Perniagaan yang berserabutApakah perniagaan yang berserabut atau usahawan itu sendiri yang berserabut? Jika anda seorang usahawan, tentu ada pendapat tersendiri terhadap persoalan ini.

Pada asasnya perniagaan akan bermula dengan sesuatu yang berserabut. Kewujudan perniagaan sudah tentu disebabkan adanya sesuatu yang berserabut yang perlu diringkaskan.

Semua perkara yang berserabut mempunyai potensi perniagaan jika anda ada jalan penyelesaian untuk meringkaskannya dan membuatkan keserabutan itu terurus semula dengan baik.

Oleh itu kebiasaannya, usahawan adalah individu yang menemui cara paling berkesan dengan kos yang berpatutan untuk melenyapkan sesuatu yang sedang berserabut dikepala pengguna.

Dari situ lahirlah satu perniagaan yang tawaran utamanya adalah untuk menyelesaikan masalah keserabutan yang sedang dihadapi oleh pengguna. Sudah tentu perniagaan sebegitu berpotensi tinggi dan mendapat permintaan yang baik jika dipasarkan dengan betul kepada pasarannya.

Bermulanya perniagaan yang berserabut

Sebaik saja perniagaan bermula yang pada tujuan asalnya adalah untuk selesaikan keserabutan yang dihadapi oleh pengguna, usahawan akan sedar rupa-rupanya dia telah membuatkan hidupnya jadi berserabut dengan menceburkan diri dalam perniagaan tersebut.

Dia ingat selama ini perniagaan adalah sesuatu yang ringkas, mudah dan menyeronokkan. Bila jadi begitu usahawan biasanya akan terkejut dan boleh jadi akan rasa menyesal kerana berhenti kerja dan berniaga. Dia juga mungkin akan rasa dirinya tidak dilahirkan untuk menjadi seorang usahawan dan lain-lain lagi fikiran yang seumpama dengannya.

Usahawan yang mengalami kejutan seperti di atas biasanya bermula dengan anggapan bahawa perniagaan itu adalah sesuatu yang mudah dan ringkas. Sebab itu dia tidak bersedia.

Sebaliknya jika seseorang usahawan itu beranggapan bahawa perniagaan memang sesuatu yang berserabut dan amat mencabar, maka dia akan lebih bersedia untuk menghadapi kesemua itu.

Sebaik saja menceburi bidang keusahawanan dengan menjalankan perniagaannya, usahawan itu akan meletakkan misi terhadap dirinya untuk memudah dan meringkaskan perjalanan perniagaan yang dia sedang lakukan.

Segala keserabutan yang berlaku dalam perniagaan yang sedang dijalankan akan dilihat sebagai cabaran untuk dia meringkaskan keserabutan itu. Dalam usaha perniagaan menyelesaikan keserabutan pengguna, para usahawan sebenarnya mesti memberikan tumpuan bagaimana meringkaskan perniagaannya yang berserabut.

Usaha berterusan ringkaskan perniagaan yang berserabut

Jika anda seorang usahawan, dan mahu berjaya membina perniagaan ke peringkat yang lebih jauh, anda perlu bersedia menjadikan usaha meringkaskan perniagaan yang berserabut sebagai satu misi berterusan sepanjang hidup.

Usaha untuk meringkaskan perniagaan yang berserabut secara berterusan akan memberikan dua kesan yang penting kepada sesebuah perniagaan.

  1. Membuatkan orang tertarik untuk bekerja di syarikat – Syarikat yang sentiasa meringkaskan cara mereka bekerja dan cara meringkaskan keserabutan pengguna biasanya mampu membuatkan pekerja-pekerja yang berkaliber suka untuk bekerja di situ.
  2. Membuatkan orang tertarik untuk melabur pada syarikat – Semua orang yang ada wang yang mahu dilaburkan akan memilih syarikat yang berpotensi untuk menjana keuntungan secara konsisten dan dalam tempoh jangkamasa yang lama. Hanya syarikat yang sentiasa meringkaskan urusan perniagaannya sahaja memberikan fokus pada hasil yang paling tinggi akan menjadi syarikat pilihan pelabur.

Cuba bayangkan syarikat anda yang mempunyai dua ciri-ciri di atas. Bayangkan syarikat anda menjadi rebutan para pekerja yang hebat dan kerkaliber di pasaran untuk memohon kerja.

Dan cuba bayangkan syarikat anda menjadi rebutan para pelabur yang ingin menumpang keuntungan turut berniaga bersama anda. Bukan anda yang dipilih oleh pihak pelabur atau bank, sebaliknya andalah yang akan memilih bank atau pelabur mana yang memberikan tawaran paling baik.

Menurut Peter F. Drucker, perniagaan yang membiarkan keadaannya berserabut tanpa berusaha meringkaskan keserabutan tersebut biasanya akan gulung tikar. Oleh itu jika anda rasa perniagaan anda sedang berserabut ia merupakan salah satu tanda anda akan gulung tikar. Sila ambil perhatian!

Menurut Peter F. Drucker juga, dua peranan paling penting yang mesti dilakukan oleh usahawan adalah:

  1. Menjadikan syarikatnya pilihan pekerja yang terbaik di pasaran
  2. Menjadikan syarikatnya sebagai pilihan para pelabur

Dan saya telah nyatakan di atas tadi anda akan mencapai kedua-dua perkara di atas dengan pastikan tumpuan sentiasa diberikan untuk meringkaskan perniagaan yang berserabut.

Apakah anda sedang menghadapi sebuah perniagaan yang berserabut?

Sumber imej

 

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge