bisnes besarYa! mana satu lebih bagus? apakah perniagaan besar pantas lebih bagus atau perniagaan membesar secara perlahan yang lebih bagus?

Kalau tanya kebanyakan orang yang baru berniaga, tentu jawapannya adalah mahukan perniagaan besar pantas berlaku pada perniagaan yang sedang mereka jalankan.

Biasanya bila perniagaan besar, jualan tentu lebih besar dan keuntungan pula tentu lebih besar. Bila untung besar boleh pakai kereta besar, beli rumah besar dan lain-lain lagi semuanya besar-besar.

Memang kalau boleh semua orang mahu segalanya yang besar-besar, tapi apakah seseorang itu perlu mengambil tawaran mudah untuk membesarkan perniagaan dengan pantas.

Kebanyakan usahawan yang mula berniaga tidak ada cukup wang untuk mendapatkan peralatan lebih baik ataupun membuka cawangan atau membesarkan perniagaan yang sedang dijalankannya, ertinya pembesaran syarikat hanya boleh dilakukan dengan berhutang.

Di situlah masalahnya, apakah berbaloi untuk berhutang semata-mata mahukan perniagaan cepat membesar? atau usahawan perlu bersabar dan membina perniagaannya perlahan-lahan dengan menggunakan wang hasil dari perniagaannya sendiri sahaja.

Cerita tak mahu perniagaan besar pantas

Salah seorang daripada pelanggan saya merupakan rakyat British berketurunan Pakistan. Beliau tinggal gi Bunglow KGSAS, dia beli rumah banglow yang berharga RM2 juta itu secara tunai!.

Dia memang seorang multi millionaire yang menjalankan perniagaan perabot di negara kita. Perniagaan perabut itupun dijalankan sebab dia bosan duduk saja, jadi untuk hilangkan kebosanannya dia buka kedai perabut di Petaling Jaya.

Daripada menjadi pelanggan saya, kami bina perhubungan dan saya sering juga bertemu dengannya berkongsikan pengalaman. Dari dia saya kenal semua saudara maranya, iaitu abang-abangnya yang turut sama berhijrah ke Malaysia. Mereka memilih Malaysia kerana suka dengan negara kita.

Apa yang menarik adalah kesemua abang-abangnya juga merupakan multi millionaire. Mereka kaya raya hasil dari perniagaan keluarga mereka di London. Dari mereka saya korek rahsia bagaimana mereka boleh kaya raya….

Oleh kerana saya sedang berada di Sabah sekarang untuk kursus menilai potensi perniagaan khas buat usahawan bengkel kenderaan di sini, saya tak dapat update panjang-panjang untuk artikel ini…Insyallah saya sambung esok bila ada kesempatan..

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge