bisnes onlineDalam beberapa artikel kali ini dan akan datang saya nak kongsikan sedikit panduan niaga online yang boleh dimulakan dari rumah.

Panduan ini sesuai untuk para pembaca yang belum mulakan lagi perniagaan samada yang sedang makan gaji mahupun yang tidak ada pekerjaan.

Saya akan mulakan perkara asas terlebih dahulu dalam memberikan panduan niaga online dari rumah yang anda bakal lakukan.

Sudah tentu perkara paling asas adalah dalam melakukan perancangan. Sila teruskan bacaan anda di bawah…

Perancangan niaga online dari rumah

Dalam apa saja urusan, kita perlu buat perancangan. Majoriti mereka yang gagal dalam perniagaan adalah disebabkan oleh tidak melakukan perancangan dengan baik.

Oleh itu, saya berikan sedikit panduan apakah yang anda perlu fikirkan dalam melakukan perancangan niaga online yang anda mahu jalankan.

Berikut adalah perkara yang perlu anda mula fikirkan. Pastikan anda ada buku nota bersama anda sekarang, supaya persoalan ini dicatitkan dalam buku nota tersebut. Kemudiannya ambil sedikit masa untuk merenung dan mencari jawapan yang terbaik.

  1. Kenapa nak buat bisnes – Cuba fikirkan secara mendalam kenapa anda nak buat bisnes. Apa yang anda cuba elakkan dengan buat bisnes ?. Fikirkan juga apa yang anda nak kejar dengan buat bisnes ?. Bisnes memang menyeronokkan, tapi setakat seronok masih tidak mencukupi. Anda perlu ada satu motivasi dan keinginan yang kuat untuk membolehkan anda lalui semua masalah dalam dunia perniagaan.
    • Pastikan anda ada semua perkara berikut untuk melaykkan anda menjadi seorang usahawan. Keazaman yang kuat, Sifat merendah diri, Nekad dan yakin dalam membuat keputusan, dan akhir sekali anda perlu ada minda analitikal.
    • Dari 4 perkara yang perlu ada yang disebutkan di atas, anda boleh lihat bahawa, untuk jadi usahawan anda tak perlu amat cerdik dengan keupayaan akademik yang tinggi, anda juga tak perlu banyak duit dengan pakaian dan kenderaan yang mewah dan hebat.
    • Anda mungkin akan rasa ragu-ragu samada sekarang adalah masa yang sesuai untuk mulakan perniagaan. Tak perlu risau kerana dalam apa keadaan ekonomi sekalipun, aktiviti perniagaan tidak akan pernah padam.
  2. Apa yang menghalang anda selama ini – Kenapa anda tak mula berniaga selama ini ? apakah faktor penghalang yang membuatkan anda tak jadi usahawan ? Buat senarai semua perkara yang menghalang anda jadi usahawan selama ini. Biasanya perkara berikut sering menghalang orang mulakan perniagaan;
    • Persaingan – persoalan ini berpunca daripada tiadanya rasa yakin terhadap keupayaan anda sendiri. Apa yang anda rasa tak yakin itu ? buat senarai dan berikan jawapan bagaimana anda boleh atasinya. Anda perlu ingat bahawa tidak ada apapun dalam dunia ini yang sempurna, begitu jugalah pesaing yang bakal anda jumpa.
    • Tak tahu nak jalankan perniagaan apa – Ramai yang ada masalah ini. Sebenarnya bukan tak tahu nak buat perniagaan apa, tapi lebih kepada perniagaan apakah yang perlu dibuat. Apa minat anda ? apa kemahiran yang anda ada yang boleh dijadikan perniagaan ? Buat senarai satu persatu apa saja yang terlintas dalam kepala dan buat kajian terhadap 5 perkara yang paling anda cenderung nak buat. Pastikan ianya ada permintaan.
    • Takut habis duit dan jatuh muflis – ini satu ketakutan yang munasabah. Tapi fikirkan setakat mana kemampuan anda dan laburkan setakat itu sahaja. Pastikan anda tak ambil tindakan yang drastik keterlaluan. Anda sentiasa boleh mulakan dengan kos yang paling minimum jika anda gunakan daya kreativiti anda.
    • Tak ada masa – Ini adalah alasan yang tidak pernah betul. Anda sentiasa ada masa jika anda benar-benar mahukannya. Takkan sejam satu hari pun tak boleh. Kalau betul tak boleh, apa kata anda berusaha untuk bangun awal satu jam lebih awal dari biasa.
  3. Kenapa pilih niaga online – Anda boleh saja mula berniaga secara konvensional, atau offline. Tapi kenapa nak pilih niaga online ?. Pastikan anda buat senarai alasan kenapa niaga online jadi pilihan utama supaya anda nampak lebih jelas dan lebih yakin untuk mulakannya. Berikut saya berikan sedikit tips kenapa niaga online perlu jadi pilihan anda;
    • Kos mula yang rendah – tidak ada peluang seumpama ini ketika zaman tiada internet dahulu. Dengan internet, anda tak perlu sewa kedai untuk mulakan perniagaan. Anda boleh guna email atau media sosial untuk jalankan idea niaga online anda. Apa yang perlu hanyalah akses internet dan sedikit modal untuk adakan domain dan hosting niaga online anda nanti.
    • 24 jam sehari – Dengan internet juga anda tidak ada kekangan masa. Internet hidup 24 jam sehari. Anda boleh pilih masa yang sesuai untuk buat kerja.
    • Mudah buat kajian – dengan media sosial atau email, anda mudah saja buat kajian atau cubaan pasaran. Malah anda boleh cuba buat tawara pada produk yang masih beum wujud hanya dengan pasarkannya di media sosial. Berbagai teknik juga boleh dicuba, berbagai ayat boleh dipinda untuk lihat keberkesanannya. Semuanya amat murah dan tidak ada risiko yang menakutkan.
    • Fleksibel – Ada boleh pilih skala bisnes yang dirasakan sesuai untuk masa dan keupayaan anda. Bila-bila saja anda boleh buat keputusan untuk pergi lebih jauh dan besar dan buat keputusan untuk jalankannya secara sepenuh masa.
    • Persaingan sama rata – Samada pesaing anda multinasional atau GLC, tidak ada halangan untuk anda mencuba. Semua orang ada pelung bila kita sebut pasal bisnes online. Banyak cerita syarikat yang bermula dari bilik tidur berjaya menjadi pesaing pada syarikat yang besar dalam dunia internet ini.

Saya berhenti setakat ini dahulu. Akan disambung lagi dalam siri kedua selanjutnya nanti dalam perkongsian niaga online yang anda boleh mulakan dari rumah.

Total
56
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Salam tuan, saya sudah menyiapkan tugasan di atas. Menunggu entri sambungan…..terima tuan sudi berkongsi ilmu..semoga tuan sentiasa dirahmati Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge