Khas untuk anda yang mengusahakan perniagaan bengkel kenderaan yang memerlukan spareparts kenderaan terus dari kilang !
Antara masalah yang pengusaha bengkel kenderaan sering merungut adalah kesukaran untuk mendapatkan harga spareparts yang rendah. Bila harga spareparts kenderaan mahal, pengusaha bengkel kenderaan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keuntungan kerja yang setimpal.
Kebanyakan pelanggan sekarang amat berkira dengan harga yang mereka terima dari pengusaha bengkel. Mereka akan perhatikan kos kerja yang pengusaha bengkel kenakan dan mula buat perbandingan antara satu bengkel dengan bengkel yang lain.
Dari situ agak sukar nak berikan harga kerja atau harga labor yang berbeza. Terpaksalah mereka kenakan charga labor yang sama sahaja dengan bengkel lain. Bila jadi macam tu, hanya mereka yang berjaya dapatkan harga spareparts yang rendah sahaja akan mampu catatkan keuntungan kasar yang tinggi.
Pengusaha bengkel perlukan untung kasar yang tinggi
Untung kasar bagi perniagaan bengkel kenderaan perlu tinggi sebab kos tetap perniagaan mereka adalah tinggi. Banyak kos tetap perniagaan pergi kepada kos sewa kedai, kos pekerja, hutang perniagaan dan lain-lain seumpamanya.
Kalau bengkel nak berjaya, lebih mudah jika pengusaha bengkel kenderaan membuat pilihan lokasi yang baik terutamanya di sebelah jalanraya utama. Tapi untuk mendapatkan kedai sebegitu, kos sewaannya bukanlah rendah. Sebab itu kos tetap sewaan sebuah bengkel kenderaan adalah tinggi.
Begitu juga kos gaji pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang automotif. Bukan mudah nak cari pekerja yang pandai dan tinggi kemahiran mereka, tambahan pula jika pekerja itu mempunyai sikap baik dan positif, harga gaji mereka adalah tinggi kalau nak pastikan mereka kekal bekerja di situ.
Jika pengusaha bengkel kenderaan main ambil pekerja begitu saja tanpa pertimbangkan tahap kemahiran pekerja mereka, segala kerja akan banyak menimbulkan masalah. Bila pelanggan dapat masalah, mereka tidak akan kembali lagi ke engkel tersebut.
Itu belum kira lagi kos latihan dan sebagainya untuk tingkatkan keupayaan para pekerja mereka. Begitu juga segala kos lain yang berkaitan dalam perniagaan.
Pengusaha bengkel perlu beli spareparts terus dari kilang
Ringkasnya, pengusaha bengkel kenderaan perlu dapatkan keuntungan kasar yang tinggi jika mahu terus kekal relevan dalam perniagaan mereka yang mencabar tersebut.
Jika ada peluang untuk dapatkan pembelian barangan spareparts terus dari kilang sudah tentu banyak membantu para engusaha bengkel kenderaan untuk memberikan khidmat dan harga yang lebih kompetitif buat para pelanggan mereka dengan keuntungan kasar yang lebih mencukupi.
Oleh itu, bagi membantu para pengusaha bengkel kenderaan untuk mendapatkan spareparts terus dari kilang, Malaysia Automotif Institute atau MAI telah berusaha untuk mempertemukan para pengusaha bengkel kenderaan dengan para pengusaha spareparts.
Peluang beli spareparts kenderaan terus dari kilang
Satu taklimat teknikal serta jalinan perniagaan alat ganti kenderaan akan di adakan khas untuk para pengusaha bengkel kenderaan di Malaysia seperti berikut:
Hari: Rabu
Tarikh: 25 Mei 2016
Waktu: 8.30 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Main Auditorium, Malaysia Automotif Institute, Block 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, Selangor.
Majlis ini adalah satu inisiatif MAI untuk membantu dan meningkatkan daya saing para pengusaha bengkel kenderaan bumiputera di Malaysia.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai MAI seperti berikut:
Aliff: 013-4632290
Iqbal: 017-2737047
Ainuddin: 019-4717673
Zulhafizi: 012-2500626
Jika anda adalah pengusaha bengkel kenderaan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jika anda kenal para pengusaha bengkel kenderaan sila sebarkan maklumat ini pada mereka.
Untuk permulaan spareparts yang diketengahkan dalam program ini adalah Tayar, Bateri, Minyak Enjin, Suspension, dan Cat. Mungkin ada lagi spareparts lain, kita lihat pada hari rabu nanti.
Jika anda merupakan seorang pembuat atau pengusaha kilang membuat spareparts kenderaan, anda juga boleh menghubungi pegawai MAI yang saya sebutkan di atas tadi. Anda boleh mohon untuk perkenalkan barangan anda untuk diketengahkan pada para pengusaha bengkel kenderaan.
Harap maklum !
2 comments
InsyaAllah, sy akan jadi peserta terawal yang sampai …
Jauh juga dari tempat saya nak pergi ni
Khairul Zamri recently posted…Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan