bengkel ditundaAtas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, Bengkel Menilai Potensi Perniagaan yang akan di adakan pada hari sabtu, 22hb March 2014 nanti terpaksa ditunda ke minggu yang berikutnya iaitu pada 29hb March 2014

Bengkel 22hb March 2014, terpaksa di tunda ke 29hb March 2014

Pada 22hb March 2014, saya terpaksa menjalankan bengkel di Perak bersama dengan para usahawan dalam industri automotif yang mana, hanya pada hari tersebut sahaja mereka dapat mengumpulkan para peserta untuk mengikuti bengkel menilai potensi perniagaan workshop masing-masing.

Bengkel menilai potensi perniagaan yang akan diadakan di Perak khas hanya untuk usahawan yang menjalankan perniagaan workshop sahaja. Insyaallah saya akan cuba kongsikan sedikit ilmu bersama mereka di sana nanti. Doakan saya dan semua peserta bengkel di sana nanti berjaya, Insyaallah!.

Perhatian pada peserta bengkel 22hb March yang dah bayar

Untuk mereka yang telah membuat pembayaran bagi penyertaan bengkel pada 22hb March 2014 nanti, saya mohon kerja sama anda semua untuk menjadualkan semula tarikh bengkel kepada 29hb March 2014.

Jika ada yang dah membayar tetapi tidak dapat membuat penjadual ke 29hb March, anda ada dua pilihan:

  1. Tangguhkan untuk bengkel yang akan datang – Insyaallah bengkel selanjutnya akan diumumkan dan anda bebas memilih untuk menyertai bengkel pada hari yang akan diberitahu nanti.
  2. Menuntut semula wang yang telah dibuat – Sila berikan nombor akaun anda dan jumlah bayaran untuk dipulangkan semula wang pembayaran tersebut.

Insyaallah satu email susulan akan dihantar pada semua yang telah mendaftar.

Semua kesulitan yang telah berlaku ini saya mohon ampun dan maaf.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge