potensi perniagaan kedai basikal di PuchongPerniagaan kedai basikal merupakan salah satu perniagaan yang berpotensi sekarang ini. Mungkin ada yang rasakan kenyataan tersebut salah kerana basikal bukanlah lagi merupakan kenderaan yang penting sebagaimana zaman tok nenek kita dahulu.

Jumlah mereka yang berbasikal di seluruh negara semakin berkurangan sejak saya tamatkan persekolahan pada tahun 1985 dahulu.

Selepas itu pelajar yang pergi ke sekolah menaiki motosikal semakin bertambah dan lama-lama kelamaan basikal hanya tinggal menjadi kenderaan utama warga Bangladesh sahaja di negara kita.

Kenapa perniagaan basikal ada potensi

Walaupun penggunaan basikal tidak semeriah dahulu lagi sekarang, saya rasakan ada kecenderungan untuk aktiviti berbasikal ini bertapak semula di negara kita bahkan di seluruh dunia.

Namun basikal bukanlah dijadikan sebagai kenderaan utama untuk pengankutan, sebaliknya matlamat berbasikal sudah berubah arah kepada sesuatu yang menjadi keutamaan masyarakat dunia sekarang ini.

Ada 3 unsur yang membuatkan perniagaan kedai basikal menarik untuk difikirkan:

  1. Kesihatan – Berbasikal memang baik untuk mereka yang peka kepada penjagaan kesihatan. Berbasikal adalah salah satu cara melakukan senaman bagi mereka yang tak suka berjogging atau berjalan kaki. Apa sahaja perniagaan yang menawarkan faedah kesihatan pada orang ramai memang mula mendapat tempat sekarang ini di seluruh dunia. Oleh itu perniagaan kedai basikal merupakan salah satu perniagaan yang berpotensi.
  2. Alam sekitar – Bagi para pencinta alam, berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang membantu penjagaan alam sekitar. Tidak berlaku pencemaran udara atau bunyi dalam aktiviti berbasikal. Ini juga merupakan salah satu cabang perniagaan yang mula mendapat tempat di seluruh dunia dan akan terus meningkat permintaannya pada masa yang akan datang.
  3. Tenaga Hijau – Tidak ada pembaziran tenaga dalam aktiviti berbasikal. Tenaga dikeluarkan oleh mereka yang menunggang basikal dan faedahnya kembali kepada pengamal aktiviti berbasikal. Sekali gus ia merangkumi kedua-dua faktor yang saya sebutkan di atas tadi.

Kenapa saya kata ada peluang perniagaan kedai basikal di Puchong

Saya ada 6 buah basikal di rumah dan kesemuanya dibeli daripada kedai basikal berdekatan yang merupakan satu-satunya kedai basikal di kawasan penempatan saya.

Walaupun kesemua basikal dibeli dari kedai tersebut, saya tak pernah berpuas hati pada khidmat selepas jualan yang diberikan oleh pemilik kedai basikal itu.

Saya tak pernah puas hati dengan cara dia memasang basikal baru yang diimportnya samada dari Taiwan atau Negara China. Semua basikal diimport secara CKD dan akan dipasang dikedainya bila dia tak ada pelanggan yang datang samada untuk membaiki atau membeli basikal baru.

Cara dia memasang tidak ada ketelitian yang saya harapkan. Senget sana dan senget sini. Bagi seorang yang memang sukakan basikal sejak zaman remaja di kampung dulu, kecacatan pemasangan sebegitu amat mendukacitakan saya.

Terpaksalah saya membaikinya dan membetulkan segala yang saya tak puas hati selepas balik rumah. Tapi bukan selalu saya ada masa untuk buat kesemua kerja kecil dan rumit begitu di rumah dengan kekurangan peralatan yang diperlukan.

Ada ruang untuk perhebatkan perniagaan kedai basikal di Puchong

Setiap kali pergi ke kedai itu dan melihatnya memasang atau membaiki basikal, saya akan terkenangkan Taukeh Perniagaan kedai basikal di Kampung yang bernama Ah Uu. Dia sendiri merupakan penggemar basikal dan kesemua basikal yang dinaikinya amat klasik dan kemas serta menarik.

Setiap kali dia membaiki atau memasang basikal, dilakukannya dengan amat teliti dan penuh minat. Pantang ada bunyi yang merimaskan pada basikal, akan diperbetulkannya. Menaiki basikal yang telajh dibaikinya seperti menganyuh sebuah mesin yang selesa dan lancar. Saya sentiasa kagum dengan ketelitiannya dan tak berkira dengan kos membaiki yang diberikannya.

Ringkasnya, jika saya buka perniagaan kedai basikal di Puchong, saya pasti dapat memenuhi kekecewaan yang ada pada khidmat yang diberikan oleh kedai yang ada sekarang. Jadi ada ruang untuk bersaing dan memang di situ.

Dari segi permintaan pula tak perlu disangsikan lagi. Jika orang dewasa tak suka berbasikal, kanak-kanak sekolah sudah pasti menjadi pelanggan yang tetap. Bayangkan berapa ramai kanak-kanak di Puchong!.

Bagaimana pula perniagaan kedai basikal di kawasan anda, adakah ada potensi dan ruang untuk memasuki pasaran yang dapat anda kesan. Mungkin perniagaan kedai basikal ini adalah perniagaan yang bukan minat anda, tapi asasnya adalah sama. Sengaja saya berikan contoh dalam mengenal pasti idea perniagaan dengan berikan perniagaan kedai basikal sebagai contoh mudah untuk difikirkan.

Total
3
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

19 comments

  1. agak agak berapa modalnye untuk membuka sesebuah kedai basikal yg lengkap??boleh bg tau sape yg tau??ingat memang nak mencuba

  2. Teringin sgt nk buka kedai basikal kat pulau ni.. Kedai utk disewa dah ada. Modal lak x ada. Huu… kecewa sungguh!

  3. Saya pun pernah terfikir macam tu. Di Puchong Intan ada 1 dan di Puchong Majujaya ada 1. Saya rasa kalau buka di kawasan OTK pun ok. Kawan sekolah saya selepas gagal SRP tahun 1987 terus buka kedai basikal sampai sekarang di Taman Dato Harun.

  4. Bagus tu ideanya. Basikal sekarang sudah diangkat menjadi sukan disampaing menambah aktiviti bila beriadah bersama keluarga. Basikal masih banyak pencintanya. Macam kata admin, penambah baikan perkhidmatan/perniagaan boleh dilakukan bila perniagaan mula berjalan. Mungkin owner tiada kemahiran merepair awalnya, mungkin boleh dilaverage tenaga kerja dari sumber lain.

    ( Saya masih minat mengayuh basikal di sekeliling kawasan rumah 😀 )
    Lynn™ recently posted…Bagaimana menangani serangan jantung ketika berseoranganMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge