Berikut catitan En Azad Jasmi yang merupakan Pengarah Eksekutif, Taj International College. Beliau berkongsikan pendapatnya terhadap program bimbingan usahawan yang dijalankan oleh Malaysia Automotif Institute (MAI)

Program bimbingan usahawan selama setahun ini di berikan kepada para usahawan yang menjalankan perniagaan bengkel kenderaan di seluruh negara. Ia merupakan hasil kerjasama berbagai pihak termasuklah Gabungan Muda Berjaya atau GMB.

Berikut pendapatnya terhadap program itu.

Monolog Ramadan Bagi Usahawan Workshop Bumiputera

Saya ingin mengambil peluang untuk mencatat satu monolog berdasarkan satu program pembangunan usahawan bumiputera di dalam sektor automotif khususnya bagi pengusaha workshop di Malaysia.

Saya sendiri sebagai peminat sukan bermotor dan industri automotif dan mempunyai sedikit sebanyak pengalaman di dalam industri automotif melihat bahawa sokongan GMB dan MAI di dalam meneladani para usahawan bumiputera di dalam sektor automotif ini begitu jitu dan murni bagi mencapai satu output yang positif.

Sekiranya peluang ini wujud pada zaman saya ingin memulakan pekerjaan atau menceburi bidang keushawanan dulu, saya yakin bahawa peluang sebegini hampir pasti tidak akan dilepaskan.

Para usahawan dan peserta yang terlibat didalam program ini bertuah kerana mempunyai peluang yang baik bagi memperkembangkan perniagaan masing-masing. Walau bagaimanapun, perlu di ambil perhatian bahawa kejayaan yang bakal dicapai pasti akan melalui lumrah cabaran kejayaan iaitu halangan. Halangan dan rintangan akan menjadi asam garam sebelum kejayaan dapat dikecapi.

Saya ingin memberi sedikit maklumat bahawa pasa peserta harus melihat diri mereka pada jarak masa 1-3 tahun kerana perubahan cara mengurus dan cara perlaksanaan operasi perniagaan anda mungkin akan melalui perubahan 180 % atau mungkin juga 360% dan hasilkan bakal dikecapi didalam berberapa jarak masa.

Pepatah ada menyatakan bahawa “Rome was not built in a day” amat ketara kebenarannya kerana perniagaan memerlukan masa untuk mencapai satu evolusi sebelum mencapai kejayaan, namun terdapat ramai cerita derita yang sering kita dengar dialam surat khabar mahupun didalam laman media sosial yang segelintir usahawan bumiputera terjebak didalam skim cepat kaya dan juga terjebak dengan angkara pelaburan didalam perniagaan yang bukan menjadi bidang pengetahuan mereka dengan hanya menjadi sleeping partner.

Fenomena perubahan ini juga memberikan satu rangsangan peribadi kepada diri saya sendiri untuk terus mengharungi dunia perniagaan dengan lebih positif, kreatif dan inovatif demi untuk bersaingan dengan lebih efektif.

Berbalik kepada isu dan sikap usahawan Melayu atau Bumiputera yang sering saya lihat, saya berpendapat bahawa ramai yang tidak ingin bersusah payah dan apabila ada sesuatu iklan perniagaan baru yang menceritakan keuntungan yang cepat, maka ramai yang akan terus melabur tanpa mengkaji asal usul pemilik, susur galur perniagaan serta perancangan masa depan dan segelintir manusia lebih tertarik dengan keuntungan dan pulangan yang di gembar gemburkan sehingga mengaburi mata mereka.

Natijah yang dapat kita pelajari ialah, perniagaan ini merupakan satu proses yang harus dilalui oleh setiap usahawan dan kejayaan sesuatu perniagaan amat bergantung kepada diri individu itu sendiri di dalam melayari bahtera entiti perniagaan mereka.

Tamadun perniagaan Melayu dan Bumiputera telah lama bertapak sejak zaman sebelum Parameswara datang ke Tanah Melayu tetapi disebabkan program pecah dan perintah para penjajah, maka ramai warga bumiputera dan Melayu mulai senang dan leka dengan “program makan gaji”, dan berlakulah evolusi pemikiran dari tamadun perniagaan kepada tamadun makan gaji.

Jadi, marilah kita sama sama mengorak langkah demi mengembalikan semula kegemilangan tamadun keushawanan ini. Berkat doa dan usaha, insyaAllah kita pasti berjaya.

Azad Jasmi
10.31 am, 15 Julai
Ipoh Perak

Total
46
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge