Sejak mula menceburkan diri dalam dunia business coaching secara serius, ada banyak perkara yang saya belajar. Terutamanya terhadap perkara yang dapat membantu memudahkan urusan bimbingan terhadap para usahawan.

Ia berkat rapat dengan persediaan usahawan yang perlu ditekan terlebih dahulu sebelum mendapatkan bimbingan daripada seorang coach.

Antara perkara penting yang boleh saya kongsikan di sini adalah beberapa perkara yang usahawan perlu ada sebelum dapat dibimbing oleh seorang coach dengan berjaya.

Jika anda merupakan seorang usahawan dan sedang atau ada hasrat untuk dapatkan bimbingan daripada seorang coach untuk majukan perniagaan anda, sila semak terlebih dahulu samada semua perkara berikut ada pada anda.

Persediaan usahawan sebelum dibimbing

  1. Bersedia untuk dibimbing
    • Ini merupakan perkara paling penting yang mesti ada pada para usahawan. Jika anda seorang yang ego dan sentiasa mencabar siapa saja termasuklah seorang coach yang memberikan panduan dan bimbingan, ertinya anda masih belum bersedia untuk mendapatkan bantuan seorang coach.
    • Ada dikalangan para usahawan yang naik marah dan malas melayan cubaan coach untuk memahami kedudukan usahawan sedangkan mereka mahu dibimbing. Jika bersikap begitu, macam mana nak belajar?
  2. Percaya pada matlamat yang disasarkan
    • Ini merupakan antara perkara paling lucu yang berlaku sepanjang saya membimbing para usahawan. Mereka setuju dan yakin bahawa matlamat mereka adalah untuk memajukan perniagaan setapak lagi lebih baik. Malah sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada apa yang mereka ada sekarang.
    • Tetapi malangnya dalam hampir kesemua sesi perbincangan, mereka akan senaraikan seribu satu macam sebab kenapa mereka tak boleh capai apa yang mereka mahukan itu….!
    • Jelas dan nyata bahawa mereka tak percaya dengan apa yang mereka mahu dapatkan. Jadi macam mana agaknya nak bimbing mereka mencapai perkara yang mereka tak percaya?
    • Tugas coach bukan untuk yakinkan usahawan bahawa sasarannya itu boleh dicapai, itu mesti ada terlebih dulu sebagai prasyarat dalam diri usahawan. Bila dah ada barulah mudah untuk coach membimbing¬†usahawan merancang dan melaksanakan usaha untuk mencapai matlamat.
  3. Percaya pada diri sendiri
    • Ini juga satu lagi masalah besar yang ada pada para usahawan. Mereka tak yakin pada diri sendiri dan merasakan tak ada apa-apa kelebihan untuk berjaya. Mereka sering bandingkan diri mereka dengan orang lain setiap kali bersama coach untuk berbincang.
    • Sekali lagi perlu diingatkan bahawa bukan tugas coach nak habiskan masa memujuk dan meyakinkan diri usahawan bahawa dia ada kelebihan dan perlu percaya pada dirinya sendiri.
    • Membimbing usahawan yang tak percaya pada diri sendiri sebenarnya amat memakan masa seorang coach. Usahawan itu tak perlukan coach, sebaliknya perlukan seorang kaunselor atau motivator. Tugas coach hanyalah untuk menujukkan jalan memajukan diri dan perniagaan dan membuat pemantauan perkembangan usahawan dalam masa yang ditetapkan.
    • Program bimbingan atau coaching untuk perniagaan ini bukanlah terletak pada ilmu atau pengetahuan sangat, ia lebih bertumpu pada latihan tubi dan dedikasi sehingga apa yang nak di capai terlaksana.
  4. Bersedia untuk mengaku salah
    • Kebanyakan usahawan merupakan golongan yang degil. Jesteru itu mereka jarang mengaku salah kalau buat salah. Tak dinafikan ciri-ciri degil itulah yang membuatkan mereka jadi usahawan, tapi ia mesti diseimbangkan dan jangan keterlaluan.
    • Untuk membuatkan usahawan bersedia dibimbing, mereka mesti sanggup dan bersedia untuk mengaku salah walaupu ¬†ianya amat pahit. Orang yang tak mengaku salah amat susah untuk dibimbing oleh siapa-siapa saja.
  5. Bersedia untuk ambil tanggung jawab
    • Ramai juga usahawan yang mahu letakkan tanggung jawab berjaya atau tidak usaha mereka menggandakan perniagaan itu pada coach. Sedangkan coach hanya tunjukkan jalan dalam membimbing para usahawan. Usahawanlah yang mesti komited laksanakan segala perancangan yang telah disusun dan bukannya coach.
  6. Percaya pada coach
    • Ini memang tak boleh dielakkan jika anda mahu dibimbing oleh seorang coach. Anda mesti percaya dan menghormati coach terlebih dahulu sebelum dibimbing, kalau tidak ia hanyalah satu program yang membuang masa semua orang.

Begitulah senarai 6 persediaan usahawan yang boleh saya berikan di sini untuk panduan para usahawan yang mahu dapatkan khidmat bimbingan daripada seorang coach.

Persediaan usahawan ini juga saya tujukan khas untuk kesemua usahawan di Perak, Penang, Kedah, Sabah, Kelantan dan Johor yang sedang mengikuti program bimbingan perniagaan dari saya. Moga ianya menjadi panduan agar usaha bimbingan dan usaha untuk maju dalam perniagaan membuahkan hasil. Insyaallah!

Total
16
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge