Apa yang semua orang sedang hadapi sekarang berkemungkinan akan berlarutan dalam tempoh masa yang lama lagi.

Masalah wabak Covid-19 akan terus menjadi satu isu besar seluruh dunia selagi belum ada vaksin yang terbukti berkesan untuk digunakan. Dan memang semua pakar dalam industri perubatan sedang berkejaran untuk menghasilkannya sekarang.

Vaksin akan berjaya ditemui juga dalam masa yang terdekat nanti.

Tapi itu semua akan mengambil masa paling pantas dalam setahun setengah. Sementara nak tunggu, terpaksalah semua orang sesuaikan diri dalam suasana penjarakan sosial yang sedang diamalkan sekarang.

Nak kena beramal macam tu paling cepat selama setahun setengah.

Tempoh itu akan cukup untuk membentuk gaya hidup baru yang berkekalan. Ertinya, gaya hidup manusia akan berubah secara berkekalan akibat dari masalah Covid-19 ini.

Dalam banyak perbincangan group whatsapp sesama kawan-kawan, soalan panasnya adalah nak kena buat apa sekarang? bisnes apa yang bagus sekarang?

Memang ada banyak artikel yang bagus-bagus dibuat oleh berbagai sumber maklumat yang ada. Program seminar online juga ada banyak dianjurkan oleh berbagai agensi.

Antara yang saya rasa sangat bagus adalah pandangan dan panduan yang kawan saya hantar ini. Ia dalam bentuk file pdf sebanyak 35 mukasurat. Dalamnya di isi segala analisa apa yang sedang berlaku dan akan berterusan berlaku.

Dalamnya juga diberikan panduan macam mana nak buat analisa terhadap situasi perniagaan anda dan apa yang perlu dilakukan supaya anda terus kekal relevan.

Saya berikan pautannya kat bawah sekali pada artikel ini. Sebelum itu, berikut adalah rumusan 10 perkara yang berlaku dan akan terus melekat pada manusia hasil dari wabak Covid-19.

  1. Peningkatan masalah emosi cemas, kesunyian dan tekanan jiwa – Ini sudah pasti akan berlaku bila ramai yang hilang kerja, gaduh dengan pasangan, masalah keluarga berpecah dan sebagainya. Rasa kosong dan sunyi dalam jiwa akan meletup dalam tempoh yang lama
  2. Perasaan curiga tentang keselamatan dan kebersihan pada orang dan produk meningkat – Untuk anda yang fobia takut kena jangkitan, itu sudah pasti akan berlaku
  3. Larangan perjalanan domestik dan juga luar negara – Kalau nak jalan juga boleh, tapi banyak prosedur dan ketat kawalannya. Bukan untuk seronok lagi.
  4. Peningkatan budaya kerja dari rumah – Ini dah ramai amalkan sejak awal PKP di laksanakan. Bagi yang tak bersedia, tengah belajar keperluan yang nak kena buat supaya boleh kerja berikan tumpaun tanpa gangguan dari rumah
  5. Peningkatan konflik dan perhubungan tegang – Semua orang susah sekarang. Masing-masing nak cuba selamatkan diri untuk hidup. Ramai yang akan langar perjanjian samada sebab terpaksa atau sengaja
  6. Jumlah orang tak ada kerja yang sangat ramai – Ini sedang berlaku diseluruh dunia. Akan berlarutan dalam tempoh yang panjang. Keupayaan berbelanja akan turut sama menjunam. Ramai yang akan terjun berniaga
  7. Mode beli bungkus bawa balik atau khidmat penghantaran jadi pilihan – Ini sedang rancak berlaku dan sudah pasti akan kekal dalam tempoh masa yang sangat lama lagi.
  8. Halangan berhubung dengan orang tua – Mereka merupakan golongan paling terdedah kepada bahaya Covid-19. Akan jadi golongan istimewa yang terpaksa dijauhi dari perhubungan dan sentuhan. Macam mana nak hadapi semua itu?
  9. Gabungan identiti dengan kerja – Dulu anda merupakan dua individu berbeza. Ketika pergi kerja dan ketika duduk kat rumah. Sekarang, anda adalah satu individu yang sama sebab duduk kat rumah dan buat kerja. Fesyen pakaian dan tak dapat bantu sangat imej anda sekarang bila video conference dari dapur pakai tshirt
  10. Kemunculan kelompok istimewa yang imun koronavirus – Pasaran untuk orang istimewa yang tak terjejas dengan virus ini akan berlaku. Samada untuk pekerjaan atau untuk dijadikan pelanggan. Adakah anda imun kepada covid-19?

Anda boleh rujuk laporan yang terperinci dan lengkap pada pautan yang saya buat kat bawah ini.

board-of-innovation-low-touch-economy

Selamat membaca, hadam dan berfkir untuk sediakan diri. Selamat berpuasa!

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge