menjadi pemimpinSetiap orang daripada kita merupakan pemimpin. Tak kira samada memimpin sebuah organisasi kecil atau besar, kita tak boleh lari daripada menjadi pemimpin.

Sebagai makhluk yang cenderung untuk bersosial, kita sentiasa terlibat dalam aktiviti sosial yang memerlukan berkumpulnya beberapa orang manusia lain.

Bila berkumpul, orang yang punyai karakter sebagai seorang pemimpin akan lebih menonjol untuk berada di atas. Semakin kuat karakter kita sebagai seorang pemimpin, semakin mudah untuk menjadi ketua dan semakin rela orang mengikuti kita.

Masalahnya kat sini adalah untuk memahami apakah karakter seorang pemimpin yang hebat ?

Jika kita tahu apa yang diperlukan untuk menjadi pemimpn hebat, maka lebih mudah untuk kita menjadi seorang pemimpin, terutamanya jika kita seorang usahawan yang mempunyai ramai pekerja di bawah.

Siapa yang boleh jadi pemimpin

Selama ini saya faham ada dua perkara yang amat penting untuk melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin yang baik.

Dua perkara tersebut adalah:

  1. Membuat keputusan yang baik – Peranan paling penting sebagai seorang pemimpin adalah dalam membuat keputusan. Perubahan dan kemajuan berlaku adalah hasil daripada gabungan keputusan demi keputusan yang dilakukan setiap kali ada persimpangan. Keputusan yang berat hanya boleh diambil oleh seorang pemimpin. Jika baik keputusan yang dibuat, maka baiklah jadinya dan begitulah sebaliknya.
  2. Meyakinkan pengikut untuk laksanakan keputusan yang telah dibuat – Apa saja keputusan, tetap hanya jadi sekadar keputusan saha selagi ianya tidak dilaksanakan. Jika keputusan terlaksana barulah berlaku perubahan dan kemajuan yang diharapkan.

Alang-alang nak jadi pemimpin, biarlah jadi seorang pemimpin yang baik. Jangan pulak nak jadi pemimpin samseng yang tak baik.

Pemimpin yang tak baik

Seorang ketua samseng juga merupakan seorang pemimpin. Dia berjaya meyakinkan semua orang untuk menuruti dan melaksakan keputusannya.

Tapi malangnya keputusan seorang samseng adalah keputusan yang biasanya tidak baik. Maka jadilah dia pemimpin yang tak baik.

Dari situ kita dapat faham bahawa kriteria yang paling penting adalah yang nombor 2 di atas tadi. Iaitu keupaaan meyakinkan samada paksa atau sukarela supaya orang lain ikut keputusan kita.

Jika anda anda keuyapaan tersebut, maka anda memang ada keuyapaan untuk jadi seorang pemimpin.

Baik tapi orang tak ikut, bukan pemimpin

Ada ramai orang yang hebat akalnya. Dia boleh membuat berbagai analisa dan dari semua analisa tersebut, dia mampu membuat satu keputusan yang amat baik.

Namun begitu, sekadar punya keupayaan membuat keputusan yang baik tak guna juga.

Anda tak akan dapat diiktiraf sebagai seorang pemimpin seandainya keputusan yang anda buat tak ada seorangpun nak laksanakannya.

Jika anda hairan kenapa seorang pensyarah yang ada PhD dalam ilmu ekonomi perniagaan, tapi tak ada sebuah syarikatpun yang diketuainya dan dia sendiri tak berani nak berhenti makan gaji untuk berniaga, mungkin sebab paling utamanya adalah keupayaannya dalam meyakinkan orang lain untuk ikut dan laksanakan keputusannya.

Itu andaian saya saja untuk menyatakan bahawa pandai buat keputusan dan banyak maklumat belum cukup untuk melayakkan anda menjadi kepala kepada sebuah syarikat atau perniagaan yang berjaya.

Usahawan adalah pemimpin

Jika anda seorang usahawan, maka anda adalah seorang pemimpin.

Keupayaan anda untuk belajar dan belajar menjadi seorang pemimpin yang baik menjadi penentu dalam mengharungi cabaran sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Jika nak perniagaan membesar, perlu ada pekerja. Sebab itu saya sering anjurkan usahawan yang sedang jalan secara solo dalam perniagaan mereka mula beranikan diri ambil pekerja.

Untuk mengendalikan para pekerja samada yang sepenuh masa atau secara seperuh masa, anda mesti ada daya kepimpinan.

Dan untuk belajar memimpin, anda perlu ada pekerja. Mengendalikan sebuah perniagaan yang ada ramai pekerja adalah satu peluang baik melatih diri menjadi pemimpin.

Pemahaman baru dalam kepimpinan

Dari awal saya menjalankan perniagaan, saya dah ada pekerja.

Duit hasil dari perniagaan yang saya dapat terpaksa dibahagikan kepada semua orang yang terlibat dalam bentuk gaji.

Waktu awal mula berniaga biasalah terpaksa berkorban. Biasanya gaji pekerja diutamakan terlebih dahulu dan bakinya jika ada barulah boleh diambil oleh usahawan.

Saya sering baca saranan orang untuk bayar pada diri kita terlebih dahulu. Saya rasa saranan itu memang baik jika kita mahu kaya cepat.

Tapi saya tak sanggup buat macam itu ketika di awal perniagaan.

Malah sampai sekarang ketika adanya masalah kewangan melanda syarikat, orang paling awal yang terpaksa berkorban adalah saya sendiri.

Itu amalan saya sampai sekarang walaupun saranan untuk bayar pada diri kita terlebih dahulu amat popular di anjurkan oleh sesetengah pakar motivasi kejayaan kewangan. Terpulanglah pada pembaca untuk pilih jalan masing-masing.

Kesan daripada pengambilan pekerja sejak awal, dari segi ekonominya memang tak berapa bagus sangat. Saya tak boleh kumpul duit yang banyak dengan cepat kerana terpaksa bayar gaji.

Tapi kesan dari pengalaman mengendalikan para pekerja membuatkan saya belajar banyak perkra dalam ilmu kepimpinan.

Dan yang paling utama ilmu dalam meyakinkan atau memujuk agar orang laksanakan apa keputusan yang telah kita buat.

Pemimpin perlu fleksibel ekstrim

Sebelum ini saya berpegang pada cara lembut untuk menjadi pemimpin. Saya rasa itulah teknik kepimpinan yang paling berkesan dalam meyakinkan pekerja untuk laksanakan apa yang kita mahu.

Setelah beberapa lama berniaga dan mengendalikan syarikat-syarikat yang saya ada, dan setelah merenung kembali mencari jawapan kenapa saya sampai di sini, saya melihat satu pemahaman baru terhadap kepimpinan.

Saya mengimbas kembali segala peristiwa di mana saya menghadapi masalah besar yang perlu diselesaikan yang mencabar keupayaan saya sebagai seorang pemimpin.

Dalam kesemua peristiwa yang ada, saya dapati ada berbagai pendekatan yang telah saya gunakan yang membuatkan saya berjaya memecahkan halangan dan mencapai matlamat yang dikehendaki.

Semuanya adalah ekstrim dalam berbagai keadaan.

Saya perhatikan bahawa pendekatan lembut sahaja yang diguna pakai dalam apa jua keadaan bukanlah satu cara yang betul.

Rumusan yang saya pelajari adalah kita perlu mampu bersiap ekstrim antara dua hujung.

Lembut – keras

Tegas – bertolak ansur

Marah – pujuk

Degil – lemah lembut

Anda boleh senaraikan semua sifat atau sikap ekstrim dalam menguruskan perniagaan anda selama ini, dan itulah sikap-sikap yang anda perlu tahu dan mampu menggunakannya.

Pemimpin yang hebat pada saya tak boleh duduk jalan tengah dalam sesuat keadaan. Dia perlu memilih satu sikap antara dua ekstrim yang ada yang perlu digunakan.

Cuma masalahnya hanyalah satu.

Untuk kenal pasti sikap ekstrim mana satu yang perlu diguna pakai dalam sesuatu keadaan tertentu untuk mencapai matlamat. Itulah yang sukar sebenarnya.

Pemimpin hebat adalah mereka yang cekap menentukan sikap ekstrim mana satu yang perlu mereka gunakan untuk maju ke depan dalam menghadapi sebarang masalah.

Itu semua mungkin tak ada dalam buku, anda hanya boleh belajar semua itu dari pengalaman selama mengharungi dunia keusahawanan.

Anda boleh kongsikan pengalaman anda dalam mengguna pakai sikap ekstrim di ruang kongsi di bawah jika ada. Mungkin orang lain boleh mempelajari sesuatu dari pengalaman anda itu.

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

6 comments

  1. Salam Tuan, sekadar ingin tahu adakah sifat degil dan keras kepala adalah antara ciri-ciri usahawan…?

    1. Keras kepala itu ekstrim atas, lunak lembut pula ekstrim bawah, kedua-duanya perlu ada dan diguna pakai dalam situasi yang bersesuaian. Kedua-duanya perlu ada pada usahawan.

  2. Tuan,

    Saya telah senaraikan beberapa jenis perniagaan yg dirasakan boleh diusahakan dengan kos rendah dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan lebih jauh. Untuk permulaan saya merangka untuk menjalankannya secara sambilan terlebih dahulu. Tambahan pula saya hanya akan bertugas semula ke Malaysia Januari 2016. Saya merancang untuk buat lebih serius dan ingin mencapai impian “berhenti makan gaji” insyaallah. Setelah dianalisa dan berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman sendiri, perniagaan yang saya ingin jalankan ialah “perkhidmatan mencuci rumah”.
    Oleh itu, saya mohon pencerahan tuan mengenai perniagaan ini. Bagaimana cara terbaik untuk bermula, caj yang patut dikenakan sebagai orang baru, perkara-perkara yang harus diberikan perhatian, kos dan seumpamanya.
    Semoga tuan dapat memberikan panduan kepada saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge