Perbezaan besar antara ada mentor berbanding tak ada

By | 28/01/2015

MAn And Woman Having Business Meeting With Bag, Drinks And TechnologyWalau apapun kerjaya anda, perlu diketahui bahawa ada satu perbezaan besar antara orang yang ada mentor berbanding dengan tiadanya mentor dalam kehidupan.

Saya sering perhatikan perbezaan ini setiap kali bertemu dan menemuramah para usahawan di premis perniagaan mereka. Biasanya saya akan melawat sendiri premis perniagaan usahawanbuat kali pertama untuk mengenali usahawan itu secara lebih dekat.

Apabila berada di premis perniagaan usahawan, dan dengan melihat bagaimana mereka jalankan perniagaan sahaja, sudah dapat dijangka samada mereka ada seseorang atau sekumpulan kawan yang bertindak sebagai mentor.

Dah agak tentu ada mentor

Sebagai contoh, saya baru saja melawat, menemuramah dan berbincang dengan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan bengkel membaiki dan menyelenggara kenderaan di Johor.

Usahawan itu mendapat pendidikan teknikal daripada salah sebuah institusi vokasional di negara kita. Dari segi kelulusan dan kemahiran pengurusan dan kepimpinan, dia bukanlah setakat mana sangat. Banyak masa pembelajarannya habis dalam perkara teknikal dan kerja-kerja buruh.

Tetapi, sebaik saja melangkah masuk ke dalam premis perniagaannya, saya amat kagum!. Dia sewa dua lot kedai sebelah menyebelah. Sebelum ini hanya satu lot saja yang disewanya. Bila bisnes mendesak, dia beranikan diri menyewa satu lagi.

Susunan bengkelnya mantap, bersih dan tersusun. Dia ada sediakan ruang pejabat lengkap dengan pendingin hawa. Diletakkan seorang kerani di dalam pejabat tersebut dan disusunnya segala barangan perniagaan di atas rak dengan kemas.

Dinding di mana barangan perniagaan tersusun pula dibuat dari kaca jernih yang sentiasa bersih. Dari luar boleh kelihatan apa barangan yang ada tersusun di dalam pejabat tersebut.

Bila disoal selidik, memang ternyata dia ada beberapa kawan yang berilmu dan matang yang sering ditemuinya. Mereka sering berbincang tentang kemajuan dan pembaikan diri dan juga kerjaya.

Hasil daripada aktiviti perbincangan yang berlaku secara tidak formal tetapi rutin itulah, banyak membantu usahawan tersebut menjana idea dan membuat pembaikan terhadap dirinya dan juga kepada perniagaan yang diusahakannya.

Pastikan anda ada mentor

Dalam program bimbingan perniagaan yang saya jalankan, salah satu perkara utama dan paling awal yang saya perkenalkan dan tekankan adalah membina rangkaian jaringan.

Usaha membina jaringan adalah salah satu tabiat wajib yang semua usahawan yang nak berjaya perlu lakukan secara konsisten. Samada ada masa atau tidak, suka atau tidak, kalau nak berjaya anda mesti laksanakannya.

Bukan sekadar bina jaringan dan tambah serta rapatkan diri dengan kenalan. Tapi mestilah kenalan yang berjaya, berfikiran positif, berpengalaman, berilmu dan prihatin.

Perhubungan berterusan dengan kawan sebegitu bakal membuatkan anda maju jauh lebih pantas berbanding jika anda bersendirian atau kekal dengan rakan-rakan yang sama level dengan anda sahaja.

Tetapi malangnya ada usahawan memberikan berbagai alasan dan tidak berusaha untuk penuhkan aktiviti membina jaringan itu.

Alasan seperti sibuk tak ada masa, segan, malu, tak tahu nak buat macam mana, tak kenal siapa berjaya dan berbagai alasan lagi diberikan.

Jangan teruskan cari alasan, carilah jalan dan berkawanlah. Rapatkan diri anda dengan usahawan, atau profesional, atau pegawai atau siapa saja yang lebih berjaya, yang anda hormati agar fikiran serta sudut pandang anda berubah demi kemajuan dan kejayaan.

Kenapa perlu ada mentor

Tak ada yang lebih penting untuk ada mentor selain daripada untuk mengubah cara anda berfikir. Dengan perubahan cara berfikir, anda akan mampu membuat perubahan pada tindakan. Dan dengan berubahnya tindakan atau amalan, anda akan mendapat hasil yang berbeza daripada apa yang telah anda dapat sekarang.

Saya tahu ramai usahawan, malah ramai juga orang yang makan gaji tidak gemar membaca buku ilmiah pengurusan atau buku non-fiction. Orang lebih gemar baca majalah atau surat khabar yang tidak membina keupayaan diri.

Sudahlah malas baca buku, berkawan pula dengan kumpulan rakan yang sama tahap dan tidak ada perubahan dalam hidup. Jadi bagaimana nak ubah cara berfikir? Sikap begitu hanya membuatkan kita tidak sedar masa berlalu pantas dan diri kekal ditakuk lama.

Jadi, kalau malas baca buku, malas pergi kursus, malas pergi seminar, tolong tampal kecacatan itu dengan membina rangkaian kenalan yang baik untuk sentiasa bertemu dan berbincang untuk majukan diri.

Saya bersyukur kerana mendapat bantuan daripada ramai kawan-kawan yang berjaya dalam hidup mereka. Ramai kawan usahawan yang saya kenal berjaya dengan perniagaan masing-masing.

Berada bersama mereka sejak dari awal saya merangkak berniaga sehingga sekarang adalah satu anugerah yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Bagaimana saya ada mentor?

Sejak saya buat keputusan nak jadi usahawan, perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari usahawan yang berjaya dalam perniagaan mereka.

Saya berusaha untuk kenal para usahawan itu dengan mencari sampai jumpa dikalangan rakan yang telah saya ada, yang mengenali usahawan berjaya tersebut.

Saya minta diperkenalkan, dan saya berusaha untuk jadi kawan. Bila kenal seorang saja usahawan berjaya, saya mula kenal ramai lagi usahawan berjaya lain dan begitulah seterusnya saya menjadi salah seorang daripada rakan-rakan kumpulan para usahawan yang berjaya.

Gabungan kenalan usahawan berjaya yang saya anggap sebagai mentor, dengan usaha menjadikan tabiat membaca sebagai tabiat diri membawa kepada perubahan demi perubahan pada diri saya.

Sekarang, Alhamdulillah! saya mampu berdikari dan menyara diri serta keluarga dan menyediakan peluang pekerjaan pada ramai orang di dalam syarikat-syarikat yang saya ada.

Oleh itu, carilah mentor, tambahlah ilmu dan janganlah membuang masa kerana masa berlalu pantas samada anda berusaha atau duduk saja. Lebih baik buat sesuatu dan isikan masa dengan membuat perubahan pada diri. Mulakan dengan mencari dan rapatkan diri anda dengan orang yang berjaya.

Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

15 thoughts on “Perbezaan besar antara ada mentor berbanding tak ada

  1. Pingback: 3 Cara Untuk Perbaiki Hasil Perniagaan - Usahawan101

  2. Fareed Saroni

    Salam tuan, satu perkongsian yang menarik. Kadang-kadang kita ni masih baru lagi, jadi kita agak segan untuk meminta usahawan yang sudah berjaya supaya jadi mentor kita. Tapi saya tahu malu itu hanyalah alasan. Belum cuba belum tahu. Kalau kita malu untuk meminta, sampai bila kita tidak akan ada mentor. Cuma satu persoalan saya, kebiasaan hunungan mentor di dalam perniagaan adakah berbentuk formal ataupun tidak? Mohon pandangan tuan.

    Reply
  3. mohdridzwan

    AMbe pernah ikut satu program DAO.
    Inilah antara yang dibincangkan.
    Mentor yang bagus amat perlu untuk menjamin kejayaan dlaam bisnes.
    Selain itu kita perlu ikut list yang diberikan untuk fahami keciciran yang dimaksudkan.
    mohdridzwan recently posted…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
  4. Lizz

    nak berbisnes atau apa saja lah yang kita nak lakukan, kita mesti ada mentor atau tok guru untuk kita jadikan rujukan. sama macam belajar ilmu Allah juga, kena ada tok guru/mentor yang betul
    Lizz recently posted…Beli Buku Usahawan AkhiratMy Profile

    Reply
  5. Sylarius Yusof

    Penting sebenarnya peranan mentor dalam hidup kita. Macam dalam filem-filem Star Wars la jugak. Mana ada Jedi, mesti ada Padawan dia. Dari Padawan tu akan menjadi Jedi, yang mana akan menjadi anak muridnya kemudian hari.

    Saya ada mentor pun, setakat ilmu sukan aje la. Ilmu keusahawanan, masih belum ketemu lagi. Banyak dapat inspirasi dari cerita-cerita sahaja. Betul-betul berguru masih belum ada peluang lagi.
    Sylarius Yusof recently posted…Masalah Pangsapuri Kos Rendah, PenyelenggaraanMy Profile

    Reply
  6. Ehsan Ismail

    Assalamualaikum tuan.

    Bila tuan lapang-lapang masa di TTDI Jaya? Atau tuan sudah jarang ke sini? Nak ajak mengopi bersama.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge