Exif_JPEG_PICTUREExif_JPEG_PICTUREExif_JPEG_PICTUREExif_JPEG_PICTUREuntuk jadi usahawan berjaya kena banyak berkawanSemua usahawan mahu berjaya, tak ada orang jadi usahawan sebab nak elakkan kejayaan. Berjaya pulak bergantung pada matlamat masing-masing.

Ada orang yang takrifkan usahawan berjaya sebagai sesiapa sahaja yang mampu sara kehidupan dengan berniaga. Ada yang kata usahawan berjaya adalah mereka yang ada duit dalam akaun bank berjuta-jura ringgit.

Apapun takrif kejayaan anda yang pastinya anda jadi usahawan sebab ada impian untuk dapatkan apa yang anda tak dapat jika berterusan jadi pekerja yang makan gaji.

Kerap jumpa orang asas petua usahawan berjaya

Apa saja matlamat yang diletakkan untuk menjadi usahawan berjaya, anda tak dapat elakkan diri dari bertemu dan berurusan dengan orang ramai.

Formula mudah usahawan berjaya adalah,

“Lagi kerap anda jumpa orang, lagi ramai anda jumpa orang, lagi meningkat potensi untuk berjaya!” 

Oleh itu fikirkan semula hasrat untuk jadi usahawan seandainya anda jenis manusia yang tak suka jumpa orang. Jangan jadi usahawan juga seandainya anda tak suka menambah kawan baru dan tidak terbuka untuk pelbagaikan jenis kawan.

Kenapa usahawan berjaya perlu kenal dan berhubungan dengan ramai orang

Jika anda lihat makna usahawan atau dalam bahasa inggerisnya kita sebut “Entrepreneur”, banyak sekali takrifan yang diberikan oleh mereka yang pakar terutamanya dalam bidang sains kemanusiaan.

Salah satu takrifan yang paling saya suka dan setuju adalah:

“Usahawan adalah mereka yang berupaya dan berjaya menghubungkan segala sumber untuk merealisasikan matlamatnya”

Ya! semuanya sudah terhampar di atas muka bumi disediakan oleh Tuhan untuk makhluk yang bernama manusia. Apa yang manusia perlu lakukan hanyalah menghubungkan apa saja yang ada untuk menghasilkan idea atau benda baru.

Lihat sahaja pokok kelapa. Apa yang anda rasa boleh kita buat dari pokok kelapa itu?

Tentu terlalu banyak benda boleh kita reka bukan:

  • Ambil buah kelapa muda buat air kelapa dan jual tepi jalan
  • Ambil kelapa tua kopek dan ambil isinya untuk buat santan
  • Potong pokok kelapa ambil batangnya buat jambatan
  • Ambil pucuk kelapa anyam untuk dijadikan ketupat
  • Ambil lidi jadikan penyapu dll….

Itu belum lagi disenaraikan secara terperinci dari hanya sebiji kepala tua yang ada tempurung, ada sabut, ada umbut, adan air, dan lain-lain lagi bahagiannya. Untuk manusia ambil manfaat buat dirinya daripada pokok kelapa sahaja sudah terlalu banyak.

Dalam kesemua urusan tersebut di atas, anugerah pokok kelapa dan gabungan manusia menjadikan timbulnya berbagai peluang yang mampu mendatangkan faedah kepada ramai manusia lagi.

Gabungan pokok kelapa dan bahan-bahan lain dicampurkan lagi dengan sumber manusia yang berbagai mampu menjadikan sebuah empayar perniagaan yang hebat dan besar.

Dan orang yang duduk atas kerusi empayar perniagaan itulah yang kita panggil sebagai usahawan. Dia duduk di situ mengabungkan dan menghubungkan semua sumber yang ada untuk merealisasikan apa saja matlamatnya.

Maklumat penting yang nak ditekankan di sini adalah betapa taukeh di atas tadi, tidak boleh elakkan salah satu sumber yang paling penting iaitu sumber manusia. Ambil pen dan kertas dan cuba senaraikan berapa ramai orang yang akan terlibat untuk taukeh itu membentuk empayarnya!!!.

Kalau setakat kenal seorang pemanjat pokok kelapa tak akan jadi sebuah empayar.

Untuk kenal orang perlu berjumpa

Dizaman canggih ini, kita lebih kerap berhubungan melalui gadget canggih seperti komputer dan telefon. Kita mula lebih seronok terperap dalam bilik melayan skrin semua benda itu dan mula kurang jumpa orang.

Tak ada cara terbaik untuk kenal dan rapat dengan manusia lain selain dari berjumpa dengannya secara nyata dan berkenal mesra. Berap ramai orang yang mula kenal betapa buruknya kawan cybernya setelah berjumpa secara nyata di taman bunga…kena rogol!.

Ini cuba nak bagi tahu bahawa secanggih manapun alat perhubungan yang manusia cipta, sesekali tak akan dapat ganti dengan komunikasi secara nyata ‘face to face’.

Susun semula kehidupan anda dengan lebih kerap jumpa orang

Jika anda bersetuju dengan apa yang ditulis di atas, mulalah bertindak segera untuk mencapai status usahawan berjaya. Kerap jumpa orang secara nyata.

Atur pertemuan samada secara santai atau formal sekerap mungkin untuk saling kenal mengenali. Jangan bincang dengan kawan, vendor, pesaing, pembantu, anak buah, rakan kongsi dan lain-lain melainkan secara pertemuan yang nyata.

Mulakan sekrang aktiviti jumpa orang yang baru atau lama dan pertingkatkan pertemuan secara konsisten dan lihat hasilnya…anda tentu akan bersetuju jika saya katakan terlalu banyak idea, peluang dan kejayaan akan terbina. Jadilah anda usahawan berjaya…insyaallah!

Demikanlah lebih kurang petua usahawan berjaya kali ini.

Total
31
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

13 comments

  1. ambil contoh peniaga kelantan sambil bantu membantu diantara mereka..
    tak hairan ramai peniaga berasal dari kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge