bedbugsKhidmat meghapuskan pepijat merupakan salah satu daripada cabang perniagaan Pest Control.

Biasanya kebanyakan syarikat Pest Control akan menawarkan khidmat kawalan serangga secara umum. Itulah modus operandi biasa yang digunakan sejak sekian lama.

Perniagaan kawalan serangga dan makhluk perosak atau biasa kita sebut dalam Bahasa Ingeeris, “Pest Control” ini merupakan antara perniagaan awal yang saya ceburi dan masih bertahan sampai sekarang.

Perniagaan khidmat Pest Control ini terbukti tidak lapuk dek zaman dan merupakan antara perniagaan yang wujud sejak sekian lama di seluruh dunia. Malah syarikat pest control wujud di negara sejak zaman kerajaan British dahulu lagi.

Data kajian terhadap perkembangan industri pest control di seluruh dunia yang saya baca tahun lepas menunjukkan bahawa permintaan terhadap khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak di seluruh dunia adalah dalam keadaan meingkat naik. Faktor kesedaran masyarakat memberikan sumbangan terhadap permintaan yang semakin berkembang ini.

Tahun ini saya cuba mengubah sedikit haluan dalam perniagaan khidmat kawalan serangga dan makhluk perosak yang sudah lama saya jalankan. Saya mahu berikan tumpuan kepada cabang kawalan pepijat secara lebih serius.

Khidmat menghapuskan pepijat

Tempat yang paling tinggi diserang masalah pepijat di Amerika berlaku di New York pada tahun 2011. Sejak beberapa tahun yang lalu masalah serangan pepijat semakin menjadi-jadi Amerika. Bukan saja di New York, malah hampir semua bandar menghadapi masalah serangan pepijat di Amerika dan masih kekal begitu sehingga sekarang.

Di negara kita juga nampaknya masalah serangan pepijat tidak kurang hebatnya. Mereka yang pernah menginap di hotel-hotel yang banyak terdapat di Pusat Bandar tentu ada pengalaman dengan masalah pepijat ini.

Ada sebuah hotel yang merupakan salah satu dari pelanggan saya satu ketika dahulu sering menghadapi masalah pelanggan dari negara Arab yang tak mahu bayar kos sewaan mereka sebab serangan pepijat di bilik yang mereka duduk.

Ramai panggilan saya dapat dari orang ramai yang bertanyakan teknik untuk menghapuskan masalah pepijat ini sejak 4 atau 5 tahun kebelakangan ini. Ertinya pepijat dah semakin menjadi-jadi serangannya di negara kita.

Berdasarkan semua maklumat yang saya kumpulkan, saya buat keputusan untuk berikan tumpuan khas bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh orang ramai terutamanya di kawasan bandar.

Cara biasa menghapuskan pepijat

Selama ini, kebanyakan syarikat Pest Control menggunakan teknik biasa dalam kerja menghapuskan pepijat. Mereka gunakan bahan kimia beracun bagi membunuh pepijat.

Saya juga biasa menggunakan teknik tersebut sebelum ini.

Ada beberapa masalah dalam penggunaan bahan kimia untuk menghapuskan pepijat. Antara masalah utama adalah untuk berusaha mencari dengan teliti tempat membiak dan menyorok pepijat yang biasanya amat sempit serta tersembunyi.

Ada kemungkinan kita terlepas pandang dan gagal membunuh pepijat secara keseluruhannya.

Satu lagi masalah adalah keupayaan bahan kimia untuk menghapuskan telus pepijat yang tersembunyi dengan banyak dicelah-celah rekahan perabut atau lantai katil.

Lagipun ramai orang tak suka bila sebut racun disembur merata-rata di kawasan tempat mereka berehat dan beradu.

Menggunakan Haba untuk menghapuskan pepijat

Oleh kerana nak tawarkan khidmat yang jauh lebih berkesan dan lebih profesional serta selamat dan mudah, maka saya buat pencarian solusi terbaik.

Kini kerja-kerja menghapuskan pepijat tidak lagi menggunakan bahan kimia. Syarikat saya beralih arah menggunakan teknik haba dalam usaha menghapuskan pepijat.

Saya laburkan modal untuk membeli peralatan yang menggunakan haba bagi membunuh pepijat khas untuk para pelanggan saya.

Sebenarnya orang ramai boleh menggunakan teknik yang sama. Tapi takkan lah mereka nak beli mesin haba merawat masalah pepijat yang mahal tu hanya untuk membuat kerja tersebut sekali sahaja mungkin dalam setahun atau dua tahun.

Jadi saya selesaikan masalah tersebut untuk mereka. Biar saya keluarkan kos besar itu dan para pelanggan boleh menyumbang seorang sedikit bagi membayar kos rawatan khidmat menghapuskan pepijat yang saya buat untuk mereka.

Itu dinamakan sebagai perkongsian bijak sama-sama menang.

Kenapa menggunakan teknik haba

Pepijat tidak dapat hidup dalam suhu yang melebihi 60 darjah Celcius. Bila suhu mencapai ahap tersebut, samada mereka lari atau mati hangus.

Tetapi dengan menggunakan haba, ia akan menyeluruh ke segenap penjuru dalam lingkungan yang luas. Mana pepijat nak lari lagi. Mereka tidak ada pilihan lain selain dari terbakar mati.

Sudah tentu ini berita gembira untuk para pelanggan saya.

Bukan saja pepijat dewasa akan mati. Malah pepijat anak juga akan mati. Juga sekali dengan telur pepijat juga akan turut terhapus mati bersama. Bukankah ini satu rawatan yang amat berkesan !.

Satau lagi kelebihan menggunakan haba untuk menghapuskan pepijat adalah haba dapat menyelinap masuk ke semua sudut samada rekahan atau bukaan kecil. Ini merupakan satu keistimewaan haba yang tidak ada pada bahan kimia.

Bayangkan diri anda duduk dalam bilik suana. Rasa hangat bahang di dalam bilik itu menyelinap secara menyeluruh. Anda tahankan rasa banhang itu atau anda perlu lari keluar sahaja untuk selamatkan diri dari bahang panas.

Dapatkan khidmat menghapuskan pepijat dari Easelife Services Sdn Bhd

Untuk anda para pembaca budiman yang ada masalah serangan pepijat di rumah anda bolehlah dapatkan khidmat menghapuskan pepijat ini dari syarikat saya.

Mungkin anda bertugas di hotel atau panggung wayang. Atau mungkin juga anda ada kawan-kawan yang terlibat dengan masalah pepijat.

Jadi bantu mereka dengan memberikan maklumat berkenaan teknik rawatan haba bagi menghapuskan pepijat ini. Anda tentu dihargai kerana memberikan bantuan maklumat bagi menyelesaikan masalah mereka.

Jika anda perlukan khidmat menghapuskan pepijat, boleh hubungi En Izam 012-2067 357

Total
35
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge