Bagaimana merangka sebuah rancangan perniagaanSaya dah pernah tulis sebelum ini sama ada perlukah rancangan perniagaan sebelum seseorang usahawan itu menjalankan perniagaannya.

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya tak pernah sediakan rancangan perniagaan.

Berdasarkan pembacaan, hampir kesemua para usahawan yang berjaya sekarang ini juga memulakan perniagaan mereka tanpa persediaan rancangan perniagaan terlebih dahulu.

Kebanyakkan kawan-kawan yang berniaga dan sudah berjaya sekarang juga memulakakn perniagaan mereka tanpa ada persediaan kertas kerja rancangan perniagaan terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, hampir semua teori yang dipetik daripada para penulis keusahawanan dan juga perunding perniagaan akan menekankan bahawa usahawan perlu menyediakan rancangan perniagaan terlebih dulu untuk memulakan perniagaan mereka.

Bagi mereka, menyediakan rancangan perniagaan, meningkatkan peratusan kejayaan sesebuah perniagaan.

Apa yang saya boleh rumuskan di sini adalah, jika anda tidak menyediakan rancangan perniagaan terlebih dulu dan terus menjalankan perniagaan tidak semestinya membawa kepada kegagalan. Oleh itu ikut suka samada anda nak buat atau tidak rancangan perniagaan.

Kecualilah jika anda mahu mendapatkan pinjaman perniagaan daripada mana-mana institusi perbankan atau agensi bantuan perniagaan kerajaan. Biasanya mereka akan meminta anda sediakan rancangan perniagaan sebagai landasan untuk menilai permohonan pinjaman perniagaan anda.

Memandangkan ramai orang yang mempunyai persepsi bahawa perlu ada rancangan perniagaan, saya perturunkan juga perkara yang perlu anda sediakan di dalam sesebuah rancangan perniagaan.

Berikut adalah bahagian-bahagian utama yang perlu ada di dalam sesebuah rancangan perniagaan:

  1. Ringkasan eksekutif – Ini merupakan bahagian yang paling awal perlu ada di dalam sesebuah rancangan perniagaan. Tetapi bahagian ini adalah yang paling akhir sekali disiapkan dalam sesebuah penyediaan rancangan perniagaan. Ini disebabkan ringkasan eksekutif adalah ringkasan padat apa yang ada di dalam kertas kerja anda.
  2. Maklumat perniagaan – Dalam bahagian ini, anda perlu nyatakan segala maklumat mengenai perniagaan anda seperti nama syarikat, struktur saham dan pemiliknya. Anda juga perlu masukkan struktur modal dan kedudukan pinjaman. Jika perniagaan sudah dimulakan, terangkan juga pengalaman dan kedudukan perniagaan sekarang.
  3. Pengurusan – Ini merupakan bahagian di mana maklumat kumpulan pengurusan syarikat dihuraikan bersama dengan biodata dan pengalaman serta kelulusan masing-masing. Sertakan juga carta organisasi termasuklah kesemua pengarah syarikat ang ada.
  4. Pemasaran – Anda perlu menghuraikan strategi pemasaran produk atau perkhidmatan anda di bahagian ini. Sertakan juga kedudukan pesaing, segmen pemasaran yang anda mahu pecahkan dan sebagainya.
  5. Operasi – Bahagian ini menerangkan keadaan di mana syarikat atau perniagaan anda beroperasi. Anda perlu tunjukkan lokasi, kemudahan, peralatan dan lain-lain perkara yang membolehkan perniagaan anda beroperasi dengan baik.
  6. Kewangan – Ini merupakan bahagian yang paling penting yang anda tak boleh bohong dalam sesebuah rancangan perniagaan. Apa yang telah anda nyatakan di atas tadi seperti operasi, pemasaran, pengurusan dan sebagainya perlu diterjemahkan dalam unjuran wang ringgit. Anda perlu tahu nilai atau kos kesemua yang telah diceritakan itu untuk dimasukkan ke bahagian kewangan. Seterusnya dari situ anda boleh merangka unjuran untung dan rugi, penyata aliran kewangan serta kunci kira-kira.
  7. Lampiran – Ini pula bahagian di mana anda kepilkan kesemua dokumen yang ada yang telah anda goreng di atas. Segala salinan sijil, lesen, surat jaminan atau sokongan daripada pembeli atau pembekal dan sebagainya perlu dikepilkan di sini.

Begitulah secara dasarnya apa yang perlu ada pada setiap kertas kerja rancangan perniagaan yang anda mahu sediakan. Insyallah selepas ini akan saya huraikan kesemua bahagian satu persatu dalam posting-posting yang akan datang.

Sumber gambar

Total
1
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. Assalamualaikum EN SHUBHI, adakah kesemua maklumat pada bahagian lampuran perlu ada? Kalau letak sijil ssm sahaja boleh?

  2. Pada pendapat saya, bila kita menyediakan Rancangan Pernigaan, kita sebenarnya MEMAKSA diri kita untuk memikir dengan lebih KRITIS untuk kejayaan perniagaan tersebut; terutama sekali untuk memikirkan stategi pemasaran.
    Kalau tidak berjaya merancang di atas kertas, peluang untuk merancang secara praktikal juga akan semakin nipis.

  3. Terima kasih atas perkongsian.. memang bila kita mula berniaga langkah-langkah seperti merancang itu memang perlu ada, di situ juga kita letakkan target dan pencapaian kita dalam usaha memajukan sesebuah perniagaan..
    Irwan Alessa recently posted…Markah SEOMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge