Peluang bisnesSalah satu sebab ramai yang tak berani nak lepaskan jawatan dalam kerja makan gaji mereka adalah disebabkan oleh kepercayaan, samada secara sedar atau tidak sedar, bahawa peluang perniagaan sudah hampir tidak ada lagi.

Apakah anda yang sedang membaca blog ini merupakan salah seorang yang percaya secara tidak sedar (kalau bukan secara sedar) bahawa hampir kesemua peluang perniagaan yang terlintas dalam kepala sudah disapu bersih oleh orang lain.

Untuk mengetahui bagaimana sebenarnya pegangan anda dalam minda separa sedar, cuba jawab soalan di bawah ini…

” Setelah melihat peta dunia, atau menilik bola peta bumi (world globe), pernahkan terfikir dalam akal anda bahawa masih ada tempat yang masih belum diterokai oleh manusia… ? “

Apakah jawapan anda terhadap soalan tersebut di atas?

Mungkin jawapan anda sama macam saya sebelum ini. Kita cenderung untuk percaya bahawa habis kesemua tempat sudah diterokai oleh manusia.

Jika ada di antara kita yang mahu menjadikan kerjaya meneroka dunia terasing seperti para pelayar dahulu kala, kita akan anggap ada masalah dalam kepala orang tersebut.

Sebabnya adalah, kita disogokkan dengan kepercayaan bahawa segala penemuan di atas muka bumi ini sudah lengkap.

Apa yang tinggal buat jenerasi manusia di zaman ini hanyalah 2 perkara sahaja,

  1. Penemuan-penemuan kecil yang tidak memberikan apa-apa impak. Contohnya anda terjumpa sebuah busut baru timbul di dalam belukar belakang rumah anda di kampung.
  2. Penemuan perkara baru hebat yang cuba dibayangkan hanya dalam imaginasi manusia, yang hakikatnya adalah tak masuk akal (dari segi hukum adat). Contohnya sebuah bandar terasing yang amat maju atau luar biasa hebat seperti dalam cerita Hobit atau Harry Potter.

Bagaimana dengan peluang perniagaan

Jika kita biarkan minda hanyut dengan apa yang ada di sekeliling, kita akan jadi manusia pak turut yang percaya pada apa yang dunia sekeliling mahu kita percaya.

Jika kita biarkan mata lahir, pendengaran lahir atau perasaan lahir menguasai apa yang disogokkan ke dalam minda, maka mata hati akan tertutup.

Ini membuatkan dunia menjadi sempit dan pencarian akan terhenti.

Nak buat perniagaan apa lagi, semua dah ada orang buat !

Nak buat perubahan apa lagi untuk melebihi orang lain, semuanya sudah dilakukan !

Lebih baik makan gaji saja. Asalkan dapat menampung keperluan hidup cukuplah.

Biarlah jadi orang biasa saja dengan makan gaji. Lagipun makan gaji itu jauh lebih baik dari menjadi hamba kepada tuannya.

Tiada lagi peluang perniagaan sebab semuanya sudah dikebas orang. Yang tinggal hanyalah dalam 2 kategori seperti yang saya sebutkan di atas tadi,

  1. Peluang perniagaan baru yang kecil yang tidak mendatangkan impak. Buat cucur kodok perasa strawberry umpamanya, lebih setakat rasa sahaja.
  2. Peluang perniagaan hebat dan besar seperti munculnya Google, atau FB, yang pada dasarnya hanya mampu dikuasai oleh gergasi antara bangsa. Untuk budak kampung atau insan bandar tercorot, hampir mustahil ada peluang untuk menemuinya.

Rumusan dari kepercayaan tersebut di atas, yang terpahat kukuh secara tidak sedar membuatkan anda selesa makan gaji dan berhenti dari mencari.

Masih banyak lagi peluang perniagaan di luar sana

Saya mahu buang perasaan tersembunyi dalam otak bahawa sudah tidak ada peluang perniagaan di luar sana.

Kerana saya percaya masih ada banyak yang boleh diterokai yang masih tersembunyi. Asalkan anda buat keputusan untuk mencarinya, maka apa saja yang sedang bersembunyi akan dapat anda temui.

Sebelum ini saya memang terasa buntu dengan perniagaan yang sedang dijalankan. Nampak macam dah tak ada jalan untuk melonjakkan diri dan membuatkan perniagaan menjadi jauh lebih tinggi daripada yang ada sekarang.

Bila timbul kepercayaan itu, mulalah otak mencari berbagai alasan untuk kekalkan sekadar apa yang ada sekarang. Kalau diusahakanpun, tak akan ke mana.

Bila sedar bahawa itu adalah satu kepercayaan yang salah, saya berazam untuk tidak akan berhenti dari mencari.

Kepercayaan mesti ada terlebih dahulu bahawa masih ada banyak yang tersembunyi yang jka ditemui bakal membuatkan pencapaian meningkat seperti roket.

Bila dah percaya, maka timbullah rasa berbaloi untuk mencarinya dan yakin bahawa pencarian itu bukanlah satu kerja yang sia-sia.

Keluar dari sikap lembab untuk mencari peluang perniagaan

Anda yang makan gaji, sekadar berangan-angan nak jadi usahawan, berhentilah bersikap lembab atau separa lembab.

Apakah anda percaya sudah tidak ada peluang perniagaan lagi buat anda?.

Apakah anda benar-benar mencarinya selama ini? atau sekadar membiarkan deria lahir menguasai pemikiran anda?

Apakah anda sangsi dengan kehebatan Yang Maha Kuasa, Yang Maha Besar, Tuhan yang mencipta keseluruhan Alam ini?

Percayalah bahawa apa yang anda lihat hanyalah setitik air dihujung jarum sahaja peluang perniagaan. Sedangkan peluang perniagaan yang anda masih belum lihat adalah seluas lautan.

Hanya anda sahaja yang sengaja membiarkan ketakutan dan kelemahan minda menguasai kepercayaan.

Anda sengaja membiarkan diri menjadi manusia lembab yang percaya dunia sudah menjadi sempit dan anda dilahirkan untuk menjadi pak turut yang kurang kepercayaan pada kebolehan diri menjadi peneroka peluang.

Jika anda tak rasa tercabar dengan tuduhan saya di atas, memang terbukti anda sudah dikuasai oleh jembalang hitam. Dia sudah berjaya menjadikan anda berminda lembek dan dipergunakan oleh mereka yang berjiwa besar.

Terpulang pada anda sekarang. Jika anda percaya sudah tidak ada harapan untuk jadi usahawan berjaya, anda betul.

Jika anda percaya terlalu banyak peluang sedang menanti anda di sebalik tabir sana, pun anda betul.

Pilihan di tangan anda !

Nota: Bulan yang amat sibuk dengan program Business Coaching. Sebab itu tak banyak artikel ditulis. Sekarang ada di Sabah dengan para peserta Biz Coaching di sini. Rasa berbaloi dengan usaha yang dicurahkan bila melihat purata peningkatan hasil jualan semua peserta meningkat melebihi 300% setelah 8 bulan berusaha membuat perubahan.

Total
39
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

8 comments

  1. mana nak cri artikel cmni,memang terbaik,yang belum berniaga tu,cubalah berniaga,reja sendiri memang syok cuma kena rajin lebih

  2. Walaupun sesetengah bisnes yang diceburi sangat banyak persaingannya..tetapj percayalah..rezeki yang ada lebih banyak daripada jangkaan manusia..

    Asalkan berusaha dan berdoa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge