Panduan ringkas guna Facebook dalam perniagaan

By | 01/02/2016

Everything Apple, iMac, iPhone, iPad, Macbook And Apple WatchPanduan guna Facebook untuk perniagaan ini saya tulis untuk pembaca yang tidak mahir dalam mengoptimumkan penggunaan Facebook untuk perniagaan.

Jika anda tidak mahir, anda sama macam saya, yang juga tidak berapa mahir seperti mana para pakar FB yang membuat berbagai kursus dalam penggunaan Facebook untuk perniagaan di luar sana.

Marilah, anda dan saya sama-sama belajar untuk pastikan kita dapat menggunakan Facebook untuk perniagaan secara berkesan mulai saat ini.

Baru sedar kekuatan Facebook dalam perniagaan

Saya sebenarnya baru saja sedar bahawa Facebook terlalu hebat dan tidak boleh dibaikan begitu saja jika mahu pastikan perniagaan dapat dikembangkan dengan kos yang rendah.

Bukan tak tahu akan kewujudan Facebook, dah lamapun ada akaun kat Facebook tu. Tapi tak berapa ambil peduli untuk mula menggunakannya secara sedar.

Biasanya kesedaran datang setelah kita mula meletakkan satu matlamat. Tanpa matlamat, apa saja tindakan kita hanyalah sekadar ikut-ikutan.

Akal kita memang pandai untuk menjimatkan tenaga. Jika kita sebagai tuan yang empunya akal itu tidak ada matlamat, untuk terus berfungsi, akal akan mengambil jalan meniru.

Sekarang saya mula sedar, saya harap anda juga akan sedar. Kita mulakan sekarang juga untuk belajar guna Facebook dalam perniagaan dengan lebih serius.

Tips guna Facebook dalam perniagaan

Berikut saya berikan beberapa tips untuk guna Facebook dalam perniagaan secara berkesan. Tak kisah samada anda menjalankan perniagaan secara separuh masa atau secara sepenuh masa.

Disiplinnya adalah sama.

Saya ambil tips di bawah daripada portal Entrepreneur yang berbahasa Inggeris. Jika anda lebih selesa berbahasa Inggeris, sila pergi ke link yang saya berikan itu dan baca saja kat sana.

Tapi kalau anda nak baca versi saya, berdasarkan pemahaman saya, boleh terus baca kat sini.

  1. Mulakan dengan kemaskini profile anda
    1. Ada rakan-rakan yang agresif guna Facebook dalam perniagaan tapi letakkan gambar profile yang bukan-bukan. da yang letak gambar kucing, ada yang letak gambar bunga, ada juga yang letak gambar celebriti atau public figure yang mereka kagum. Hentikan semua itu jika anda serius nak guna Facebook dalam perniagaan.
    2. Letakkan gambar diri anda yang sebenar. Biar bersesuaian dengan perniagaan yang anda ketengahkan. Boleh berimejkan ahli sukan jika perniagaan anda berkenaan sukan. Atau berimejkan seorang mekanik jika anda jalankan perniagaan bengkel kenderaan. Yang pentingnya gambar diri anda sendiri. Biar nampak hebat dan boleh dipercayai.
    3. Jika anda nak lihat contoh gambar profile penulis artikel asal yang saya ambil panduan ini, cuba klik kat sini.
    4. Seelok eloknya biarlah gambar anda seorang diri dan bukannya dengan isteri atau anak-anak atau pasangan secinta.
  2. Buka page perniagaan
    1. Ada yang dah agak cekap gunakan Facebook dalam perniagaan, mereka buka ‘page’ khas untuk perniagaan mereka. Anda mungkin dah ada page perniagaan anda sendiri. Bagi yang belum tahu, cuba buka page perniagaan orang dan lihat macam mana mereka buat. Anda boleh lihat sebelah kanan sekali, biasanya ada pelawaan untuk buka page anda sendiri. Klik kat situ dan buat page perniagaan anda.
    2. Mula gunakan akaun peribadi anda itu untuk bawa orang ke page perniagaan yang anda buat itu. Jemput mereka untuk like page perniagaan anda. Cari idea untuk buat posting agar orang kawan FB anda pergi tengok page tersebut.
    3. Jika mereka pergi ke sana, biasanya mereka ada keinginan untuk tahu lebih lanjut berkenaan perniagaan yang anda jalankan. Oleh itu, pastikan page tersebut relevan dan nampak profesional. Pastikan juga ianya menarik dan punyai maklumat yang fokus pada perniagaan anda.
    4. Sekali lagi pastikan gambar latar belakang adalah menarik dan relevan dengan perniagaan anda. Ada yang buka page perniagaan tapi letak gambar selfie berdakapan dengan pasangan cinta mereka. Ada yang masukkan gambar bendera Palestin pada page perniagaan mereka. Itu jelas tak berapa relevan. Walau bagaimanapun, relevan atau menarik ini adalah subjektif. Kalau nak tahu samada relevan atau menarik, cuba tanya komen rakan-rakan anda yang lain.
  3. Fokus pada perniagaan
    1. Tak perlulah jadikan Facebook anda sebagai tempat berhubung dengan sanak saudara atau sebagai tempat pamerkan hal ehwal peribadi anda. Gunakan platform lain untuk itu. Khaskan FB hanya untuk perniagaan saja jika anda benar-benar serius nak bina perniagaan tersebut.
    2. Elakkan kontroversi politik. Kadang-kadang saya juga terlepas dalam bab ini terutamanya dalam like posting yang menyentuh politik. Tapi ada yang lebih teruk lagi. Ada ramai yang jadikan FB sebagai medan lepaskan geram pada lawan politik mereka. Jika anda nak berniaga, tinggal semua itu. Tak ada manfaatpun dengan berbuat begitu.
    3. Elakkan maki hamun. Jaga adab sopan dan gunakan bahasa yang baik. Jangan sumah serapah kawan, isteri atau suami, atau siapa-siapa saja. Kalau nak buat juga, telefon terus lebih bagus atau pergi berdepan. Jangan sampai anda menyesal dengan keterlanjuran anda bila semua orang tahu bagaimana perangai anda yang buruk.
  4. Buat posting yang bermanfaat
    1. Pastikan setiap posting anda bermanfaat. Kalau boleh ada kena mengena dengan perniagaan yang sedang anda jalankan.
    2. Kongsikan maklumat menarik yang anda rasa positif untuk pengikut atau kawan FB anda. Cari idea bagaimana anda boleh jadikan setiap posting anda amat menarik.
    3. Seeloknya buat posting dengan ada gambar. Ia lebih mendapat perhatian dan manarik minat untuk orang tahu lebih lanjut.
    4. Gunakan Instagram dan link dengan Facebook anda setiap kali anda ambil gambar dan buat posting pada akaun Instagram anda. Kalau masih belum ada akaun instagram, pergi buka sekarang dengan menggunakan telefon pintar anda.
  5. Jangan kedekut untuk like posting orang
    1. Untuk pastikan orang suka dan balas jasa baik anda suka pada orang, pastikan anda tekan like pada posting orang lain yang menarik dan bermanfaat. Like banyak-banyak tak apa, ia banyak membantu ketengahkan diri anda pada orang lain.
    2. Bila anda buat posting dan ada orang komen, jangan lupa tekan like pada komen mereka itu. Jika perlu pastikan anda jawab komen orang lain.

Rasanya dah cukup setakat itu saja. Macam yang saya kata ianya adalah panduan mudah untuk budak-budak macam saya yang baru nak belajar guna facebook dalam perniagaan.

Moga kita dapat fokus betul-betul penggunaan facebook ini dalam perniagaan yang sedang kita jalankan sekarang. Ianya adalah percuma dan amat rugi kalau tak guna.

Tok nenek kita dulu tak dapat pelung macam ini untuk pasarkan perniagaan dengan cara yang mudah, murah dan berkesan.

Anda boleh berniaga dalam hutan jauh dari orang ramai tapi masih dapat war-warkan perniagaan anda tersebut dengan menggunakan facebook sekarang.

Jika perniagaan anda menarik, ada niche, orang perlu, dan anda berjaya sampaikannya dengan berkesan melalui posting facebook, tentu orang akan pergi cari juga.

Selamat mencuba untuk guna facebook dalam perniagaan !

7 thoughts on “Panduan ringkas guna Facebook dalam perniagaan

  1. Pingback: 2 Cara Untuk Buat Orang Suka Pada Kita - Usahawan101

  2. acap2405

    salam tuan,

    rasanya ada benda yang tak patut dalam profile tuan..
    saya nampak fb lucah..
    bugill seru..

    rasanya virus..

    Reply
  3. Akmal Aizat

    terima kasih atas sharing. boleh cuba amalkan ni

    Reply
  4. Nazrimi

    terima kasih bagi tips yang menarik dan bernas ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge