Panduan ringkas tentang beli bisnes yang nak dijual

By | 05/07/2017

mula berniaga dengan beli bisnes orangHari ini, dalam ruang iklan jual dan beli  bisnes, saya terbaca ada satu bisnes yang nak dijual.

Dalam blog ini, ada page yang saya khaskan untuk usahawan yang mahu iklankan bisnes yang nak dijual. Sebenarnya dah agak lama page itu ada, tapi tidak berapa digunakan oleh para pembaca yang masuk ke blog ini.

Klik link kat sini untuk lihat apa yang ada di page tersebut.

Ada banyak kemungkinan kenapa tak berapa rancak usahawan iklan kat page tersebut.

Mungkin tak ramai usahawan yang masuk ke blog ini. Mungkin juga tak reti nak guna page tersebut. Dan paling mungkin adalah, saya sendiri kurang ketengahkan page itu untuk digunakan oleh para pembaca blog.

Jika ada yang berminat nak gunakan dan ambil faedah dari page tersebut, anda perlu daftar terlebih dahulu. Bagi orang yang celik internet, urusan mendaftar itu terlalu mudah. Masukkan saja alamat email dan anda akan diberikan password.

Ringkas dan pantas.

Tawaran beli bisnes yang nak dijual

Bisnes yang nak dijual yang saya lihat hari ni adalah seperti berikut. Ia dimasukkan oleh pengguna yang bernama Soraya Omar.

Saya salin terus dari apa yang ditulis kat iklan itu.

Spa Eksklusif Muslimah untuk Dijual/Established Spa for Sale di KL

Mempunyai lessen DBKL dan mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelancungan Malaysia (MOTAC)

Location: Tingkat 1 Shop lot di Desa Sri Hartamas, terdapat lif untuk kemudahan pelanggan.

Signboard: 1 Frame Banner Signboard berserta lampu, 1 Frame of Banner Signboard dibelakang kedai, papan tanda kecil diletakkan di beberapa lokasi sekitar pintu masuk spa

Furnish: Fully furnished dengan perabut antik – 2 sofa set, in-house sound system, 1 fridge. Lantai blik rawaan dipasang parquet dan bilik rawatan mempunyai sinki. 1 bilik Surau disediakan untuk pelanggan.

Features: 5 treatment rooms , 1 bath room dengan heater, 1 toilet, 1 office with pantry, large reception area, 1 surau. 7 Air con – setiap bilik mempunyai air con termasuk bilik peabat dan surau. Kawasan tetamu mepunyai 2 air con yang baru.

Alat-alat rawatan:

  • 5 katil rawatan
  • Jakuzi untuk 2 orang
  • 2 FIR sauna – 1 unit untuk satu orang, 1 unit untuk 2 orang
  • 1 facial dengan steamer
  • 3 bekas kayu untuk foot soak
  • 2 FIR foot soak
  • Locker 12 pintu
  • 1 Periuk hot stone
  • 1 Waxing pot
  • 2 mesin G5
  • 1 mesin faradic
  • 1 hot blanket
  • Tuala dan kain batik
  • 2 vanity mirror
  • 1 fridge

Perabut: Perabut antik berkonsepkan Country home décor

Percuma dengan pembelian :

  1. Halaman FB dengan like melebihi 11,500 dan follower Instagram lebih 3000 => bernilai RM50000/-. FB dan Instagram masih aktif.
  2. Senarai pelanggan melebihi dua ribu orang.

Harga: RM100,000/- (Harga jualan tidak termasuk sewa)

Pemilik baru hanya perlu beli dan teruskan perniagaan. Tidak perlu memikirkan renovation yang mahal dan mendapatkan pelanggan. Hanya perlu menjaga kualiti dan penanmpilan spa supaya terus menjana pendapatan tinggi.

Serious buyer sahaja. Jika berminat, sila Whatsapp 0197059585

Tips beli bisnes yang nak dijual

Sekali pandang, idea beli bisnes amat menarik terutamanya bagi usahawan yang baru nak mula. Antara kelebihannya adalah seperti berikut:

  1. Tak perlu bersusah payah membina bisnes dari kosong
  2. Potensi terpendam yang ada pada bisnes yang sudah berjalan
  3. Aset yang tersedia dengan harga durian runtuh
  4. Potensi menjana pendapatan dan keuntungan dengan kadar segera

Tapi bagi mereka yang dah ada pengalaman yang mencukupi dalam dunia perniagaan, idea beli bisnes yang nak dijual perlu diteliti terlebih dahulu dengan terperinci.

Hakikat bahawa tuan punya bisnes asal, nak jual bisnes yang sedang dia jalan itu. Fakta itu sendiri sudah ada petanda, ada sesuatu yang tak kena dengan bsinesnya.

Logiknya, jika bisnes itu bagus, menjana duit, kenapa pulak nak jual.

Bayangkan jika anda tengah kayuh makan nasi beriani yang amat lazat sampai berpeluh dahi. Punyalah sedap. Tetiba, bangun berhenti basuh tangan dan berikan semua lauk dan nasi beriani yang tengah dimakan itu pada orang lain.

Agak susah juga nak buat macam tu.

Namun begitu, walaupun ianya agak susah, tidak semestinya tak boleh dibuat.

Kenapa nak beli bisnes orang

Alasan yang terbaik untuk seseorang usahawan yang berpengalaman beli bines orang lain yang nak dijual adalah seperti berikut,

  1. Mempergunakan potensi hebat yang terpendam tidak disedari oleh penjual. Bagi usahawan otai yang memang dah fasih industri yang diceburinya, dia mampu melihat ada intan yang tertanam pada syarikat yang nak dibelinya itu. Syaratnya adalah setelah dia membuat kaji selidik terpebih dahulu dengan mendalam terhadap syarikat yang nak dijual.
  2. Menyuntik faktor kecekapan. Usahawan berpengalaman punya kumpulan hebat yang mampu melonjakkan keuntungan syarikat melalui peningkatan kecekapan dan keberkesanan syarikat dalam semua sudut.
  3. Memaksimumkan penggunaan aset yang ada. Usahawan yang cekap dan dah memang ada bisnesnya sendiri mampu melihat segala aset murah yang pada syarikat yang nak dijual itu, boleh digunakan secara maksimum.
  4. Tonjolkan keunikan syarikat. Usahawan yang cekap biasanya mampu melihat keunikan yang ada pada syarikat yang nak dibeli. Dia akan menyerlahkan keunikan tersebut dengan suntikan pengurusan yang ada pada kumpulan pengurusan yang dia miliki.
  5. Melonjakkan hasil yang tinggi nilainya. Dengan gabungan syarikat yang usahawan tiu sednri ada, digabung dengan syarikat yang dibelinya, hasil yang jauh lebih hebat mampu dijana dan ditawarkan pada pengguna.

Jalan lebih selamat dari  beli syarikat

Secara umum, ramai yang akan nampak beli syarikat yang nak dijual adalah satu jalan mudah untuk jadi usahawan.

Tetapi ia hanyalah betul untuk mereka yang memang dah ada pengalaman luas dalam selok belok industri yang nak diceburi sahaja.

Bagi mereka yang amat mentah dalam selok belok dunia perniagaan, ia mungkin menjadi satu perangkap. Oleh itu berhati-hati sebelum terkena kalau tak ada mentor atau penasihat yang mampu membantu.

Secara umum, usahawan yang berpengalaman lebih suka buka dan buat bisnes sendiri dari kosong berbanding membeli bisnes yang nak dijual. Apatah lagi jika penjual tidak telus dan terbuka dalam mendedahkan segala maklumat syarikat atau perniagaannya.

2 thoughts on “Panduan ringkas tentang beli bisnes yang nak dijual

  1. mrhanafi

    membeli bisnes orang ini ada berisiko..

    memulakan bisnes pun risiko..

    jika tak nak risiko pencen sahaja dengan wang 10 juta dengan syarat umur dah cecah 60 tahun..

    saya nak kaitkan bagaimana risiko dalam membeli bisens yang sedia ada.
    mrhanafi recently posted…Cerita Keajaiban Istighfar Belum TerbongkarMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge