enginePeluang keemasan untuk mendapatkan bimbingan peribadi perniagaan atau Business Coaching dari Malaysia Automotif Institute.

Jika anda seorang pemilik bengkel kenderaan bumiputera yang beroperasi di sekitar negeri Selangor, jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Atau anda seorang pemilik bengkel kenderaan bumiputera yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur, anda juga mesti rebut peluang keemasan ini.

Jika anda mengenali mereka yang menjadi pemilik bengkel kenderaan di sekitar Selangor atau Kuala Lumpur, mohon kongsikan peluang keemasan ini.

Kenapa anda perlukan Business Coaching

Sebab paling utama anda perlukan business coaching yang disediakanĀ oleh Malaysia Automotif Institute (MAI) ini adalah kerana ianya adalah PERCUMA.

Jika anda sudah beberapa tahun menjalankan perniagaan bengkel kenderaan dan mendapati perniagaan anda:

  1. Tidak sibuk sebab tak ada pelanggan
  2. Sibuk tapi tidak menjana keuntungan
  3. Sibuk ada untung tapi tak pernah cukup
  4. Agak sibuk dan menjana keuntungan tapi mendatar setelah sekian lama tidak ada peningkatan.
  5. Ingin menguruskan perniagaan bengkel kenderaan anda dengan lebih teratur dan betul pengurusannya.

Jika anda ada salah satu daripada senarai yang tersebut di atas, maka anda memang perlukan business coaching yang disediakan oleh MAI ini secara percuma.

Kelebihan Business Coaching

Konsep business coaching sebenarnya sudah amat popular diamalkan oleh negara-negara barat yang maju.

Salah satu sebab business coaching berjaya adalah kerana usahawan mempunyai seseorang yang komited untuk membantu, mendengar segala cerita anda samada sedih atau gembira.

Dengan adanya business coaching, anda mempunyai seorang pemantau yang merangka sasaran dan kerja yang perlu anda lakukan untuk memantapkan dan meningkatkan hasil perniagaan anda.

Dengan adanya business coaching, anda akan dipimpin oleh coach untuk tidak duduk tenggelam dalam perniagaan.

Anda akan dibimbing keluar dari perniagaan dan menguruskan perniagaan anda dengan cara yang betul sebagai seorang usahawan.

Apabila anda menjadi seorang usahawan dan mula berfikir sebagai seorang usahawan, anda akan sedikit demi sedikit keluar dari belenggu menjadi seorang mekanik tegar.

Busines Coaching akan membantu anda jadi Businessman dan bukannya menjadi Foreman.

Bagaimana nakĀ turut serta dengan tawaran Business Coaching

Jika anda berminat untuk turut serta dalam program ini, anda boleh segera hubungi nama yang berikut:

Iqbal: 017-2737047 atau

Zulhafizi: 012-2500626 atau

Ainuddin: 019-4717673 atau

Aliff: 013-4632290

Mereka merupakan pegawai-pegawai MAI yang sentiasa bersedia untuk membantu anda.

Untuk makluman, program pelancaran akan diadakan pada 9hb November 2015 ini bertempat di:

Malaysia Automotif Institute, Blok 2280, Jalan Usahawan 2, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor

Total
38
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge