Peluang perniagaan kecil dengan Feeko Ice BlendIni salah satu usaha kecil saya untuk memberikan peluang perniagaan kecil kepada para usahawan muda di luar sana.

Kali ini saya kongsikan cerita bagaimana munculnya perniagaan Feeko Ice Blend yang diusahakan oleh rakan usahawan kita di negeri Hang Tuah.

Kalau ada di kalangan pembaca nak buat pendapatan tambahan dengan memulakan perniagaan kecil selepas waktu kerja atau seumpamanya, saya syorkan untuk memulakan perniagaan Feeko Ice Blend ini.

Bagi mereka yang nak jadi usahawan jangan lepaskan peluang perniagaan kecil seperti ini. Ia akan banyak membantu anda mengenal apa ertinya jualan dan pemasaran dalam dunia sebenar. Jom kita baca sedikit perkongsian daripada rakan usahawan Feeko Ice Blend di bawah…

Melihat satu peluang perniagaan kecil…

Pernahkah anda minum ice blended yang dijual di pasar malam?

Bagaimana rasanya?

Boleh kata rata-rata hanya manis sahaja. Jadi dimana sedapnya?

Tiada umppph langsung perisa yang dijual. Sedangkan ramai peminatnya termasuk saya. Perkara ini membuatkan saya berfikir. Kenapa tidak saya berusaha untuk menghasilkan perisa Ice Blended yang sedap dan boleh menyebabkan orang ramai tercari-cari dan menggilainya nanti.

Maka dari situ muncullah minuman ice blended berjenama FEEKO Ice Blend. Saya berusaha untuk menghasilkan formula perisa-perisa yang saya suka terutamanya perisa COKLAT.

Feeko Ice Blend, rasa coklat sebenar

Kalau boleh biar minum ice blended tapi macam makan sekeping coklat. Emmm..sedap tu!

Banyak juga usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan hinggalah saya dapat perisa yang betul-betul sedap dan lazat. Bahan-bahannya juga dipilih dari produk yang berkualiti sahaja.

Kalau boleh biar semua orang pun dapat merasai kehebatan Feeko yang mempunyai rasa coklat sebenar.

Setelah itu, kami mula menyertai pameran-pameran dan karnival untuk mendapatkan maklum balas mengenai perisa yang dihasilkan.

Memang ramai yang menyukai keenakan coklat yang kami hasilkan kerana ia amat berbeza dengan apa yang ada dipasaran pada masa itu. Kena pula dengan Tagline Feeko…Sedap Gila!

Peluang perniagaan kecil Feeko Ice Blend

Pada 2009 kami terus menawarkan peluang perniagaan kecil kepada pelanggan melalui konsep rakan niaga.

Dengan cara ini, lebih ramai pembeli yang akan dapat merasainya. Alhamdulillah, kini kami telah mempunyai pelanggan setia yang sanggup meredah hujan ataupun panas demi mencari kiosk Feeko.

Biar terpaksa pergi jauh tetapi demi mendapatkan secawan Feeko Ice Blend hari ini segalanya mereka lalui.

“Coklat Feeko ni sedap betul la, rasa macam nak kena minum hari-hari”… tak kurang juga yang membeli sampai 5 cawan sekaligus sebab tak sanggup nak berkongsi keenakkan Feeko ni.

“Kalau beli satu je, nanti yang lain minta pula, jadi beli untuk semua”, antara penjelasan pelanggan.

“Keluarga saya memang sukakan Feeko ni, rasanya lembut dan halus, rasa coklat lembut cair perlahan-lahan di tekak bila kita minum” Ini serba sedikit maklum balas yang kami sering dengar dari pembeli.

Rakan niaga Feeko pun turut berpuas hati kerana mereka tahu minuman yang mereka jual memenuhi kehendak pelanggan.

Mana tidaknya, baru sahaja nak membuka kiosk hari itu. Pelanggan sudah ada yang menunggu. Sanggup…janji dapat Feeko Coklat!

Rebut peluang perniagaan kecil ini

Jadi apa yang ditunggu lagi.

Jangan ketinggalan untuk menyertai kami di Feeko Ice Blend.

Anda boleh datang berjumpa kami atau ke kiosk Feeko yang berhampiran dengan tempat anda untuk merasai sendiri kehebatan Feeko Coklat yang dicipta dengan rasa coklat sebenar yang tiada tandingannya di mana-mana.

Oh! ya, jangan tak tahu Feeko Ice blend pun ada cipta lagu khas untuk pelanggan mengenali kami.

Anda boleh layarinya di Youtube,com dan cari Feeko Ice Blend

Untuk info lanjut anda boleh hubungi:

HQ Feeko di talian 012 237 3044.

Ingat, hanya yang serius akan berjaya! Jangan lepaskan peluang perniagaan kecil ini…

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. As’salam puan rashidah…..fazian dr kch swrk….sy call puan utk buah tempahan….no puan tiada wujud lagi. So camne nak order brg?

  2. Ini sejenis perniagaan francais kan…? Boleh tahu berapa kos permulaan dan fees untuk memulakan perniagaan ni?

    1. Salam..Saya buka rumah amal utk rmja prmpuan 14-15 th di Jitra Kedah. Saya sdg mncari satu jenis perniagaan yg tak perlu banyak modal sbb keperluan kami bergantung pada sumbangan org ramai.
      Boleh tuan beri pandangan.
      Terima kasih

    2. Terima kasih en izham kerana bertanya. Feeko Ice Blend ni modal permulaan hanya RM 3,000. Ia meliputi barang-barang kelengkapan serta sebuk Feeko yang dikeluarkan sendiri oleh pihak syarikat. Jadi dengan ini, rasa serbuk Feeko akan sentiasa dipantau agar memenuhi kriteria Feeko.

      En Izham, untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami melalui medium berikut:

      Telefon : 012 237 3044
      Whatsapp : 017 580 2465
      Email : feekohaus@yahoo.com
      Facebook : Feeko Page

      Terima kasih

      1. Salam bro… kalo gtu modal nya syaa berminat.. tp blh syaa jdi kan andaa sifu saya x… syà tgk org lain blh xkan syaa xboleh…

        Nk buat kat sabah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge