Perjumpaan santai usahawan akan bermula!

By | 21/12/2012

Saya bercadang untuk anjurkan perjumpaan santai bermula bulan depan. Ini sebagai satu dari projek mengaktifkan Kelab Usahawan Hidup Ringkas pada tahun 2013.

Sebagai permulaan, lokasi perjumpaan akan di adakan pada tempat yang berbeza di Lembah Kelang ini, iaitu:

  1. Shah Alam – akan diadakan pada bulan januari 2013
  2. Petaling Jaya – pada bulan Feb 2013
  3. Klang – Pada bulan March 2013
  4. KL – Pada bulan April 2013
Saya harapkan para usahawan yang berminat untuk mendaftarkan diri masing-masing dalam Kelab Usahawan Hidup Ringkas dengan masukkan email anda kerana pengumuman perjumpaan akan dihantar melalui email pada semua yang telah mendaftar sahaja.
Pastikan anda pilih kawasan yang mudah atau berhampiran dengan lokasi anda tinggal atau berniaga agar semua yang hadir pada setiap perjumpaan dapat membuat follow-up pada bulan yang berikutnya bagi berkongsi pengalaman dan kejayaan.
Perjumpaan berkonsepkan santai dan setiap perjumpaan tidak melebihi 10 orang usahawan atau bakal usahawan. Dalam pertemuan tersebut kita akan buat aktiviti berikut sebagai mana yang telah dicadangkan oleh pembaca:
  • Berkongsi cerita perniagaan masing-masing
  • Berkongsi masalah perniagaan dan berkongsi peluang perniagaan
  • Bertukar-tukar kad perniagaan
  • Minum teh
Kita akan cuba perbaiki teknik perjumpaan dari hari ke hari agar ia mendatangkan manafaat yang optimum pada semua yang hadir. Jika kesemua lokasi berjaya mengumpulkan usahawan secara konsisten, kita akan adakan pula perjumpaan besar untuk semua. 
Buat sementara waktu perjumpaan hanya akan diadakan di Lembah Kelang. Jika mendapat sambutan, perjumpaan akan dilebarkan di negeri lain, Insyallah
Sekali lagi diingatkan agar semua yang berminat untuk sertai agar daftar email anda dalam Kelab Usahawan Hidup Ringkas. Ayuh kita mulakan tahun 2013 untuk menjayakan sekurang-kurangnya 100 orang usahawan hebat. Anda dan saya mampu melakukannya!
Untuk permulaan anda boleh tempah nama anda di ruang komen bawah dengan masukkan
  • Nama
  • Email
  • Jenis perniagaan yang sedang atau mahu dijalankan serta
  • Lokasi pilihan….
Author: Shubhi

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk kekal hidup sederhana dan ringkas. Penulis memiliki beberapa syarikat yang diuruskan oleh kumpulan pengurusan yang hebat. Penulis juga aktif membimbing usahawan lain melalui Program HidupRingkas Biz Coaching.

14 thoughts on “Perjumpaan santai usahawan akan bermula!

  1. Anonymous

    o.k juga daripada tak buat apa2 elok juga saya daftar untuk datang

    Shahrul
    spta46@hotmail.com
    pakaian kanak2
    duduk K.L jadi pilih K.L

    apa yang boleh dibincang nanti yer?

    Reply
  2. jefrizan

    salam..mohamad jefrizan.(jefrizan21@gmail.com).saya xde bisnes lg boleh ke saya join..tapi saya ade buat unit trust.

    Reply
  3. Nasir Wasoh

    Bagus aktiviti ni..
    Tahniah Tuan sebab dapat planning aktiviti yg bermanfaat seperti ni.

    Saya teringin nak pergi walaupun tak ada lagi bisnes sendiri.Nanti bla dah sampai area utara bleh la saya join group ni.

    Teruja nak cedok ilmu2 dari usahawan2 berpengalaman dari ahli kelab ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge