Keyboard-Mouse-And-Smartphone-On-Wooden-DeskBila baca tajuk berkenaan pengurusan pejabat yang tertera di atas, tentu ada yang bertanya, “usahawan kecil perlu ada pejabat ke ? “.

Kalau setakat berniaga nasi lemak tepi jalan setiap pagi takkan nak kena ada pejabat ?

Mungkin ada banyak lagi soalan lain yang seumpama dengannya yang pasti berlegar dalam kepala usahawan kecil yang membaca artikel ini.

Mungkin disebabkan ramai orang yang dah terdedah dengan dunia makan gaji dan sering berurusan dengan samada agensi atau jabatan kerajaan, ataupun dengan pihak bank dan lain-lain sebagainya, maka gambaran dan pemahaman terhadap istilah pejabat itu menjadi tidak jelas.

Apa makna  pejabat

Cuba kita imbas kembali apa yang biasa disebut sebagai pejabat.

Jika seseorang merupakan seorang pegawai atasan di mana-mana syarikat samada swasta atau kerajaan, sudah tentu dia punyai sebuah pejabat.

Pejabat untuk pegawai tinggi merupakan satu ruang kerja khas atau bilik, untuk si pegawai tersebut bersendirian melakukan tugasannya.

Bangunan di mana bank atau jabatan kerajaan beroperasi juga kita akan panggil pejabat. Contohnya pejabat pos, pejabat buruh dan seumpamanya.

Kita boleh rumuskan bahawa pejabat itu merupakan satu ruang, bilik atau bangunan di mana segala kerja atau urusan pentadbiran dan perkeranian dilakukan.

Kegunaan pejabat

Dari takrifan yang saya sebutkan di atas, ada dua aspek penting yang membuatkan sesebuah premis itu dipanggil sebagai pejabat.

  • Urusan pentadbiran
  • Kerja perkeranian

Pejabat diperlukan untuk dua perkara tersebut di atas. Kedua-duanya adalah berkaitan dengan urusan kerja. Yang pertama berkaitan dengan pengurusan dan yang keduanya adalah berkaitan dengan operasi.

Jika kita kembali kepada soalan samada usahawan kecil perlu ada pejabat atau tidak, kita hanya perlu lihat pada soalan samada usahawan kecil perlu buat urusan pentadbiran dan perkeranian atau tidak.

Pengurusan pejabat usahawan kecil

Perlukah usahawan kecil melaksanakan segala urusan pentadbiran perniagaan kecilnya ?

Jawapannya sudah tentu perlu.

Malah wajib jika usahawan kecil tersebut benar-benar mahu berjaya dan membesarkan perniagaan kecil yang sedang dijalankan.

Perlukah usahawan kecil melakukan segala urusan perkeranian untuk segala ursan perniagaan kecilnya ?

Sudah tentu jawapannya juga adalah perlu !.

Membuat segala catitan wang keluar masuk, membuat file segala dokumen perniagaan, bils dan lain-lain adalah kerja-kerja perkeranian. Sudah tentu sekecil manapun perniagaan anda, semua kerja itu adalah urusan wajib.

Jika kerja pentadbiran dan perkeranian juga perlu dilaksanakan oleh usahawan kecil, maka sudah tentu kerja pengurusan pejabat juga merupakan satu keperluan untuk usahawan kecil.

Tiada amalan pengurusan pejabat

Masalah yang dihadapi oleh majoriti usahawan kecil selama ini adalah mereka tidak melakukan dua urusan yang saya sebutkan di atas tadi.

Iaitu kerja mentadbir dan kerja kerani dalam perniagaan yang dijalankannya.

Majoriti usahawan kecil hanya memberikan tumpuan terhadap aspek operasi perniagaannya sahaja. Kerja pentadbiran dan perkeranian tidak berlaku.

Subab itulah mereka rasa pelik bila saya katakan bahawa usahawan kecil juga perlu melihat aspek pengurusan pejabat untuk melancar serta membesarkan perniagaan mereka.

Ok lah !

Saya tak mahu tulis panjang untuk artikel pengurusan pejabat ini sekarang.

Ini sekadar mukadimah sahaja untuk diri saya sebenarnya.

Dan untuk anda juga yang sudi membaca artikel ini.

Dengan menulis artikel mukadimah kepada pengurusan pejabat ini, saya dapat memerah otak dan mejelaskan pemahaman saya terhadap keperluan pejabat untuk usahawan, samada besar atau kecil.

Sekarang saya yakin bahawa usahawan kecil perlu ada ilmu terhadap pengurusan pejabat. Saya harap anda yang membaca juga bersetuju dengan pandangan saya ini.

Jika anda usahawan kecil, tak kisah sekecil manapun, berusahalah untuk adakan pejabat khas untuk perniagaan anda. Buatlah ikut rasa hati anda terlebih dahulu buat sementara waktu ini.

Selepas ini, insyaallah akan saya huraikan pula bagaimana pengurusan pejabat usahawan kecil dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan demi memastikan perniagaan anda berkembang maju.

Total
17
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

  1. Menanti sambungannya tentang – bagaimana pengurusan pejabat usahawan kecil dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan.

    Thanks guru 🙂 – Rozi

  2. al sebab pengurusan la kita jadi bergini, ramai berkata pihak pengurusan negara Malaysia tak pandai urus takbir negara.
    makna kata pengurusan itu penting dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar cakrawala…

    sekadar ala kadar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge