onDalam panduan buat perancangan bisnes online yang saya tulis sebelum ini, kita dah lihat 3 perkara asas dalam membuat perancangan awal.

Sengaja saya mulakan dari perkara paling asas untuk buat semakan diri sedalam-dalamnya. Anda perlu bertanya pada diri sendiri kenapa nak buat bisnes, apa sebab masih tak buat-buat dan kenapa nak pilih bisnes online.

Tujuannya adalah untuk pastikan selepas ini anda akan terus berusaha buat tanpa berpatah balik ke belakang lagi atau tertanggu8h-tangguh lagi sehingga tua.

Kali ini nak sambung pula bahagian yang lebih menarik dalam perjalanan membuat perancangan melaksanakan bisnes online pilihan anda.

Jika semua cadangan yang saya senaraikan dalam artikel lepas dah anda buat, tiba masanya untuk menyemak perkara berikut pula:

Bisnes online berdasarkan kekuatan diri

Anda perlukan kertas atau buku untuk kenal pasti kekuatan yang ada dalam diri. Kalau boleh gunakan Excel Sheet agar lebih mudah dalam membuat analisa tugasan ini.

Mencari dan menyenaraikan kekuatan yang ada ini penting dilakukan sebelum mula mencari idea bisnes yang nak dilaksanakan nanti.

Bila kekuatan dikenal pasti, barulah idea bisnes difikirkan. Pilih idea yang bersesuaian dengan kemahiran dan kekuatan dalaman yang telah ada pada diri dapat membantu melancarkan perjalanan membina bisnes online anda nanti.

Anda perlu buat senarai skil atau kemahiran yang dah ada selama ini. Kemahiran adalah sesuatu yang anda dapat amalkan. Tidak sama kemahiran dengan pengetahuan. Pastikan anda dapat bezakan dua perkara tersebut.

Jika anda tahu tentang bola sepak kenal semua pemain dalam dan luar negara dan sebagainya, tidak bermakna anda mahir dalam bolasepak.

Ingat !, apa yang perlu anda senaraikan terlebih dahulu, adalah kemahiran.

Untuk membantu anda buat senarai kemahiran yang ada, saya berikan panduan di bawah supaya lebih mudah.

Anda boleh buat 4 kategori kemahiran seperti berikut:

  1. Kemahiran fizikal
  2. Kemahiran Analitikal
  3. Kemahiran Seni
  4. Kemahiran emosi dan perhubungan

Sila ambil perhatian !

Apa yang anda perlu masukkan dalam senarai kekuatan dalam bab kemahiran ini adalah kemahiran yang melebihi orang lain secara umum. Bukan setakat novice atau berhingus lagi.

Berikan markah untuk menggambarkan tahap kemahiran anda itu. Contohnya rating 1,2 atau 3 dengan 1 = lebih dari biasa, 2 = baik dari biasa dan 3 = cemerlang luar biasa.

Senarai kemahiran fizikal

Ini merupakan apa saja kemahiran yang berkaitan dengan diri fizikal anda. Sebagai contohnya mungkin anda kuat stamina, boleh naik bukit turun bukit tanpa henti 3 jam dengan mudah. Mungkin juga anda tahan lasak, masuk pertandingan Iron Man selamba sahaja.

Antara contoh lain kemahiran fizikal adalah seperti, memasak, penggunaan peralatan atau mesin, bercucuk tanam, membuat binaan, dan lain-lain lagi seumpamanya.

 Senarai kemahiran analitikal

Kemahiran analitikal ini berkaitan dengan daya menganalisa secara numerikal atau saintifik dan sistematik.

Contoh kemahiran analitikal adalah seperti kemahiran logik, matematik, membuat unjuran, merancang, menyediakan bajet, kemahiran administrasi, merangka sasaran, kemahiran komputer, buat pengaturcaraan komputer dan lain-lain seumpamanya.

Kemahiran seni

Ini satu lagi kemahiran yang berguna untuk anda fikirkan samada anda ada atau tidak kekuatan terhadapnya.

Antara contoh kemahiran seni adalah seperti daya kreativiti, kemahiran rekabentuk, daya imaginasi, seni pertunjukkan, kemahiran menambah baik, karftangan, melukis dan lain-lain lagi.

Kemahiran emosi dan perhubungan

Cuba senaraikan juga jenis kemahiran ini yang memang amat penting untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Antara contohnya adalah seperti kemahiran pengurusan diri, pengurusan orang lain, mengetuai kumpulan, melatih, melayan pelanggan, menyelesaikan masalah kumpulan atau organisasi, memujuk rayu, meyakinkan orang, nego, kemahiran mendengar, kerjasama kumpulan, ketegasan keputusan, kemahiran mengajar dan lain-lain seumpamanya yang melibatkan kawalan emosi dan perhubungan dengan orang lain.

Kekuatan untuk bisnes online

Daripada penjelasan yang diberikan di atas, ambil masa untuk buat senarainya. Mana satu yang anda ada kekuatan lebih berbanding orang biasa. Jangan lupa berikan markah 1, 2, atau 3.

Pergi buat sekarang dan siapkan semua senarai tersebut…

… jika anda dah siap, ada satu lagi tugasan yang perlu dilaksanakan.

Pada setiap item kemahiran yang anda dah masukkan sebagai kekuatan diri itu, buat pula senarai pengetahuan yang anda ada terhadap kemahiran itu.

Sebagai contoh, jika anda masukkan kekuatan kemahiran yang ada adalah memasak, maka pengetahuan yang anda boleh gunakan untuk mengamalkan kemahiran tersebut adalah seperti pengetahuan memasak makanan western, pengetahuan memasak ala-ala hotel, pegetahuan memasak makanan lepas pantang dan lain-lain lagi seumpamanya.

Saya berikan satu lagi contoh. Katakan anda ada kemahiran mengajar dalam bab kemahiran emosi dan perhubungan, pengetahuan yang ada untuk kemahiran mengajar itu adalah seperti pengetahuan NLP, pengetahuan, microsoft, pengetahuan Excel, pengetahuan fizik, pengetahuan seni bela diri dan lain-lain seumpamanya.

Susahnya merancang bisnes online

Mungkin anda dah mula rasa jemu dengan tugasan yang saya berikan di atas. Apahal panjang sangat, kenapa tak terus masuk ke bab bisnes online saja untuk anda mulakan terus perniagaan online.

Sabar !

Jika anda mahu berjaya, kesabaran untuk luangkan masa dan membuat perincian dalam merancang adalah salah satu syarat yang mesti ada.

Tahukah anda bahawa dalam satu survey yang saya baca berkenaan kegagalan bisnes di Amerika, 99% punca perniagaan gagal adalah disebabkan oleh dua perkara berikut;

  • Tidak merancang
  • Tiada pengalaman

Sebab itu saya gagahkan diri untuk menulis dengan panjang lebar dan terperinci dalam bab merancang dan juga mengenal kekuatan diri seperti di atas dan dalam bab yang lalu.

Matlamatnya adalah untuk pastikan pembaca semua memenuhi syarat untuk berjaya di atas. Iaitu dengan memastikan anda buat perancangan yang baik dan melakukan perkara yang anda ada pengalaman terhadapnya.

Jika anda dapat terima apa yang saya nasihatkan di atas, saya nak tambah satu lagi perkara yang perlu difikirkan sebelum kita teruskan pada bab 3 kategori bisnes online yang boleh anda masuk.

3 tugasan tauke bisnes online

Kalau anda pernah baca buku E-Myth tulisan Michael Gerber, dia menggariskan 3 tugasan yang ada pada setiap taukeh yang menjalankan perniagaan. 3 tugasan tersebut adalah;

  • Tugas sebagai usahawan – kerjanya adalah berangan-angan, berimaginasi dan melihat visi dan misi di masa depan yang mahu direalisasikan. usahawan tidak akan perdulikan segala kekangan. Apa saja halangan akan diabaikan macam tak ada apa-apa hal.
  • Tugas sebagai pengurus – Penguruslah yang akan mencatur semua idea yang dicetuskan oleh usahawan, merancang dan merangka tempoh perlaksanaan idea tersebut.
  • Tugas sebagai pembuat – Pembuat pula akan melaksanakan semua perancangan itu tanpa henti dengan penuh tekun sampai siap.

Cuba lihat ketiga-tiga tugasan di atas, mana satu keupayaan anda yang paling baik dan anda lebih cenderung terhadapnya.

Adakah anda lebih minat berangan-angan mencari idea, atau anda lebih minat merancang dan merangka idea yang dah ada ataupun anda jenis yang sering terleka melaksanakan perancangan sampai siap ?

Mungkin anda nak buat ketiga-tiga tugasan itu. Mungkin juga anda lebih suka pilih bahagian pembuat dan bersedia untuk belajar bahagian pengurus dan akan dapatkan bantuan luar untuk idea. Sila fikirkan masak-masak dan tulis semua keputusannya dalam buku perancangan bisnes online anda.

Lanjutan perancangan bisnes online

Perkongsian ini masih tidak habis lagi. Ada lagi tujuh bab yang nak saya tulis berkenaan bisnes online ini. 7 bab tersebut adalah seperti bi bawah:

  1. 3 Jenis bisnes online
  2. Mencari idea bisnes online anda
  3. Semak pasaran bisnes online anda
  4. Survey bisnes online anda
  5. Buat website bisnes online anda
  6. Bersedia lancar bisnes online anda
  7. Cari dana bisnes online anda

Panjang lagi tu !, banyak lagi yang nak dikongsikan. Itu baru masuk bab perancangan bisnes online.  Belum lagi masuk bab membina bisnes online, bab menjual, dan juga bab pemasaran.

Kalau saya berjaya tuliskan dan kongsikan kesemuanya di sini, dah boleh dijadikan sebuah buku penduan lengkap menjalankan bisnes online untuk pembaca jadikan sebagai rujukan.

Saya tak janji nak habiskan kesemua idea yang disebutkan itu, tapi insyaallah kalau tahap kerajinan saya tinggi dan ada masa, akan saya kongsikan lagi.

Tapi jangan risau. Selepas ini akan saya usahakan pula  tajuk khas berkenaan 3 jenis bisnes online yang boleh anda fikirkan.

Siap saja bab 3 jenis bisnes online tersebut, anda sudah bersedia untuk menggunakan semua panduan dalam bab pertama sebelum ini, dan juga bab kedua ini bagi merangka dan menentukan apakah bisnes online yang akan anda jalankan.

Doakan saya mampu untuk teruskan penulisan ini dan jangan lupa like dan kogsikan blog ini pada kawan-kawan anda yang lain.

Total
47
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge