potensi perniagaan celana dalam wanita cukup besarJika anda masih tercari-carikan satu idea perniagaan untuk mula berniaga, perniagaan celana dalam wanita adalah satu perniagaan yang menarik dan boleh difikirkan oleh para usahawan dan juga bakal usahawan.

Malah sebenarnya apa-apa saja perniagaan yang pelanggan utamanya disasarkan untuk kaum wanita merupakan satu perniagaan yang berpotensi tinggi untuk diceburi.

Ada banyak perniagaan yang menjadikan wanita sebagai pelanggan terbukti meletup-letup melahirkan jutawan atau usahawan berjaya.

Antara yang biasa kita lihat dan dengar adalah seperti perniagaan tudung, perniagaan baju kurung, perniagaan busana muslimah, perniagaan kosmetik, perniagaan kesihatan wanita dan banyak lagi.

Alhamdulillah! ramai usahawan kita telah berjaya setelah menceburi perniagaan yang tersebut di atas. Semuanya adalah hasil daripada memfokuskan pada keperluan kaun wanita yang umumnya jauh lebih tinggi daripada keperluan lelaki.

Kenapa perniagaan celana dalam wanita

Jika kita perhatikan celana dalam wanita sentiasa relevan sejak mereka di zaman kanak-kanak lagi. Sejak kecil, anak perempuan mesti pakai celana dalam wanita. Bila dah remaja, bertukar celana dalam dan lebih perlu lagi untuk digunakan.

Bila meningkat dewasa, celana dalam bertukar wajah lagi dan tetap masih diperlukan. Bila dah mendirikan rumah tangga pula berbagai fesyen celana dalam wanita untuk kegunaan harian, untuk kegunaan santai malah untuk mengambil hati suami juga diperlukan.

Ringkasnya celana dalam wanita sentiasa ada pasaran daripada kanaka-kanak perempuan, remaja, dewasa, bujang, janda, berkahwin, cantik atau tak cantik semuanya memerlukan celana dalam.

Pengalaman terserempak dengan perniagaan celana dalam wanita

Sekitar tahun 2005 dulu saya ada terlibat dalam satu perniagaan pengedaran besar di Ampang. Kebetulan di sebelah pejabat urusan perniagaan beras itu ada sebuah shop lot yang sentiasa tertutup.

Dinding kedai atau stor itu dihiasi dengan berbagai gambar besar celana dalam wanita dan juga pakaian dalam lain untuk kaum wanita. Ada yang seksi ada yang berwarna warni dan ada yang biasa-biasa saja.

Setiap pagi akan datang berderetan lori dan van mengambil stok pakaian dalam wanita dari situ untuk diedarkan ke kedai-kedai pakaian dan gedung-gedung membeli belah di sekitar KL dan Selangor.

Setelah menyiasat, saya dapat tahu taukeh perniagaan celana dalam wanita itu adalah seorang lelaki muda berbangsa Cina. Dia telah membeli keseluruhan perniagaan itu daripada seorang usahawan Melayu yang berjaya mendapatkan beberapa hak esklusif pengedaran celana dalam wanita di seluruh Malaysia. Terdapat beberapa jenama yang agak terkenal dari luar negara yang dipegang hak pengedarannya.

Saya terfikirkan kenapa agaknya dia melepaskan perniagaan yang cukup bagus itu pada orang lain. Mungkin dia ada alasan tersendiri atau mungkin dia ada kekangan modal atau masalah memamsuki pasaran. Bukan senang untuk endapatkan hak pengedaran esklusif sebegitu.

Nampaknya pemuda Cina itu membuat keuntungan yang baik daripada perniagaan tersebut. Dia tidak memerlukan kedai untuk menjual celana dalam wanita. Cukup sekadar menolaknya pada pada kedai-kedai lain kepunyaan orang. Dia sekadar menguruskan hal ehwal logistik sahaja.

Setelah mendapatkan perniagaan dari usahawan Melayu tersebut, dia berjaya mengikat kontrak dengan lebih banyak lagi hak pengedaran celana dalam wanita daripada jenama-jenama lain pula dari luar negara.

Apa perkembangan perniagaan tersebut saya tak pasti. Tapi jika diuruskan dengan baik, sudah tentu ia satu perniagaan yang tak akan pupus di negara kita asalkan tidak ada lagi trend atau kempen jangan pakai celana dalam.

Bagaimana anda boleh menjadi usahawan celana dalam wanita

Jika anda taip perkataan celana dalam wanita, perkataan ini amat popular samada di negara kita ataupun di Indonesia. Kebanyakannya mencari bahan berunsur lucah seperti mengintip celana dalam wanita, skodeng celana dalam wanita dan sebagainya.

Memang ada orang lelaki yang gila mengintip seluar dalam wanita. Malah ada juga lelaki yang suka curi celana dalam wanita. Bab skodeng celana dalam wanita juga digemari oleh ramai lelaki. Begitulah peliknya perangai kaum lelaki. Cukup dengan hanya memegang atau melihat celana dalam wanita idamannya dapat melahirkan rasa ghairah.

Dari pada membuang masa skodeng celana dalam wanita, elok anda dalami kehendak permintaan celana dalam wanita di pasaran negara kita. Belajar berkenaan indiustri celana dalam ini dan mula mendapatkan senarai jenama dan pengeluar celana dalam wanita di seluruh dunia termasuklah di negara kita.

Cuba dapatkan hak esklusif atau hak pengedaran dari pengeluar celana dalam yang kurang popular terlebih dahulu dan pasarkan melalui internet. Pelbagaikan pilihan dan variasi celana dalam wanita yang ada agar mudah untuk dijual.

Mula buat jaringan dengan pemain industri celana dalam wanita dan juga usahawan yang memberikan tumpuan pada keperluan wanita. Mungkin anda boleh edarkan celana dalam wanita pada usahawan busana muslimah dan baju kurang dan lain-lain termasuklah peralatan kosmetik.

Ringkasnya anda boleh pertimbangkan perniagaan celana dalam wanita ini dengan mula membuat carian maklumat dari sekarang. Dapatkan berapa jumlah pasaran celana dalam wanita di malaysia sahaja dan juga di negar-negara jiran kita. Saya yakin pasarannya bernilai berbillion-billion ringgit setahun!.

Sumber gambar

Total
1
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Boleh bro berkongsi sikit tak macam mana kita nak cari pengeluar celana untuk dapatkan hak pengedaran?? Atau buat permulaan ni, just jual secara kecil-kecilan dulu dalam fb dan produk cari pembekal yang boleh buat dropshipping??

    1. Seeloknya mulakan dulu secara kecil-kecilan untuk memahami industri, bina rangkaian dan dapatkan ilmu sebelum mengintai peluang hak pengedaran jenama dari luar negara atau dalam negara yang belum masuk ke sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge