Perniagaan rugi: Membunuh perniagaan dengan harga murah

By | 22/01/2013

elak harga murah, elak perniagaan rugiKenapa perniagaan rugi?

Ramai kawan-kawan yang menghadapi masalah perniagaan rugi setelah lebih setahun beroperasi disebabkan oleh masalah harga.

Secara mudahnya, kita rasa orang tak akan membeli jika harga yang ditawarkan lebih mahal dari produk yang sama yang ditawarkan oleh pesaing. Ini mungkin betul dalam ketika mula berniaga sehinggalah ke tahun pertama.

Jika harga yang ditawarkan selepas itu tidak berubah, bermakna anda telah gagal membina satu faktor selain dari harga yang boleh membuatkan pelanggan kekal memilih produk atau khidmat yang ditawarkan.

Perniagaan rugi dan keadaan menjadi lebih parah apabila anda terpaksa menurunkan lagi harga kerana terpaksa bersaing pula dengan pesaing baru.

Apabila perkara tersebut berlaku dan anda tetap degil meneruskan juga cara yang sama, perniagaan akan mencatatkan kerugian dan lebih malang apabila anda berhutang tanpa mampu membayar pada pembekal.

Jangan biarkan perniagaan rudi dengan meletakkan harga sebagai faktor kelebihan

Adalah dinasihatkan pada semua usahawan agar segera merangka strategi berikut setelah perniagaan anda berjalan lancar namun tidak mencatatkan keuntungan:

  • Naikkan harga
    • Jika produk atau servis anda sama dengan pesaing, harga anda mestilah sama atau lebih mahal sedikit daripada pesaing. Anda jangan tertipu untuk merendahkan harga dengan harapan pembeli akan beralih pada produk atau servis anda.
    • Kos untuk membuat atau menjalankan servis mungkin sama antara anda dengan pesaing, tetapi ada nilai tertentu yang boleh ditambah yang melayakkan anda megenakan sedikit harga premium.
    • Sebagai contoh: Kursus memborong di China mungkin sama antara dua pesaing, tetapi jika kursus yang anda ikuti dijalankan oleh Shahabudeen Jalil yang dikenali ramai kerana sering masuk TV dan Radio, pelanggan tidak akan menolak untuk membayar lebih sedikit.
    • Cuba fikirkan nilai tambah yang boleh membuatkan pelanggan memilih anda walaupun dengan sedikit penambahan harga. Ini jauh lebih baik daripada sekadar menurunkan harga di mana sesiap saja boleh melakukannya dengan baik terutamanya mereka yang baru berniaga.
  • Kurangkan kos. Anda boleh melakukan beberapa cara untuk kurangkan kos. Antaranya adalah:
    • Menyemak semula harga yang ditawarkan oleh pembekal dan bandingkan dengan pembekal lain.
    • Miningkatkan kecekapan perniagaan anda melaksanakan kerja. Sila baca di sini
    • Tamatkan perkhidmatan atau jualan pada pelanggan yang tidak menguntungkan. Pelanggan jenis ini biasanya adalah mereka yang mula membeli dari anda pada awal perniagaan kerana faktor harga. Segera naikkan harga dan jika mereka masih suka dengan anda mereka akan kekal.
    • Berhati-hati dengan kecurian – perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua usahawan. jangan ingat semua orang berjiwa mulia seperti anda. Buat segala yang perlu untuk menghindari kecurian.
    • Elakkan pembaziran – Semakin besar perniagaan, maka semakin besar kecenderungan untuk melakukan pembaziran. Sentiasa menyemak semula proses kerja dan pastikan tidak ada pembaziran.

Apa yang saya terangkan di atas merupakan perkara asas dalam perniagaan untuk pastikan tidak berlaku perniagaan rugi. Tetapi malangnya ramai usahawan akan tersilap pandang dan tidak mampu memberikan tumpuan pada semua itu.

Mungkin ini adalah perkara biasa apabila terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan.

Oleh itu, adalah berbaloi untuk mendapatkan seorang jurulatih perniagaan bagi membimbing anda menjalani perniagaan secara semuka. Jurulatih adalah seumpama cermin yang kita gunakan untuk bersiap. Bayangkan kesukaran dan ketidak sempurnaan bersiap seandainya tidak ada cermin.

Cermin tidak akan menyuruh anda sikat di tepi atau di tengah, tetapi dia hanya akan memberikan maklumat tentang keadaan diri dan bagaimana diri anda untuk tindakan yang selanjutnya.

Anda sendirilah yang akan membuat keputusan dengan diri anda. Tapi dengan bantuan daripada cermin.

Rumusannya:

Business Coach adalah bersamaan dengan ‘Cermin usahawan’, dengan adanya mentor atau coach, anda akan lebih mudah dan tahu kedudukan perniagaan anda. Sila lihat HR Biz Coaching¬†untuk mengetahui khidmat coaching yang saya tawarkan khas untuk peniaga kecil agar tidak berlaku perniagaan rugi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge