Perlukah ganjaran wang untuk motivasiAmalan memberikan ganjaran wang untuk tingkatkan motivasi pekerja sudah jadi amalan biasa dalam dunia perniagaan.

Bukan saja dalam dunia perniagaan, malah dalam dunia kehidupan di mana ibu bapa membesarkan anak-anak, ada juga yang menggunakan ganjaran wang untuk menggalakkan anak-anak mereka melakukan tugasan.

Ibu bapa akan berikan ganjaran wang jika anak mereka berpuasa cukup sebulan di bulan ramadan. Ibu bapa juga akan memberikan ganjaran wang jika anak-anak mereka buat kerja membersihkan rumah. Anak-anak ditawarkan dengan ganjaran berupa wang sebagai balasan daripada perkara baik yang dilakukan.

Berbalik kepada dunia perniagaan, amalan memberikan ganjaran wang berlaku terutamanya pada urusan jual dan beli. Pekerja jualan akan dikurniakan ganjaran wang jika mencapai sasaran yang ditetapkan.

Tawaran bonus juga adalah salah satu daripada aktiviti ganjaran wang yang diberikan pada para pekerja sesebuah syarikat yang berjaya bekerja dengan baik dan meningkatkan pendapatan syarikat tempat mereka berkerja.

Persoalannya, adakah itu amalan yang terbaik dan menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. Apakah amalan memberikan ganjaran wang bagus untuk melahirkan anak-anak yang rajin dan berjaya?

Cerita ganjaran wang dalam kajian

Cuba baca cerita berkenaan ganjaran wang yang saya kongsikan di bawah. Ia merupakan cerita hasil daripada kajian lapangan yang mahu melihat kesan ganjaran wang pada motivasi manusia.

Ganjaran wang pada ibu bapa yang mengambil anak-anak awal

Dalam satu kes, sebuah pusat jagaan kanak-kanak menghadapi masalah terhadap beberapa kerat ibu bapa yang suka datang lewat mengambil anak-anak mereka di pusat jagaan.

Kesibukan kerja membuatkan beberapa ibu bapa tak dapat datang awal. Oleh itu terpaksalah pihak pentadbiran pusat jagaan kanak-kanak itu menunggu kedatangan ibu bapa sejam atau dua jam lebih lama daripada waktu tutup yang sepatutnya.

Pada mulanya tiada sebarang bayaran dikenakan pada ibu bapa tersebut. Ia dianggap sebagai satu khidmat kemasyarakatan percuma pada ibu bapa yang menghadapi kesukaran datang awal.

Lama kelamaan, pihak pengurusan buat keputusan untuk kenakan bayaran lewat ambil pada ibu bapa. Ianya bukanlah untuk mendapatkan untung lebih, tapi hanya sebagai motivasi agar ibu bapa berusaha datang awal pada masanya.

Apa yang berlaku selepas mereka kenakan bayaran lewat adalah mengejutkan. Daripada hanya beberapa orang sahaja ibu bapa yang datang lewat, jumlah itu telah naik dengan lebih banyak.

Rupanya tindakan kenakan bayaran wang telah memberikan motivasi pada ibu bapa untuk datang lewat dan bukannya datang awal. Ini jauh tersasar daripada matlamat pihak pengurusan pusat jagaan kanak-kanak tersebut yang sangkakan kos bayaran akan membuatkan ibu bapa datang awal!.

Ada banyak lagi kes seumpamanya yang berkaitan dengan pemberian ganjaran wang telah menghasilkan sikap terbalik pada manusia. Disangkakan wang dapat meningkatkan motivasi matlamat yang telah disasarkan, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Bagaimana dengan ganjaran wang pada para pekerja anda

Manusia bila berhadapan dengan wang akan menjadi pelik dan tidak dapat difahami. Sebaik saja urusan sukarela dan ikhlas ditukar kepada urusan perniagaan dalam bentuk wang, cara manusia berfikir terus berubah 360 darjah.

Dalam bab pusat jagaan kanak-kanak di atas, para ibu bapa berusaha sebaik mungkin untuk tidak mengambil kesempatan terhadap aktiviti sukarela pihak pengurusan pusat tersebut dengan mengambil anak-anak mereka pada waktunya.

Sebaik saja dikenakan bayaran, mereka terus anggap itu satu perniagaan dan hilag rasa bersalah untuk datang lewat. Apa nak perduli, tambahan jam untuk menjaga anak-anak mereka itu dibayar.

Dalam bab para pekerja kita pula, terutamanya bagi syarikat kecil dan sederhana yang masih awal dalam perniagaan, keikhlasan dan semangat untuk merealisasikan impian yang ditiupkan oleh taukeh memainkan peranan penting dalam memberikan motivasi para pekerja.

Syarikat baru yang dibina oleh usahawan menggunakan keupayaan meniupkan impian besar untuk menarik kesanggupan para pekerja menyertai syarikat mereka. Biasanya para pekerja awal dalam sesebuah syarikat lebih rapat dan akrab dengan taukeh atas roh atau semangat merealisasikan impian taukeh mereka yang turut sama mereka kongsi.

Sebaik saja taukeh bertindak menggunakan wang sebagai ganjaran untuk naikkan motivasi para pekerjanya, bermakna samada taukeh itu sudah hilang keupayaan mempengaruhi para pekerjanya dengan impian dan hala tuju mulia syarikatnya, atau taukeh tidak faham bahawa ganjaran wang bukanlah segalanya.

Ganjaran wang pada pekerja untuk tingkatkan motivasi mereka melakukan kerja dengan lebih baik adakalanya membuatkan syarikat rosak dan dikelilingi oleh para pekerja yang tamak dan berkira. Di saat itu, taukeh akan menghadapi kesukaran dan terpaksa menyediakan wang yang banyak bagi menyediakan ganjaran.

Jika tiada ganjaran, tiadalah motivasi pekerja dan biasanya mereka akan ucapkan bye-bye!

Total
11
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge