Update bengkel menilai potensi perniagaan 25Jan2014

Alhamdulillah! selesai sudah bengkel hari ini. Semuanya berjalan dengan selamat dan dapat dihabiskan sebagaimana yang telah dirancangkan.

Ada ramai yang mendaftarkan diri tetapi tidak menghadirkan diri pada hari ini. Mungkin mereka ada urusan tersendiri yang nampaknya lebih penting daripada menghadiri bengkel yang diadakan hari ini.

Daripada survey kepuasan bengkel nampaknya hampir kesemua berpuas hati dengan perjalanan bengkel serta proses perkongsian ilmu yang telah berlaku tadi.

Cuma, macam biasa tetap ada (seorang peserta) yang tak merasakan bengkel ini menepati apa yang dia mahu untuk perniagaannya. Secara purata penilaiannya adalah sederhana iaitu 3 dari markah keseluruhan 5. Dari komen apa yang dia mahu dari bengkel ini adalah lebih kepada strategi pemasaran.

Memang bengkel menilai potensi perniagaan ini bukan dikhaskan untuk belajar strategi pemasaran. Ia lebih kepada menilai keseluruhan pasaran yang ada dan berusaha meletakkan perniagaan kita pada landasan yang betul sebelum mula merangka aktiviti pemasaran.

Perniagaan yang tidak disediakan dengan betul, jika digabungkan dengan strategi pemasaran yang paling hebat, hanya akan berakhir dengan keputusan gulung tikar secepat dan sepantas mungkin.

Manakala perniagaan yang disediakan dengan betul digabungkan dengan strategi pemasaran yang hebat barulah akan dapat dikembangkan dan bergerak dengan lebih jauh.

Oleh itu jika anda rasa perniagaan anda sudah berada dilandasan yang betul. Perniagaan anda sudah diteliti dan direncanakan agar berpotensi tinggi. Anda tidak perlu hadiri bengkel ini kerana anda hanya perlu pada mempelajari teknik-teknik pemasaran yang hebat…mungkin boleh dapatkan khidmat Dr Azizan.

Masalah mendaftar dan tak datang

Ini satu lagi masalah yang saya temui hari ini. Mendaftar dan tak datang walaupun diberikan peringatan sebanyak 3 kali. Mungkin kerana tiada bayaran tempahan untuk sertai bengkel ini membuatkan ianya tidak menjadi prioriti.

Insyaallah bengkel pada bulan Februari nanti mereka yang mahu sertai bengkel perlu membuat bayaran terlebih dahulu sebagai tanda jadi agar saya tidak membazirkan makanan yang disediakan. Cara membuat bayaran akan diberikan nanti.

Jika anda ada hasrat untuk menjalankan perniagaan, ada hasrat untuk membuka cawangan, ada hasrat untuk buat perniagaan baru, ada boleh sertai bengkel ini dengan daftar klik di sini.

Begitu juga jika anda mahu letakkan semula perniagaan anda pada landasannya sebelum mula memikirkan strategi pemasaran yang terbaik, boleh sertai bengkel menilai potensi perniagaan ini. Klik di sini

Walau apapun, saya ucapkan syabas kepada semua yang hadir dan terima kasih dengan seikhlasnya atas kesudian anda semua untuk menghadiri bengkel yang telah diadakan hari ini. Salah dan silap, maaf dipintas. Semoga usaha sedikit ini dapat membantu melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berjaya dan dapat meluaskan lagi rangkaian jaringan usahawan kita.

***********************************************************************************************

Peringatan buat mereka yang telah mengesahkan kehadiran untuk bengkel menilai potensi perniagaan pada esok Sabtu, 25hb jan 2014.

Ini merupakan peringatan akhir untuk semua yang telah mendaftarkan diri bagi menghadiri bengkel Menilai Potensi Perniagaan yang akan diadakan esok pagi bermula dari 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

Pastikan anda semua hadir untuk mengikuti bengkel kita esok. Semoga perjalanan bengkel akan berjalan dengan lancar Insyaallah.

Mohon semua pembaca blog ini mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan mendapat keberkatan terhadap usaha kita untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Ada beberapa kekosongan untuk dipenuhi esok kerana ada yang mengesahkan tidak dapat hadir. Bagi sesiapa yang berminat untuk walk in esok, saya persilakan.

Anda boleh datang ke alamat di bawah pada pukul 8.30 pagi untuk menjadi peserta bengkel:

No 2-7-3, Presint Alami, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor DE

Bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

  1. RM50 sahaja untuk setiap seorang penyertaan
  2. RM70 untuk dua orang penyertaan

Jika anda ada sebarang masalah sila hubungi 019-2260807 untuk mendapatkan bantuan. Terima kasih dan kita jumpa esok.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge