Forum perniagaan pakaian wanita dan kanak-kanakAda satu iklan atau peluang berniaga yang mencari pemborong dan ajen pakaian wanita dan kanak-kanak di ruang forum blog ini.

Jika anda sering ke blog ini, tentu sedar ada satu ruang bernama Forum HR yang saya sediakan khas untuk para usahawan diluar sana.

Ruang forum tersebut dibuat khas untuk membincangkan apa sahaja perkara menyentuh keusahawanan dan juga perniagaan.

Anda boleh sertai perbincangan, mulakan perbincangan atau boleh juga mengiklankan apa saja peluang perniagaan untuk mereka yang berminat.

Para usahawan juga boleh iklankan perniagaan mereka terutamanya mereka yang mensasarkan para usahawan sebagai pelanggan.

Semua itu adalah bermatlamatkan untuk memeriahkan blog ini dan juga untuk meningkatkan sumbangan pada para usahawan diluar sana. Tiada keuntungan kewangan yang disasarkan oleh blog ini dalam menyediakan perkhidmatan tersebut.

Ikut contoh iklan peluang niaga pakaian wanita dan kanak-kanak di Forum HR

Untuk maklumat para usahawan dan juga para pembaca, saya sentiasa memantau perkembangan keyword atau perkataan yang dicari oleh para pelayar internet, yang membawa mereka masuk ke blog hidup ringkas ini.

Sejak tuan punya iklan peluang niaga pakaian wanita dan kanak-kanak memasukkan maklumat perniagaan di ruang iklan forum HR, saya sering melihat perkataan ‘pakaian wanita dan kanak-kanak’ dan juga perkataan ‘pemborong pakaian’ menjadi antara perkataan carian yang membawa masuk pembaca baru ke blog ini.

Ini bermakna, mereka yang sedang mencari maklumat perniagaan borong pakaian wanita dan kanak-kanak telah dibawa masuk bertemu maklumat yang diiklankan di sini.

Anda boleh lihat bagaimana saudara Haziq Abdullah masukkan iklan perniagaan pakaian wanita dan kanak-kanaknya dengan klik di sini. Maklumat yang diberikannya terperinci dan baik sekali. Anda boleh buat perkara yang sama untuk iklan perniagaan anda.

Saya tak pasti apakah ada tindakan susulan para pencari menghubungi tuan punya perniagaan tersebut atau tidak. Jika saudara Haziq Abdullah ada membaca artikel ini, mungkin dia boleh laporkan sedikit maklumat samada ada yang telah menghubunginya.

Walau bagaimanapun, saya yakin tindakan beliau mengiklankan perniagaannya di ruang forum HR pasti ada mendatangkan manfaat, Insyaallah.

Kenapa ramai yang mencari maklumat pakaian wanita dan kanak-kanak dibawa ke blog ini

Semua pembaca tahu bahawa blog ini banyak berkongsikan ilmu keusahawanan. Hampir keseluruhan artikel yang saya tuliskan di sini ada hubung kait dengan perniagaan dan kehidupan sebagai seorang usahawan.

Oleh itu jika anda pencarian ayat atau perkataan yang menjurus pada peluang perniagaan, maklumat keusahawanan dan seumpamanya, kemungkinan google mencadangkan blog ini sebagai paparan utamanya adalah agak tinggi.

Algorithme terbaru pencarian google sekarang lebih menjurus pada pencarian ayat dan tidak terhad hanya pada permainan perkataan sahaja.

Ertinya, google akan cuba memahami ayat keseluruhannya dan mengesyorkan paparan yang paling tepat dengan maksud ayat yang dicari. jika ia ada kaitan dengan perniagaan atau keusahawanan, google akan pilih bloh yang punyai niche tersebut.

Puncanya hanya satu. Kerana blog ini memang khas untuk mereka yang mahu menjadikan perniagaan sebagai gaya hidup mereka mencari rezki dan mendekatkan diri pada Tuhan.

Oleh itu saya menyeru pada anda yang punya apa saja perniagaan untuk cuba mengambil manfaat daripada ruang iklan di forum HR.

Jangan segan silu untuk masukkan iklan anda dan pastikan anda berikan maklumat lengkap apa yang anda tawarkan. Berikan juga maklumat perhubungan agar anda dapat dihubungi.

Jika anda belum mendaftarkan diri sebagai ahli forum, dapatkan maklumat bagaimana melakukannya dengan membaca dan daftar diri pada artikel ini. Daftar segera dan ambil faedah darinya.

Jangan buang masa lagi. Turut contoh iklan peluang niaga pakaian wanita dan kanak-kanak di ruang forum HR dan kembangkan perniagaan anda. Semuanya percuma dan tiada sebanran bayaran. Insyaallah anda mungkin bertemu dengan rakan niaga yang sesuai dan serius untuk berjaya dalam perniagaan.

Total
2
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

19 comments

  1. Salam tuan.. Saya terkejut lepas bace post ni, terima kasih sgt2 ‘bump’ iklan saya untuk rujukan rakan-rakan usahawan disini. Untuk makluman,saya menerima banyak panggilan telefon bertanyakan tentang perniagaan yang saya uruskan & ratanya ramai yang berminat untuk menjadi agen borong. Pendaftaran masih dibuka & kepada sesiapa yang berminat,boleh direct emailkan kepada saya ya 🙂 ..Sekali lagi,terima kasih Tuan Shubhi .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge