maklumat perniagaan dalam rancangan perniagaanDalam sesebuah rancangan perniagaan yang disediakan, setelah dimulai dengan ringkasan eksekutif, bahagian keduanya pula adalah berkenaan ‘Maklumat Perniagaan’. Iaitu butiran berkenaan perniagaan yang akan atau sedang dijalankan.

Bahagian maklumat perniagaan ini biasanya mengandungi maklumat umum berkenaan syarikat dan juga perniagaan kita.

Berikut apa yang perlu dinyatakan dalam bahagian maklumat perniagaan di dalam sesebuah kertas kerja rancangan perniagaan yang kita sediakan:

  1. Nama syarikat anda.
    • Sebagai contoh seperti ABC Sdn Bhd ataupun Syarikat ABC Enterprise. Boleh sahaja samada syarikat entreprise ataupun sdn bhd. Ia bergantung pada jenis pinjaman yang mahu dibuat dan kepada siapa injaman perniagaan tersebut dipohon.
    • Jika anda masih belum ada mendaftarkan sebarang syarikat, isikan sahaja ruang nama syarikat dan lain-lain sebagai “akan didaftarkan”.
    • Biasanya institusi perbankan mahu anda punyai syarikat terlebih dulu sebelum membuat pinjaman. Namun begitu, ada juga agensi bangtuan kerajaan seperti PUNB, Tekun dan sebagainya hanya mahu melihat kertas cadangan rancangan perniagaan yang baik sahaja dan menubuhkan syarikat ketika proses permohonan dilakukan.
  2. Nombor pendaftaran syarikat. Kesemua syarikat yang didaftarkan mesti ada nombor pendaftarannya samada ianya syarikat entreprise ataupun Sdn Bhd. Sebagai contoh nombor pendaftaran syarikat sdn bhd adalah seperti 123432-A
  3. Tarikh didaftarkan syarikat. Masukkan juga maklumat bilakan tarikh syarikat anda didaftarkan. maklumat ini juga boleh didapati pada sijil pendaftaran syarikat anda.
  4. Alamat perhubungan syarikat. Anda perlu masukkan alamat surat menyurat syarikat anda dan juga nombor telefon dan juga fax. Jika syarikat belum ada, masukkan saja alamat perhubungan anda sendiri di ruang itu.
  5. Nama pegawai perhubungan. Letakkan nama pegawai yang perlu dihubungi di syarikat anda jika ada sebarang urusan. Biasanya anda boleh letakkan nama anda sendiri sebagai pegawai yang boleh dihubungi.
  6. Ceritakan sejarah perjalanan syarikat. Berikan maklumat bagaimana terbentuknya syarikat anda dan apakah perniagaan yang dimulakan serta apakah perubahan dan pertukaran dari segi bisnes, pemilikan dan sebagainya sehingga kepada keadaan semasa.
  7. Apakah aktiviti utama syarikat. Ceritakan aktiviti perniagaan yang syarikat anda jalankan satu persatu jika ada. Contohnya aadalah seperti peruncitan, pengankutan, perladangan dan sebagainya. Jika anda belum berniaga, tuliskan juga apakah aktiviti yang bakal dijalankan dan tambah perkataan akan ditubuhkan. Anda boleh gabungkan bahagian ini bersama dengan butiran no 6 di atas.
  8. Senarai pemegang saham.
    • Anda boleh buat dalam bentuk jadual untuk mengisi maklumat pemegang saham yang ada bagi syarikat jenis sdn bhd. Nyatakan nama serta nombor pengenalan dan peratusan saham yang dipegang masing-masing. Masukkan juga jawatan yang dipegang dalam syarikat.
    • Jika syarikat anda adalah syarikat persendirian (enterprise) milik anda sendiri masukkan hanya nama sahaja sebagaimana yang ada dalam sijil pendaftaran.
    • Jika anda berkongsi dengan kawan masukkan nama serta butiran peribadi lain dan juga jawatan dalam syarikat.
    • Bagi syarikat sdn bhd di mana salah satu pemegang sahamnya adalah sebuah syarikat yang lain. Masukkan juga maklumat terperinci akan syarikat tersebut seperti siapa pengarahnya, pemegang sahamnya dan peratusan pemegangan saham mereka.
  9. Berikan maklumat prestasi perniagaan yang lalu jika ada. Biasanya syarikat sdn bhd mempunyai laporan audit setiap tahun. Masukkan ringkasan hasil jualan syarikat setiap tahun dan nyakan jumlah untung dan rugi syarikat yang lalu. Nyatakan juga jumlah liabiliti dan syarikat serta perubahannya setiap tahun.
  10. Maklumat pinjaman yang sedang berjalan. Jika syarikat ada membuat pinjaman dan sedang membuat pembayarannya sekarang, berikan maklumat mengenai pinjaman tersebut seperti berapa jumlahnya, daripada institusi mana dan status pembayaran.
  11. Lampiran. Serta semua lampiran bagi maklumat yang anda sebutkan diatas. Ianya termasuklah borang 24, borang 49 dan sijil-sijil lain jika ada. Masukkan juga penyata bank anda sekrang-kurang 6 bulan terkini. Lampirkan sekali M&A jika syarikat jenis sdn bhd.

Begitulah lebih kurang apa yang perlu dibuat dalam bahagian kedua, iaitu maklumat perniagaan, sesebuah kertas kerja rancangan perniagaan anda. Jangan terlalu risau akan bentuk laporan yang perlu anda pilih, yang pentingnya kesemua maklumat yang disebutkan di atas ada tercatiti dengan jelas dan terperinci.

“Jika anda mahu khidmat daftar syarikat terbaik, gunakan perkhidmatan AZAMACC SERVICES atau telefon terus kepada En Moazam 016-6655659 “

Anda boleh juga gunakan tajuk utama yang saya senaraikan di atas dan mengisi maklumatnya di bawah satu persatu. Moga maklumat ini dapat membantu anda menyediakan maklumat perniagaan dalam rancangan perniagaan anda.

 

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

    1. apa saja perniagaan boleh dan perlu didaftarkan perniagaan kita ikut undang-undang dan lebih mudah jika mahu buat pinjaman. Kalau nak daftar syarikat boleh guna khidmat syarikat saya Azamacc Services Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge