Belajar pengajian perniagaan dalam tempoh 10 hari

By | 01/10/2013

Antara soalan yang sering terlintas dalam kepala sejak menjadi usahawan adalah, ‘perlukah seorang usahawan mempelajari ilmu pengajian perniagaan secara formal di pusat pengajian tinggi awam atau swasta.

Antara pengajian perniagaan yang mendapat tempat di hati orang ramai di negara kita malah juga diseluruh dunia adalah pengajian MBA. Pengajian tersebut cukup popular jika mereka yang makan gaji mahu mendaki tangga kerja yang lebih tinggi di dalam dunia korporat.

Pasaran mereka yang ada kelulusan pengajian perniagaan atau MBA ini cukup baik. Ramai syarikat besar samada dalam atau luar negara memilih pekerja yang ada MBA untuk memenuhi jawatan kosong di syarikat mereka. MBA merupakan pelengkap penting selain daripada kelulusan profesional serta pengalaman pekerjaan.

 akaun468X60 Belajar pengajian perniagaan dalam tempoh 10 hari

Mendaftar untuk sambung pengajian perniagaan di universiti.

Dalam hati saja sejak dulu lagi memang menaruh keinginan untuk sambung belajar. Semacam ada satu kepercayaan bahawa untuk meningkat naik saya perlu ada kelulusan tinggi dari universiti.

Walaupun saya sedar bahawa keinginan itu timbul atas dasar persepsi bahawa orang berjaya mesti ada sijil hebat serta kelulusan dari universiti. Saya masih tak dapat memadamkannya.

Oleh itu saya telah mendaftarkan diri untuk buat MBA di salah sebuah universiti kita. Permohonan saya diterima dan saya perlu mendaftarkan diri dan yang paling penting saya perlu membuat bayaran pengajian.

Berfikir semula untuk belajar pengajian perniagaan

Puas saya fikir dan fikirkan. Nak teruskan atau tidak…sehinggalah saya pergi ke MPH Subang Jaya untuk membelek buku di samping mencari ketengan dan membuat keputusan yang terbaik.

Belek punya belek, saya terlihat satu buku yang bertajuk, “The Ten Day MBA”. Buku itu ditulis oleh Steven Silbiger dan cukup laku di pasaran.

Tanpa berfikir panjang saya terus beli dan balik kerumah untuk mula menelaah isi kandungan buku pengajian perniagaan tersebut.

Setiap hari saya berikan tumpuan untuk membaca buku itu. Satu topik demi satu topik saya baca dengan penuh minat sehinggalah akhirnya saya buat keputusan bahawa saya telahpun lulus dengan cemerlang pengajian MBA.

Kenapa saya tak sambung pengajian perniagaan

Sebab utama adalah kerana saya seorang usahawan. Apa saja yang saya pelajari adalah untuk saya guna pakai dalam perniagaan serta kehidupan seharian saya sebagai seorang usahawan.

Oleh itu sijil atau kelulusan atau dokumen serta pengiktirafan tidak penting sama sekali. Asalkan perniagaan saya berjalan dengan baik dan menguntungkan, semuanya ok bagi saya.

Pelanggan tidak meminta kelulusan saya setiap kali berurusan dengan mereka. Kepercayaan datang daripada cadangan atau referral kawan-kawan mereka dan bukannya melalui sijil pengajian saya.

Buat apa saya habis berbelas ribu ringgit dan mengambil masa yang lama untuk memahami pengajian perniagaan sedangkan saya boleh memahaminya melalui buku yang telah saya beli itu.

Jika anda juga usahawan, belilah buku pengajian perniagaan tersebut

Saya syorkan pada anda, usahawan di luar sana agar segera pergi ke kedai buku, beli buku The Ten Day MBA. Bacalah dan cuba fahaminya dengan baik.

Apa yang diterangkan di dalam buku itu khas untuk kerja amali perniagaan sahaja tanpa dibebankan dengan teori meleret yang entah apa-apa.

Namun begitu, jika anda mahu menjadi seorang pengurus atau lebih tinggi lagi pangkatnya di dalam sebuah syarikat kepuinyaan orang lain, eloklah anda sambung belajar untuk dapatkan kelulusan tinggi.

Biasanya kami usahawan lebih suka menggajikan mereka yang lebih tinggi kelulusannya daripada kami kerana kami tahu anda jauh lebih pandai dalam berbagai perkara yang kami tahu hanya pada dasarnya sahaja.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha menjalani hidup yang ringkas. Pernah berniaga di pasar malam, jual petai, jual kain, jual kerepek, jual air dan lain-lain. Pernah juga jual baja, buat MLM dan makan gaji. Dah bertemu dengan bermacam ragam usahawan lain. Kini memiliki beberapa syarikat perniagaan yang autopilot dan mula pula berbakti dalam dunia business coaching.

SISTEM AKAUN MURAH

Mudahkan perniagaan anda dengan sistem akaun murah dan mudah...Klik Sini Untuk Dapatkannya

15 thoughts on “Belajar pengajian perniagaan dalam tempoh 10 hari

  1. suhaimi

    salam tuan. betul kata tu. setiap orang ada “aim” masing2. sijil bukanlah letaknya kejayaan pada seseorang. dan xda sijil pun bukanlah seseorang itu boleh berjaya. erti kata pembawaan seseorang yang diberi akal mampu melaksnakan tugas masing2 untuk membina dan membangunkan diri, keluarga dan negara. business adalah satu perniagaan yang mencabar xsemua orang boleh buat. bgi yang matang tidak akan sesekali berganjak dlm perniagaan kerana mereka berdiri dengan sendiri. walaupun begitu risiko risiko datang tanpa kita duga. bagi yang dibekalkan ilmu masa itu lah gunakan sebaik baiknya. tak salah pun nk belajar atau tidak. sy respect pada orang yang explore sendiri tanpa mengharapkan bantuan lain. tapi kadang kadang Allah nk uji kita. sehebat mana pun kita tetap ada kejahilan. bersabarlah pada mereka yang berniaga. kadang kadang kita perlukan mereka yang lepasan universiti kerana mereka dibekalkan ilmu yang telah dipelajari. inshaAllah ada kesinambungan disitu. ini adalah hakikat dunia sekarang. bila kita kaji zaman khilafah dulu pun mereka kembali kepada agama 100%. kes penipuan, pembohongan dan lain2 dapat dibendung dengan sendiri. dengan menuntut ilmu kes ini dapat dibantu dengan adanya ilmu supaya kita dapat mengatasinya sebelum terlambat x bnyak pun skit mesti ada. inshaAllah.

    #sijil bukanlah menjamin kerjayaan tetapi ia adalah lesen atau tapak untuk mendapat kerjaya kerana apa?? kerana ilmu yang ada pada diri!! hehe istighfar banyak2. explore sendiri!! hehe

    kerjaya x sama dengan kejayaan. ada yang ada kerjaya tapi x seronok dengan life dia. terikat dan macam macam lagi.. dimanakah kejayaan. baik makan gaji mahupun berniaga? dua dua sibuk dengan dunia masing2 kan?

    apa yang dimaksudkan kejayaan?!! kejayaan bagi orang mukmin adalah bebas dari hamba, dapat menunaikan perintah Allah dan dapat berbakti dan membantu kepada keluarga, saudara dan agama islam itu sendiri. inshaAllah kita samasama usahakan satu perniagaan yang tidak melalaikan kita untuk beribadat, maka rezeki itu akan sampai bila akal kita x dapat terima walaupun itulah hakikat yang telah dijanjikan. kembalilah kepada ajaran yang dibawa oleh nabi. fikir cara nabi dan berakhlak lah cara nabi. fikir diri kita dan pd masa yang sama fikir lah untuk umat supaya kita semua dapat bersama sama di akhirat sana. inshaAllah tuan sampai disini sja.

    maaf jika ada terkasar bahasa. yg baik dari Allah yang buruk itu dr saya. sekali lagi klau ada silap betulkan diri saya.

    sy cuma beri pandangan.

    salam

    Reply
  2. sepol

    pernah dengar orang cakap di israel untuk dapatkan ijazah perniagaan, student kena buat sale sehingga $1juta. Ini baru dinamakan sijil yang berkualiti kerana praktikalnya student telah mencapai kejayaan yang sebenar. Apa pendapat tuan?
    sepol recently posted…Harga Dan Pelan Terbaik Samsung Galaxy Note 3My Profile

    Reply
  3. kakiblog

    saya belajar dari Universiti Kehidupan Dunia..tak da sijil dan penuh dengan amali..

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      Ada negara barat yang mengeluarkan sijil pada mereka yang belajar melalui amali. Biasanya penyelia menjadi pemantau dan selepas beberapa tahun menjalankan kerja tersebut dia dianugerahkan degree by practise…
      Mohd Shubhi recently posted…Jenis perniagaan yang bagus sekarangMy Profile

      Reply
  4. blogger lelaki

    aku suka bila bro sentuh bab sijil tu..sebabnya orang kita terlalu obses dgn sijil2 ni bagai..bagi orang kita kalau tak ada sijil ni macam tak boleh berjaya..hu3…bagi aku ilmu itu dalam pelbagai cara..antara kita mahu cari atau tidak je…mmg betul sekarang nak apply kerja kena ada sijil..tapi kita pula demand sebab kita ada sijil..bila masuk ke alam pekerjaan org tak nak tengok sijil beb..org nk tengok macam mana kau buat kerja.
    blogger lelaki recently posted…Senarai Kontest Menarik Oktober 2013My Profile

    Reply
  5. khairul

    Yang sedang dalam pengajian ni bagaimana? Bergantung pada matlamat masing-masing.banyak faktor lain yang boleh dijadikan sebab untuk tidak sambung belajar.

    Reply
  6. wan

    Saya setuju dengan pendapat Tuan. Persoalan menyambung belajar ini turut menghantui diri saya sejak sekian lama. Dulu, saya nak sambung belajar kerana persepsi untuk berjaya dan hebat mesti ada pendidikan tinggi. Tapi selepas mengikut blog Tuan sejak setahun lepas, persepsi itu lama-kelamaan pudar. Sekarang hasrat belajar tetap ada, kerana beberapa sebab, antaranya kerana ingin berada dalam status sebagai penuntut ilmu. (tapi menuntut ilmu tak semestinya di dalam universiti kan).
    Semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik dan mempermudahkan urusan Tuan dan kita semua.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge