pemasaran santan kingSaya terbaca satu perkongsian yang menarik dari seorang usahawan yang merupakan pengasas ThinkSpace berkenaan kesilapan yang usahawan baru mesti cuba elakkan.

Beliau senaraikan 5 perkara penting yang para usahawan baru mesti cuba elakkan. Ternyata nasihat yang beliau berikan memang amat baik untuk anda yang nak jadi usahawan amalkan.

Kebetulan saya sedang usahakan satu cabang perniagaan baru dalam dunia peruncitan. Perniagaan tersebut diketuai oleh salah seorang kawan dan saya bertindak sebagai penyuntik dana.

Disamping membekalkan segala dana yang diperlukan, saya juga memainkan peranan sebagai penasihat dalam mengatur strategi bagi menjayakan perniagaan baru itu. Sudah tentu saya perlu bertindak sebagai penasihat dan mentornya bagi memastikan agar dana yang disuntik tidak hangus…. insyaallah!.

Dari artikel yang ditulis oleh usahawan tersebut, saya terjemahkan kembali dan cuba bandingkan samada apa yang saya buat dalam perniagaan baru untuk kawan saya itu berada di landasan yang betul dan seterusnya moga perniagaan itu berjaya.

5 perkara penting dalam mulakan bisnes

Saya terbalikkan artikel dari pengasas ThinkSpace di sini untuk buat perbandingan dengan apa yang saya lakukan. Dalam artikelnya dia senaraikan 5 perkara yang perlu dielakkan dalam mulakan bisnes seperti berikut:

  1. Mengabaikan aspek pemasaran – usahawan biasanya terlalu asyik dengan hal ehwal operasi ketika mulakan bisnes dan abaikan pemasaran.
  2. Mensasarkan kesempurnaan – Terlalu kejar kesempurnaan sampai lambat keluarkan produk dan terlewat dalam segala hal. Kadangkala sampai produk tak keluar langsung.
  3. Yakin berlebihan – Tak fikirkan langsung situasi kalau-kalau segalanya gagal dan tidak jadi sebagaimana yang dirancangkan.
  4. Mewakilkan kerja berlebihan – Semua bagi orang lain buat dan dia tak buat apa-apa hanya sekadar angan-angan dah jadi kaya.
  5. Terlalu mengawal dengan langsung tak wakilkan tugasan – Nak buat semua perkara dan langsung tak fikirkan untuk outsource atau wakilkan juga adalah sikap sengaja cari pasal yang tidak baik.

Saya cuba bandingkan dengan projek mulakan bisnes santan saya di bawah dalam bab perkara pertama sahaja. Kalau nak diulaskan semua kelima perkara di atas, nanti akan jadi terlalu panjang dan tak ada orang yang nak baca…

Jangan abaikan pemasaran ketika mulakan bisnes

Ramai para usahawan terperangkap dalam aktiviti merancang serta melaksanakan operasi untuk perniagaan mereka lalu mengabaikan aktiviti asas dalam pemasaran.

Sebaik manapun anda laksanakan operasi, tanpa pembinaan jenama, pemasaran dan jualan yang baik, perniagaan anda tak akan ke mana-mana.

Ketika saya mulakan bisnes santan, perkara pertama yang saya fikirkan adalah membina jenama, merangka strategi pemasaran dan seterusnya memikirkan teknik jualan.

Saya perlu pasti di mana saya mahu letakkan produk santan itu dan cuba bezakannya berbanding dengan produk santan lain yang ada di pasaran. Jika saya tak boleh jawab kenapa orang perlu beli santan saya, sudah pasti perniagaan santan tersebut tak akan ke mana.

Hasilnya saya menamakan produk santan itu sebagai Santan King setelah membuat sedikit pertanyaan terhadap kawan-kawan yang sudi untuk turut memikirkan proses memberikan nama.

Fokus saya adalah untuk memperkenalkan santan yang sihat dan bebas daripada kolestrol di samping dapat memberikan citarasa lemak santan yang lazat dan berkhasiat.

Dengan falsafah atau moto tersebut, saya masuk mendaftarkan syarikat kepada Pasaraya Giant yang mempunyai lebih dari 100 pasaraya serta coldstorage juga rangkaian minimart lain di bawah pengurusan Giant. Ini untuk pastikan santan king dapat dibanjirkan ke seluruh negara dalam masa yang pantas.

Saya juga putuskan untuk hanya membuat aktiviti promo dan iklan menggunakan media sosial dengan menggunakan FaceBook sebagai permulaan.

Apa yang teknologi FB berikan amat mengkagumkan. Saya dapat perkenalkan Santan King ke seluruh Malaysia dalam masa yang pantas dan dengan kos yang amat murah.

Ianya tidak menjadi masalah kerana Santan King kini sudah ada di seluruh negara dan saya hanya perlu war-warkan bahawa pengguna boleh dapatkannya di pasaraya Giant yang berdekatan.

Bayangkan kalau zaman tak ada FB dulu, saya terpaksa gunakan akhbar atau radio atau TV. Kos menggunakan medium itu semua teramatlah tinggi. Jika kos tinggi sudah tentu risikonya juga amat tinggi kalau semuanya tidak menjadi.

Sekarang semua aktiviti sedang berjalan lancar dan segalanya masih baru dan saya sedang melihat perkembangannya. Moga-moga usaha saya dalam mulakan bisnes baru ini berjaya… mohon pembaca doakan kejayaan bisnes Santan King ini.

Total
39
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

  1. Benar tuan. Pemasaran adalah perkara paling penting. Ramai usahawan saya tengok terlalu obses dengan produk sampai lupa nak fikir nak jual dekat mana, macamana cara jual & etc. Walhal, marketing adalah tulang belakang dalam setiap aktiviti bisnes.

    Baru saya tahu harini yang tuan ada produk santan. 🙂
    Penggunaan internet dalam aktiviti marketing memang sangat membantu tuan. Saya setuju. Kos yang rendah. Paling best, kita boleh target dengan lebih spesifik siapa yang kita nak. Laser target. FB Ads adalah antara tools yang mujarab yang boleh kita guna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge