tersebut. Ini membuatkan desakan untuk memegang keyakinan sebegitu menjadi terlalu rendah.

Begitu juga dalam mencari idea perniagaan, biarlah tawaran atau perkhidmatan yang ditawarkan dapat dipamerkan dengan jelas dan memudahkan pelanggan meyakini kebaikan tawaran anda.

Contoh sesuatu yang tak boleh dilihat adalah dalam perkara pencegahan. Jika sesuatu amalan atau gaya hidup dijadikan kebiasaan, maka anda akan sihat dan tidak gemuk. Sudah tentu menjual produk atau khidmat sebegitu agak sukar kerana semua orang yang buat begitu tidak akan berkesempatan menyaksikan perkara yang tak akan berlaku jika amalan tersebut dilakukan.

Jika idea sebegitu mahu juga dijadikan sebagai idea perniagaan, maka pastikan anda berusaha mempamerkan sesuatu yang pelanggan dapat lihat.

Banyak perniagaan yang malap dan kurang mendapat sambutan disebabkan mereka menjual sesuatu yang orang lain tak mampu melihatnya.

Ok! sekakat itu dulu kali ini. Ada urusan kerja yang perlu diselesaikan dengan segera. Insyaallah saya akan sambung lagi beberapa tips lain selepas ini sebagai panduan mencari idea perniagaan buat anda yang sedang mencari idea nak berniaga apa.

Sambungan panduan mencari idea perniagaan:

Total
7
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge