Masih tak habis lagi update pasal cerita Covid-19. Selagi kesemua sekatan perjalanan masih belum dibuka, selagi itu fikiran akan tetap berlegar cuba memahami apa yang berlaku.

Itulah yang berlaku pada diri saya sendiri.

Bukan tak cuba diamkan diri. Padamkan sebentar enjin akal yang sentiasa ligat nak cari pasal fikir itu dan ini. Tapi memang tak boleh. Selagi boleh terpacak mampu berjaga, selagi itu deria peka mengesan sekeliling.

Lihat dan tafsir, lihat dan tafsir.

Apatah lagi kalau buka internet. Layari media sosial dan buka portal berita dan sebagainya. Akan ada saja perkara yang berjaya tonjolkan dirinya menagih perhatian minda.

Bila jadi macam itu, minda terus terperangkap layan.

Fikiran hanyut dan melayang jauh. Kalau nasib baik cepat tersedar dan tangkap balik minda yang sedang liar seronok menguasai diri. Kalau nasib tak baik, hanyutlah sampai bawa ke mimpi dan berlarutan.

Tak berhenti sehingga ada benda lain pula yang lebih menonjol berjaya meraih perhatian.

Patutlah Tok Sami bertapa dan bermeditasi tak habis-habis sampai tua cuba melatih diri menguasai pemikiran dan minda.

Minda ni, macam anging yang dibawa tuannya berjalan di taman.

Ada anjing yang menguasai keadaan. Dia heret tuannya ke sana ke sini. Bukan tuannya yang tentukan arah dan hala tuju. Itu yang sering berlaku pada kebanyakan orang. Minda yang heret ke sana dan ke sini tak terkawal.

Hanya segelintir saja yang anjing bawaannya tenang. Tuannya juga turut tenang. Tuannya yang kuasai keadaan dan menentukan kemana hala tuju. Minda sentiasa tenang dan setia menunggu arahan tuannya untuk fikir tentang apa.

Covid-19: Paling seronok ialah yang makan gaji

Sebelum ni ada usahawan yang persoal kenapa kerajaan nak bagi duit pada geng B40 dan M40. Saya mula faham kenapa dia merungut.

Untuk yang masih tak tahu apa dia B40. Maksudnya kumpulan berpendapatan paling rendah yang mewakili 40% dari keseluruhan rakyat di bawah. Mereka menjana pendapatan kurang dari RM4, 360 sebulan.

M40 pula golongan pertengahan yang berpendapatan antara RM4,361 hingga RM9,619 sebulan. Berikut dalam rajah ringkasan bantuan yang semua kumpulan tersebut dapat.

Untuk maklumat macam mana nak mohon dan sebagainya boleh cuba baca kat sini.

Dalam kumpulan tersebut ada ramai yang makan gaji. Ada juga yang berniaga cari makan sendiri. Ada nelayan, ada petani dan penternak dan ada yang kerja sendiri seperti bawa lori, pemandu bekho dan sebagainya.

Yang kerja sendiri tentulah ramai yang sedih dengan apa yang berlaku. Dengan bantuan one-off dari kerajaan sedemikian, sudah tentu membantu mereka. Walaupun masih tak cukup, sebab sekadar one-off sahaja. Selepas duduk rumah lama tak boleh cari makan, duit habis nanti mereka nak cari duit kat mana pula?

Yang paling seronok adalah mereka yang makan gaji.

Saya sendiri berniaga. Memang tak layak untuk bantuan one-off kerajaan sebab tak masuk dalam mana-mana kategori berdasarkan apa yang saya laporkan ke LHDN selama ini untuk kiraan cukai.

Walaupun tak masuk dalam B40 dan M40, mungkin duduk dalam kumpulan T20 yang jumlah pendapatan sebulan melebihi RM9,620. Itu lansung tidak bermaksud kumpulan T20 ada duit untuk hidup bila tak boleh teruskan bisnes akibat PKP.

Ramai yang masuk RM10 ribu sebulan dan keluar juga RM10 ribu. Tak ada baki dalam akaun simpananpun.

Hidup susah juga kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Selama ini hidup atas pendapatan dari bisnes. Bila berhenti, maka habis terus sumber nak pendapatan untuk berbelanja.

Kat mana nak mengadu?

Para pekerja di syarikat saya pula sangat beruntung. Terutamanya yang tidak terlibat dalam operasi syarikat. Operasi masih berjalan penuh. Sebab ada sebahagian kerja yang support industri yang perlu terus berjalan sepanjang PKP.

Yang tak terlibat dalam operasi sungguh sedap. Tak payah pergi kerja. Kerja dari rumah saja. Relaks dan cool tanpa tekanan.

Masing-masing buat kerja sendiri tengok sana tengok sini. Terkejut dengan suasana baru dan tidak berupaya untuk disiplinkan diri. Sesuaikan jadual kerja dari rumah.

Tak terlintas untuk perah otak berfikir bagaimana nak bantu company hadapi suasana Covid-19. Tak tergerak untuk serius berusaha cari jalan macam mana nak ambil peluang yang ada dalam keadaan semasa. Tak bersungguh-sungguh cuba supaya syarikat dapat melonjak naik ambil peluang dari apa yang berlaku.

Bagi mereka itu semua kerja boss. “Kalau boss nak hidup, boss fikirlah sendiri. Tak ada siapa nak tolong fikirkan untuk boss dan keluarga boss selain dari boss”.

Boss tak boleh tak suka-suka potong gaji dan buang pekerja. Itu ada undang-undangnya. Siapa surun nak berniaga?

Lagipun gaji penuh. Lewat sikit dah tanya dalam whatsapp group kenapa operasi dah dapat gaji penuh sedang mereka tak dapat lagi. Seolah-olah boss memang selalu kencing dan tak bayar gaji selama ini.

Bos tercungap-cungap topup sana topup sini. Risau apa nak jadi selepas ini. Boss juga memang tak ambil gaji. Berkorban untuk kepentingan pekerja dan keluarga mereka. Sekalipun tak ada yang nak ambil tahu pasal keluarga boss samada, ada nasi atas meja atau tidak. Itu staff tak nak tahu.

Yang pentingnya, merekalah yang paling untung sekali. Kerja kurang. Gaji penuh. Ada tambahan lagi dari bantuan perihatin kerajaan. Nikmat mana yang kamu nak nistakan lagi?

Itulah yang sering berlaku pada usahawan. Hadapi semua itu seorang diri.

Covid-19: Paling teruk adalah usahawan

Usahawan paling teruk kena tempias masalah covid-19. Macam yang saya gambarkan kat atas tadi. Pendapatan berkurangan banyak. Bila nak pulih semula tak ada siapa yang tahu.

Kerajaan pula, untuk elakkan usahawan buang pekerja berikan bantuan RM1200 seorang untuk syarikat yang kurang dari 200 pekerja. Jadi kerajaan tanggung sebanyak RM1200 setiap orang pekerja yang syarikat ada.

Tapi dengan syarat. Tak boleh buang pekerja tersebut. Tak boleh potong gaji mereka.

Dengar macam bagus. Tapi sebenarnya majikan perlu tambah duit untuk bayar keseluruhan gaji. Majikan perlu ada duit simpanan atau duit lebihan untuk dibelanjakan pada semua urusan perniagaan.

Kos tetap masih kena bayar. Kalau PKP buka nanti, adakah bisnes akan kembali seperti biasa?

Itu persoalan besar yang semua usahawan sedang fikirkan.

Kerja sudah tentu akan lebih sukar terutamanya dari segi kepercayaan pelanggan. Bukan takut kena tipu. Tapi takut kena covid-19. Untuk padam semua ketakutan itu, kena keluarkan kos.

Maka bertambahlah lagi kos untuk usahakan jualan yang masih belum pasti.

Untuk usahawan yang sebelum PKP dah memang teruk. Ini peluang terbaik untuk kafankan saja perniagaan yang ada.

Covid-19 merupakan peluang tekan re-start button

Positifnya covid-19 ni, kalau anda banyak hutang.

Tak perlu risau. Sebab semua orang tahu apa yang sedang berlaku. Hutang kenderaan dan segala hutang bank tak akan ganggu usahawan lagi sehingga bulan oktober 2020.

Jadi jangan habiskan duit yang ada untuk cuba bertahan mengharapkan yang tak pasti. Buat analisa betul-betul samada bisnes anda masih relevan atau tidak.

Kalau tidak nampak cahaya, simpan duit tu untuk modal usaha yang baru. Usaha berdasarkan peluang baru yang ada selepas covid-19 ini. Tutup saja bisnes supaya tak perlu tanggung kos tetap lagi.

Tak perlu bayar gaji dan tak perlu bayar sewa dan lain-lain kos tetap yang ada.

Tambahkan lagi dana mula dengan jual segala peralatan bisnes yang ada. Insyaalah akan laku sebab sudah pasti ada yang ingin mulakan bisnes atau besarkan bisnes selepas PKP selesai. Tentu ramai yang sedang cari peralatan bisnes terpakai selepas ini. Termasuk ada sendiri yang mungkin nak ubah arah perniagaan lain pulak.

Untuk anda yang nak jual barang bisnes terpakai, sila joint group FB Jual beli barang bisnes terpakai kat sini yang baru saya tubuhkan. Kita temukan semua orang yang nak jual atau beli barang bisnes terpakai kat situ supaya mudah.

Paling penting untuk dapatkan harga terbaik bila dapat berurusan secara direct.

Biasanya ada beberapa industri yang boleh ambil manfaat dari peluang jual beli barang bisnes terpakai ini. Sya cuba senaraikan industri atau perniagaan kat bawah ini yang boleh ambil manfaat tersebut:

  1. Bengkel kenderaan – samada kereta atau motosikal atau apa saja kenderaan lain. Ada banyak barang yang diperlukan kalau anda nak ceburi industri ini. Paling bagus untuk jimatkan kos adalah dengan bermula secara modal paling rendah. Jadi bleh beli dari mereka yang nak tutup kedai.
  2. Dobi – Ini juga industri yang perlu ada banyak barang kalau nak berniaga. Kalau nak tutup, bleh jual balik kesemua barang yang ada untuk kumpul modal baru buat bisnes lain pula.
  3. Restoran atau central kitchen – Ini juga industri yang perlukan barang banyak untuk berniaga. Dapur dan segala peralatan lain termasuk perabut dan periuk belanga.
  4. Pejabat – Apa saja perniagaan yang syarikat ada pejabat boleh lelong semua barang pejabat termasuk komputer, kerusi dan meja.
  5. Kenderaan – Apa saja bisnes yang menggunakan kenderaan. Yang ada fleet. Boleh lelong semua kenderaan yang ada untuk kumpul dana atau cut cost.
  6. Stock barang niaga – Ada banyak bisnes yang simpan stok barang niaga. Contohnya mereka yang buat bisnes pakaian. Bila nak tutup kedai, boleh lelong semua stok barang. Tak kisah samada barang siap atau bahan mentah yang tak mudah rosak.

Pasti ada banyak lagi perniagaan lain yang saya tak senaraikan kat atas tu. Termasuklah mereka yang berniaga di pasar malam. Ada meja lipat payung dan sebagainya.

Boleh sertai group jual beli barang bisnes terpakai dan kita bermula dari sana. Terima kasih didahulukan kepada anda yang sudi sertai.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge