Punca kenapa perniagaan tak jalanKebelakangan ini saya didatangi oleh ramai usahawan yang buntu mencari punca kenapa perniagaan tak jalan. Ada yang dah menjalankan perniagaan selama beberapa bulan, ada yang dah setahun dan ada juga yang telah melebihi setahun.

Semuanya menghadapi masalah yang sama yang mencabar kesabaran dan meletihkan minda serta stamina keusahawanan. Saya yakin jumlah usahawan yang sedang menghadapi masalah yang sama seperti mereka bukanlah sedikit.

Apa yang perlu dilakukan jika anda juga sedang menghadapi masalah perniagaan tak jalan. Secara jujurnya saya tidak ada jalan penyelesaian yang tepat untuk membantu anda selain daripada anda sendiri yang perlu selesaikannya.

Apa yang boleh saya kongsikan di sini hanyalah satu kaedah umum bagaimana punca kenapa perniagaan tak jalan dapat dikenal pasti dan seterusnya mengorak langkah membetulkan kesilapan tersebut.

Punca utama perniagaan tak jalan

Langkah awal yang anda boleh lakukan apabila menghadapi masalah perniagaan tak jalan adalah dengan kembali kepada asas. Ikut petua orang tua-tua, kalau sesat perjalanan, kembalilah ke pangkal jalan. Ertinya patah balik ke titik awal di mana perniagaan tersebut hendak dijalankan.

Cuba jawab soalan kenapa anda jalankan perniagaan tersebut. Tentu ada berbagai jawapan yang munasabah yang membuatkan perniagaan itu muncul di dalam benak kepala. Antaranya adalah:

  1. Kerana anda suka produk yang anda sedang jual itu.
  2. Kerana anda lihat ramai orang yang telah berjaya menjual produk yang sama. Atau kerana anda lihat ada banyak perniagaan yang sama telah berjaya.
  3. Kerana itulah produk yang paling mudah yang ditawarkan pada saya untuk memulakan perniagaan.
  4. Kerana saya ada pengalaman dalam perniagaan tersebut.
  5. Kerana sumber yang ada seperti kewangan, kemahiran dan lain-lain seumpamanya membuatkan itu saja perniagaan yang sesuai untuk dijalankan.
  6. Kerana saya lihat ada ruang kosong yang masih belum dipenuhi dalam perniagaan itu.

Ada banyak lagi sebab yang anda sendirilah tahu jawapannya kenapa perniagaan itu menjadi pilihan.

Dalam kesemua jawapan di atas, alasan yang terakhir (no 6) merupakan alasan yang paling mantap yang perlu ada yang boleh dijadikan landasan yang betul untuk memulakan sebarang perniagaan.

Apakah anda mempunyai alasan tersebut. Apakah anda sudah kenal pasti ruang kosong yang boleh dipenuhi untuk memulakan perniagaan yang sedang dijalankan?

Tiada sebarang masalah yang diselesaikan jadi punca perniagaan tak jalan

Dalam semua bengkel perniagaan yang saya jalankan, asas paling penting ini tidak pernah dilupakan untuk diberikan penekanan. Ini kerana saya yakin ianya adalah asas paling utama yang membolehkan sesebuah perniagaan itu dicuba dan dapat diwujudkan.

Tidak kan wujud perniagaan, jika tidak ada satupun tawaran untuk menyelesaikan sebarang masalah. Malah orang yang terjun membuka sebarang perniagaan yang tidak menyelesaikan sebarang masalah hanya akan mencipta satu masalah baru pada dirinya sendiri.

Sebab itu wujudnya syarikat perunding perniagaan, sebab itu wujud perniagaan Business Coaching, sebab itu tawaran daripada Dr Azizan Osman mendapat permintaan yang amat tinggi. Semuanya berpunca daripada orang yang tidak menyelesaikan sebarang masalah cuba membuka perniagaan.

Anda sendiri tahu punca perniagaan tak jalan

Jika anda mahu jimatkan masa dan tenaga meneruskan perniagaan yang tak jalan, pastikan anda berhenti sejenak untuk menjawab soalan ini,

“Kepada siapa aku sasarkan tawaran perniagaan ini?, apakah masalah yang perniagaan aku selesaikan untuknya?”

Apakah anda jawapannya?

Kadangkala, mencari jawapan kepada persoalan di atas berseorangan adalah terlalu sukar. Ini disebabkan pemikiran anda sering terganggu dengan banyak pengalaman yang tidak dapat membantu anda berfikir diluar kotak.

Oleh itu cuba dapatkan bantuan daripada mereka yang berpengalaman. Jangan kemut duit untuk memberikan sedikit ganjaran pada mereka yang anda rasa dapat memberikan bantuan itu pada anda.

Sediakan satu suasana yang selesa ketika aktiviti memerah otak mencari jawapan kepada persoalan tersebut dijalankan. Dan jangan tolak sebarang saranan yang dikemukakan walaupun anda rasa lucu dan bodoh. Kekalkan diri dalam keadaan berfikiran terbuka sehingga tamat sesi memerah otak.

Mencari punca perniagaan tak jalan

Saya mahu cuba membantu mereka yang sedang menghadapi masalah mencari punca perniagaan tak jalan dan mahu menggunakan teknik kembali pada asas dengan menjawab persoalan yang saya berikan di atas.

Insyaallah jika ada seramai 6 orang yang sedang menghadapi masalah yang sama dan mahu mengadakan satu sesi memerah otak bersama saya secara serentak, boleh kita aturkan satu hari yang sesuai di bilik latihan di pejabat saya di Shah Alam.

Kita akan berkumpul bersama-sama dengan satu matlamat untuk mencari jawapan kepada persoalan asas memulakan perniagaan. Matlamat kita adalah untuk pastikan setiap usahawan yang menyertainya, pulang dengan membawa satu jawapan mantap kepada masalah yang perniagaannya bakal selesaikan.

Bagaimana anda boleh sertai sesi perah otak mencari punca perniagaan tak jalan

Sesi ini saya buka kepada siapa saja yang sedang hadapi masalah yang sama dalam perniagaan mereka. Jika anda berminat, bayaran yang dikenakan adalah berjumlah RM100 sahaja. Bayaran adalah untuk kos makan minum, pengurusan, persediaan bilik dan lain-lain yang diperlukan dalam sesi perah otak itu nanti.

Apa yang anda perlu buat hanyalah mendaftarkan diri di bawah. Insyallah saya akan hubungi semua yang mendafar bila dah cukup 6 orang untuk menetapkan tarikhnya.

Klik di sini untuk mendaftar sebagai salah seorang peserta perah otak mencari jawapan kenapa perniagaan tak jalan.

 

Total
3
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge