produk premium santan kingAlhamdulillah! akhirnya satu lagi usaha perniagaan saya telah bermula di Malaysia. Kali ni saya mengusahakan satu produk premium yang dinamakan sebagai Santan King.

Santan King telah mula diedarkan ke seluruh premis pasaraya Giant di seluruh negara di Semenanjung Malaysia.

Sejak minggu ini pihak kami sedang bertungkus lumus mengeluarkan Santan King dari Kilang dan mula mengedarkannya bermula dengan premis Pasaraya Giant dan juga rangkaian Cold Storage di Lembah Kelang.

Dalam masa terdekat ini, insyaallah semua warga Malaysia akan dapat membeli Santan King di mana-mana premis pasaraya dan coldstorage Giant.

Jika anda pembaca setia blog Hiduringkas.com ini, saya harap agar anda mencuba Santan King untuk digunakan dalam apa saja masakan anda yang memerlukan santan sebagai salah satu daripada ramuannya.

Peggunaan Santan King hanya separuh berbanding santan biasa

Untuk maklumat pengguna, anda hanya perlu menggunakan separuh sahaja Santan King berbanding santan biasa. Sebagai contoh, jika anda biasa masak gulai dengan menggunakan 500 ml santan biasa, dengan Santan King, anda hanya perlu masukkan 250 ml atau kurang dari itu.

Jika anda masukkan jumlah yang sama dengan santan biasa, masakan anda akan menjadi terlalu pekat dan terlalu lemak berkrim. Oleh itu pastikan anda ingat bahawa anda hanya perlu masukkan separuh saja sukatannya daripada santan biasa.

Santan King yang selebihnya, simpan saja di dalam peti ais untuk digunakan lagi pada waktu dan pada masakan lain pula.

Santan King pekat dan bebas kolestrol

Untuk maklumat mereka yang fobia dengan santan yang kononnya ada kandungan kolestrol yang tinggi, tentu tak berapa berselera makan kari yang digantikan penggunaan santan biasa dengan susu.

Untuk menghilangkan rasa fobia dengan nasihat sesetengah pakar pemakanan dan juga segolongan pengamal perubatan yang menasihatkan anda agar tinggalkan santan biasa, anda kini boleh gunakan Santan King dalam apa saja masakan anda selepas ini.

Tak perlu risau dan tak perlu khuatir. Anda dapat rasakan keenakkan masakan bersantan dan hilang kekhuatiran dengan menggunakan Santan King.

Namun begitu ada kajian yang membuktikan bahawa makan santan biasa bukanlah penyebab utama meningkatnya kolestrol jahat dalam badan anda. Penyumbang utama kolestrol jahat dalam darah adalah makanan lain yang jika tidak dikawal akan mendatangkan mudarat.

Walaupun para pengkaji berpendapat bahawa santan biasa bukan penyumbang kolestrol dalam badan, mereka tetap bersetuju agar pengambilan makanan bersantan perlulah secara sederhana.

Memang dalam apa saja urusan makan, kita digalakkan bersederhana dalam pengambilannya. Tak ada perkara yang lebih mendatangkan kerosakan dalam diri kita melainkan tidak terkawalnya nafsu dan melantak seperti seorang yang pelahap dan makan bayak bertimbun-timbun.

_DSC8384

Santan King boleh digunakan buat cendol

Semua orang yang gemar makan cendol tahu dalam cendol ada santan. Tapi kadangkala ada juga rasa fobia bila hirup cendol dengan berbagai cerita serong terhadap makan santan biasa.

Kali ini, cuba anda buat cendol dengan menggunakan Santan King, anda akan rasa kelainan dan kenikmatan sebenar makanan cendol lemak berkrim dengan menggunakan Santan King.

Yang paling menarik jika anda makan cendol dengan Santan King, anda tak akan rasa mengantuk atau mual. Begitu juga jika anda masak nasi lemak dengan menggunakan Santan King.

Santan King mengandungi kandungan asid lemak yang amat rendah dan bebas kolestrol. Santan King juga tinggi kandungan nutrient dan kaya dengan vitamin A dan E semula jadi.

Makan Santan King yang mengandungi segala yang saya sebutkan di atas boleh membantu melambatkan proses penuaan anda. Santan King juga baik untuk penglihatan.

Santan King juga mengurangkan risiko sakit jantung serta amat baik untuk kulit anda.

Wah! banyak benar kebaikan Santan King!, apa lagi cubalah beli daripada Pasaraya Giant terdekat dan mula sediakan makanan dengan menggunakan Santan King.

Saya mohon semua pembaca agar mendoakan perniagaan Santan King ini berjaya dan bolehlah saya kongsikan strategi yang saya gunakan dalam mengeluarkan serta memasarkan produk Santan King ini.

Sokonglah perniagaan orang kita dan sokonglah produk buatan Malaysia….!

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge