Aktiviti pengurusan perniagaan bermula sejak daripada terdetiknya idea untuk menjadi usahawan.

Bila timbul idea nak jadi usahawan, dan idea itu melekat lama dalam kepala, anda perlu buat tindakan susulan dengan segera.

Tindakan susulan yang perlu dibuat adalah dengan segera mencari kawan-kawan dari kalangan para usahawan juga.

Biasanya apabila seseorang itu berada di kalangan kawan-kawan usahawan yang berjaya, lama kelamaan, otaknya juga akan bertukar menjadi otak usahawan seperti mana kawan-kawannya itu.

Mungkin anda rasa tak berapa selesa diawal tempoh mula bercampur dengan kawan usahawan. Tak perlu risau. Anda hanya perlu tahan diri dari tidak selesa itu dan teruskan berkawan dengan mereka.

Tak lama selepas itu, anda akan dapat biasakan diri. Minda anda juga akan mula berubah dan idea nak buat perniagaan apa akan mula timbul.

Langkah awal pengurusan perniagaan

Walaupun belum lagi ada apa-apa perniagaan yang dijalankan dan masih lagi tercari-cari idea perniagaan, jangan buang masa.

Jangan biarkan proses pencarian itu berlalu sia-sia tanpa buat sesuatu yang bakal membantu anda bergerak ke depan.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan mendaftarkan sebuah syarikat perniagaan persendirian.

Mendaftar syarikat entreprise bukanlah mahal. Ianya merupakan proses yang cukup mudah.

Pendaftaran syarikat boleh dilakukan dengan Suruhan jaya Syarikat Malaysia atau lebih di kenali sebagai SSM.

Semua urusan boleh dilakukan secara online dan semua maklumat bagaimana nak mendaftar juga boleh didapati daripada portal SSM.

Kenapa perlu daftarkan syarikat terlebih dulu

Mungkin ada yang rasa sedikit pelik kenapa perniagaan belum ada tetapi dah nak kena daftar syarikat perniagaan.

Tak boleh ke tunggu sehingga ada perniagaan baru buat semua itu?

Itu pertanyaan yang logik.

Tak salah sebenarnya kalau tak pergi daftarkan syarikat pun. Ia hanya pilihan strategi masing-masing dalam pengurusan perniagaan.

Sebab itu saya katakan bab pengurusan perniagaan berlaku seawal baru nak cari idea berniaga.

Bila dah jumpa perniagaan nanti, anda hanya perlu memikirkan tentang urusan menjalankan perniagaan itu sahaja dan tak perlu diserabutkan dengan urusan nak daftar syarikat dan seumpamanya.

Jangan bila nak terberak baru nak korek lubang, boleh! tapi sedikit tersiksa mengorek sambil mengepit tahan berak.

Buka akaun syarikat

Bila dan ada syarikat perniagaan, bukalah akaun syarikat di mana-mana bank yang anda rasa selesa.

Biasanya orang lebih suka buka akaun di Maybank ataupun di CIMB kerana kedua-dua bank tersebut ada di merata tempat.

Untuk buka akaun perniagaan, perlu ada ‘introducer’ yang mempunyai akaun perniagaan juga di bank yang sama.

Di sini anda boleh pastikan antara kawan-kawan usahawan yang ada, siapa yang paling selesa dan senang bekerjasama.

Sediakan sedikit wang untuk membolehkan anda membuka akaun. RM1 ribu dah mencukupi.

Bila dah ada syarikat dan kemudiannya ada akaun, pohonlah buku cheque.

Percayalah bahawa jika anda berjaya membuat kesemua itu semangat untuk berniaga dan mencari peluang akan lebih tinggi daripada sebelum ini.

Ambil peluang sebagai bumiputera

Jangan lupa untuk memohon sijil kementerian kewangan.

Apa guna jadi usahawan jika tak tahu rebut peluang yang ada disediakan oleh kerajaan.

Untuk membolehkan anda menyertai bidaan atau tender pembekalan barangan tertentu yang diperlukan oleh kerajaan, syarikat perlu ada sijil kewangan.

Walaupun perniagaan anda baru naik pucuk, tidak ada kekangan untuk memohon sijil kementerian kewangan.

Pilihlah 10 jenis perniagaan yang anda rasa sesuai dan ada idea untuk melaksanakannya sebagai pembekal kepada agensi kerajaan.

Jika perniagaan sudah ada, contohnya anda buat T-shirt, pastikan ada sijil kewangan dengan tajuk membekalkan pakaian agar anda boleh menjadi pembekal t-shirt bila ada peluang.

Jika anda jual makanan di pasar malam, jangan lupa ambil tajuk kewangan yang berkenaan makanan.

Belajar buat kerja penting tetapi tidak mendesak

Jika anda pernah baca buku 7 tabiat yang terkenal itu, anda tentu ingat betapa orang yang berjaya memberikan tumpuan lebih banyak kepada melakukan perkara yang penting tetapi tidak terdesak secara konsisten.

Pengurusan perniagaan yang saya cadangkan pada anda adalah satu latihan membiasakan diri melakukan perkara penting sebagai usahawan.

Jangan tangguh melakukannya walaupun ianya bukanlah sesuatu yang mendesak atau ‘urgent’.

Jika ditangguhkan dan dibiarkan masa berlalu, bila datang masanya perkata sebegitu akan menjadi mustahak dan mendesak. Di kala itu anda mula kelam kabut dan akan terperangkap.

Khidmat pengurusan perniagaan

Semua yang saya sebutkan di atas boleh dilakukan sendiri jika anda ada masa.

Seandainya masa menjadi masalah utama sekarang, maklumlah masih makan gaji dan amat komited dengan kerjaya anda, ada syarikat yang boleh uruskan semua itu.

Anda boleh gunakan perkhidmatan setiausaha syarikat yang profesional untuk:

  • Pengurusan pendaftaran syarikat samada entreprise atau sdn bhd
  • Pengurusan¬†mohon sijil kementerian kewangan dan status bumiputera
  • Pengurusan¬†kewangan dan lain-lain

Ada banyak setiausaha syarikat kat pusat bandar di mana anda tinggal. Tanyalah kawan-kawan yang berniaga maklumat tersebut.

Jika kawan anda memiliki syarikat sendirian berhad, dia tentu ada menggunakan khidmat setiausaha syarikat untuk pengurusan perniagaannya.

Begitulah serba sedikit maklumat untuk anda yang nak mula berniaga. Moga bermanfaat.

Total
27
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

18 comments

  1. Basic sangat ler… Cara mengurus perniagaan… Maksudnya nak “run” bisness… Lebih penting…

  2. Sye baru terfikir nk buat business maintenance services aircond, apakah langkah2 permulaan selain daripada sediakan modal dan tenaga kerja dan daftar ssm?

    1. Dengan uruskan 5 perkara utama 1. Selesaikan masalah pelanggan 2. Buat pemasaran dan jualan 3. Pastikan pelanggan dapat apa yang dia harapkan dan 5. Urus kewangan syarikat supaya duit masuk lebih tinggi dari duit keluar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge