Projek menjadi jurulatih perniagaanUntuk maklumat semua pembaca, saya sedang mencari rakan-rakan usahawan yang berminat untuk menyumbang kemahiran dan pengalaman mereka dengan menjadi jurulatih perniagaan.

Keperluan terhadap jurulatih perniagaan di negara kita semakin tinggi kerana jumlah mereka yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan semakin hari semakin bertambah.

Perasaan fobia golongan tua terhadap anak-anak mereka yang memilih jalan menjadi usahawan sebagai cara menyara kehidupan mereka sudah agak berkurangan.

Galakan dari kerajaan juga membuatkan keusahawanan menjadi salah satu kerjaya yang amat diminati di kalangan muda mudi. Di mana-mana saja kita lihat orang bercerita tentang perniagaan. Tak kira perniagaan secara konvensional offline, maupun perniagaan terkini secara online di internet.

Perubahan masyarakat kita terutamanya orang Melayu, dalam menerima keusahawanan sebagai satu budaya nampaknya semakin meningkat. Hasilnya ramai orang terjun untuk berniaga.

Kenapa anda perlu menjadi jurulatih perniagaan

Keghairahan orang ramai terjun menjalankan perniagaan tanpa adanya bimbingan daripada rakan atau mentor yang berpengalaman membuatkan jumlah yang menghadapi masalah dalam perniagaan mereka juga bertambah.

Jika anda merupakan seorang usahawan yang tulin, anda tentu tahu dan akui bahawa bukannya mudah untuk berjaya dalam perniagaan. Banyak simpang siurnya, banyak cabarannya sebelum usahawan mampu muncul ke permukaan.

Oleh itu, jika kita mahu anak bangsa kita tidak membuat terlalu banyak kesilapan sepanjang melayari dunia keusahawanan, kita perlu tampil ke depan untuk menjadi jurulatih perniagaan.

Saya dah mulakan dan sudah merangka semua modul yang lengkap dari mula sampai habis untuk menjayakan sesebuah perniagaan.

Modul yang saya sediakan menjangkau sehingga ke tahap menjadikan perniagaan seseorang itu autopilot dan mampu membebaskan usahawan daripada terperangkap di dalam perniagaannya.

Perniagaan yang autopilot jika kita berjaya merealisasikannya mempunyai nilai yang tinggi. Siapa saja yang ada duit sanggup untuk membeli sebuah perniagaan yang autopilot kerana perniagaan sebegitu tidak bergantung pada taukehnya untuk hidup.

Bagaimana anda boleh menjadi jurulatih perniagaan

Apa yang saya cuba tawarkan di sini adalah satu kerjasama di peringkat nasional untuk menghimpunkan para usahawan yang telah berjaya untuk turut sama membantu para usahawan lain yang masih bertatih dengan seribu satu masalah. Marilah kita bantu mereka dengan menyertai saya menjadi jurupatih perniagaan.

Berikut saya senaraikan kriteria usahawan yang sedang saya cari untuk projek kerjasama menjadi jurulatih perniagaan yang saya sedang bina:

  1. Anda mestilah seorang usahawan yang berpengalaman menjalankan perniagaan melebihi 7 tahun.
  2. Anda mestilah seorang yang suka mencari ilmu dan suka membaca untuk menambah pengetahuan dalam dunia keusahawanan.
  3. Anda mestilah berumur antara 35 ke 50 tahun.
  4. Perniagaan anda mestilah melebihi jualan RM1 juta setahun.
  5. Perniagaan anda mampu menyara kehidupan anda dan anda ada masa sedikit terluang untuk turut sama menjayakan usaha membina kumpulan jurulatih perniagaan ini.
  6. Bersemangat tinggi untuk melihat lebih ramai usahawan kita berjaya.
  7. Mampu berkomunikasi dengan baik. Jika anda ada masalah public speaking, kita akan merangka program latihan bagi mengatasi masalah tersebut bersama-sama.

Adalah diharapkan saya dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya seorang usahawan dalam setiap negeri termasuklah Sabah dan Sarawak.

Jangan risau jika anda tak ada pengalaman menjadi jurulatih perniagaan. Saya akan latih anda sampai mahir dengan menggunakan modul-modul yang telah dirangka.

Idea penambah baikan dialu-alukan daripada semua yang berminat dan perjumpaan akan diadakan sebulan sekali untuk latihan, merangka strategi operasi dan juga pemasaran serta membina kerjasama kumpulan.

Saya berfikiran terbuka ke atas apa saja cadangan, asalkan projek ini berjaya dan mampu menjadikan projek menjadi jurulatih perniagaan kita berkembang dan menjadi salah satu penyedia perkhidmatan bimbingan perniagaan terbaik di Malaysia.

Jika anda memenuhi semua kriteria yang saya sebutkan di atas dan berminat untuk turut bersama saya menjayakan projek menjadi jurulatih perniagaan ini, sila daftarkan diri di link ini.

Insyaallah saya akan hubungi anda untuk kita bersuai kenal dan mula merangka perjumpaan demi perjumpaan. Di samping berbincang tentang perniagaan kita masing-masing dan bagaimana dapat dimantapkan perniagaan yang sedang kita jalankan, kita juga akan berbincang bagaimana kerjasama projek menjadi jurulatih bimbingan perniagaan ini dapat dilaksanakan.

Segala minat dan kerjasama anda saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih. Saya tak pasti samada projek menjadi jurulatih perniagaan ini mendapat sambutan atau tidak, hanya Allah sahaja yang menentukannya. Sekurang-kurangnya saya dah lontarkan idea ini, sama-samalah kita lihat bagaimana perkembangannya nanti.

Total
3
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

4 comments

  1. Salam Bihi
    Tahniah sahabat atas pencapaian.
    Boleh minta panduan untuk memulakan perniagaan.
    Actually. .kenal pasti perniagaan yg sesuai.
    Marhassan

  2. kawe tak ada semua kriteria tu

    payah nak jumpa idea dan usaha untuk menjadikan orang lain berjaya
    biasanya mahu berjaya sorang2 je

    tahniah dan semoga berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge