Peluang jadi usahawan bengkel kenderaanMenurut PUNB terdapat sebanyak 35 ribu usahawan yang menjalankan perniagaan bengkel kenderaan persendirian di negara kita. (rujuk sumber berita)

Dalam jumlah tersebut, hanya sebanyak 10% sahaja terdiri daripada usahawan bumiputra. Ertinya hanya seramai 3,500 orang bumiputra sahaja yang menjalankan perniagaan bengkel kenderaan di seluruh negara.

Sejak awal tahun ini, saya lihat kerajaan banyak mempromosikan industri automotif ini agar terus digiatkan di seluruh negara.

Banyak peluang-peluang dirangka untuk usahawan terutamanya pada bumiputra termasuklah peluang mendapatkan dana dan lain-lain bantuan dalam industri yang berkaitan dengan automotif.

Menurut kerajaan industri automotif dijangka akan berkembang sebanyak 10% sehingga ke tahun 2020 nanti. Ini bermakna peluang akan terus meningkat termasuklah kepada perniagaan bengkel kenderaan dalam berbagai bidang samada membaik pulih kenderaan, penyelenggaraan, mengetuk dan mengecat dan sebagainya.

Rebut peluang jadi usahawan bengkel kenderaan

Sebenarnya, perniagaan yang melibatkan industri automotif ini adalah satu peluang yang amat baik dan boleh mendatangkan pulangan yang tinggi.

Jumlah kenderaan tidak pernah berkurangan di negara kita malah semakin tahun semakin meningkat. Perhatikan saja jumlah kenderaan yang ada di sekeliling anda. Lihat jumlah kenderaan yang masuk ke lebuh raya setiap kali musim perayaan. Malah sekarang ini, hampir setiap hujung minggu jumlah kenderaan yang masuk ke lebuh raya amay banyak.

Tak ada orang yang beli kenderaan seperti kereta, motosikal, bas atau lori yang akan mengabaikan urusan selenggara. Semua orang tahu betapa pentingnya penyelenggaraan kenderaan kerena ia melibatkan keselamatan pemilik yang membawanya di atas jalan.

Oleh itu, jika anda ada kemahiran berkenaan industri automotif atau amat meminati hal-hal yang berkenaan dengan kenderaan, peluang jadi usahawan bengkel kenderaan adalah satu peluang yang khas untuk anda rebut dengan segera.

Apatah lagi dengan janji kerajaan dan institusi kewangan bantuan perniagaan yang menyediakan berbagai dana berjuta-juta ringgit.

Kerajaan khasnya PUNB telah menyediakan dana sebanyak RM75 juta lagi untuk membantu para usahawan yang berminat menceburi perniagaan yang berkaitan dengan automotif.

PUNB juga sedang giat untuk menambah ramai lagi usahawan bumiputra yang menceburi perniagaan dalam industri automotif pada tahun ini.

Rebut peluang jadi usahawan automotif dan tips untuk berjaya

Jika anda mahu rebut peluang jadi usahawan automotif, pastikan anda benar-benar sediakan diri untuk berjaya. Salah satu perkara yang semua bakal usahawan automotif perlu ingat adalah, meminati dunia automotif tidak bermakna anda akan cemerlang dalam menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan automotif.

Minat dan mempunyai ilmu yang mendalam dalam dunia automotif hanyalah memberikan kelebihan teknikal sahaja kepada diri anda berbanding orang yang tak ada ilmu dan minat dengan dunia automotif.

Bila dah menjadi usahawan, anda mestilah belajar untuk berfikir sebagai seorang usahawan dan bukannya terus tenggelam dalam dunia teknikal.

Seorang mekanik yang hebat akan tenggelam dalam dunia teknikalnya sahaja dan jika tidak berhati-hati akan terperangkap menjadi mekanik di dalam bengkelnya sendiri.

Anda perlu keluar dari bawah kereta dan mula mengambil inisiatif untuk menguruskan perniagaan anda dan bukannya hanya menjadi mekanik.

Ini adalah salah satu kesilapan besar yang biasanya berlaku pada ramai usahawan yang ada kemahiran teknikal dan menceburi perniagaan dalam industri automotif.

Sebagai panduan, anda perlu luangkan masa untuk memikir empat perkara yang saya senaraikan di bawah:

  1. Operasi
  2. Pemasaran
  3. Kewangan
  4. Sumber kemanusiaan

Jika anda lihat perkara yang perlu difikirkan di atas, perkara teknikal hanyalah merangkumi sebanyak 1/4 sahaja daripada keseluruhan aktiviti perniagaan anda. Jika keseluruhan tenaga dan akal anda dikerahkan hanya pada operasi atau teknikal, perniagaan anda tidak akan ke mana.

Tips akhir dan penting untuk anda fikirkan juga adalah, pastikan perniagaan anda ada tema yang jelas dan terang. Ertinya anda mesti cuba memenuhi satu keperluan yang jelas dan bukannya hanya secara umum. Ayat yang lebih mudah adalah ‘specialization’.

Pilih tema bengkel kenderaan anda samada Pusat Kereta Continental, Pusat Kereta 4×4, Pusat Kereta Sport, dan lain-lain lagi yang jelas takrifannya dan dapat memenuhi keperluan yang menjurus.

Dengan berbuat begitu, anda akan lebih mudah untuk berjaya. Insyaallah. Ingat! dalam dunia serba maju sekarang, perniagaan “apa saja boleh” sudah tidak relevan!

Lekas! rebut peluang jadi usahawan dalam bidang automotif secepat mungkin dan boleh hubungi saya jika anda mahu mendapatkan sedikit nasihat. Insyaallah saya akan membantu serba sedikit yang mana termampu!

Total
35
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

13 comments

  1. Hello selamat petang..Boleh ka saya menceburkan diri dalam perniagaan tanpa kemahiran dan sijil berkaitan automotif. Saya sangat berminat membuka bisnes bengkel kereta tapi saya perlu mentor untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam step step memulakan perniagaan ini..Saya harap tuan dapat membantu saya dalam hal ini. Sekian terima kasih

    1. Sudah tentu boleh, asalkan Betty ada keupayaan untuk membaiki dan menyelenggara kenderaan, boleh saja buka satu bengkel. Kalau tak ada kemahiran itu, perlu ada pekerja yang dibayar gajinya yang ada kemahiran tersebut.

  2. As salam… tuan. Bole sy jumpa tuan. Sy ingin banyak menimba ilmu dari tuan…

  3. Saya buka bengkel dirumah selama 2tahun lebih tanpa bantuan mana mana pihak…saya ingin kembangkan bidang yang saya ceburi..apa caranya.? Bagaimana.?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge