menyediakan maklumat pengurusan dalam rancangan perniagaanSetelah menyediakan Maklumat Perniagaan dengan selengkapnya, usahawan perlu pula menyediakan maklumat berkenaan pengurusan dan dalam rancangan perniagaan.

Dalam bahagian pengurusan ini ada dua perkara penting yang perlu dinyatakan:

  1. Senarai lengkap orang-orang yang penting dan jawatan mereka dalam kumpulan pengurusan syarikat. Berikan maklumat mereka yang bertanggung jawab menguruskan syarikat berserta dengan kelulusan dan pengalaman masing-masing.
  2. Carta organisasi syarikat yang merangkumi semua aktiviti perniagaan syarikat. Samada anda sebuah syarikat yang kecil atau sebuah syarikat besar, sertakan juga carta organisasi yang menggambarkan aktiviti perniagaan anda.

Bagaimana menyediakan senarai setiap ahli pengurusan

Anda perlu sediakan senarai dalam bentuk yang mudah di baca dan bukannya dalam bentuk karangan. Samada ianya disediakan dalam bentuk jadual atau dalam bentuk lain, anda perlu nyatakan maklumat berikut untuk setiap ahli pengurusan syarikat:

  1. Nama dan nombor kad pengenalan
  2. Tarikh lahir dan umur
  3. Kelayakan akedemik
  4. Pengalaman kerjaya dan juga kepakaran
  5. Jawatan yang dipegang dalam syarikat
  6. Tempoh jawatan dipegang
  7. Tugas dan tanggung jawabnya dalam syarikat

Setiap ahli pengurusan yang disenaraikan seperti di atas perlulah dilampirkan bersama segala sijil dan bukti untuk menyokokng kesahihannya.

Bagaimana menyediakan senarai ahli lembaga pengarah

Jika syarikat yang dijalankan merupakan sebuah syarikat Sdn Bhd, ia memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang ahli lembaga pengarah. Ada syarikat yang mempunyai lebih ramai lagi ahli lembaga pengarah dan ahli pengurusan tidak semestinya merupakan lembaga pengarah.

Anda perlulah menyediakan senarai ahli lembaga pengarah ini berasingan daripada senarai pengurusan syariakt yang telah disebutkan di atas. Masukkan maklumat berikut ke dalam setiap ahli lembaga pengarah:

  1. Nama penuh dan nombor kad pengenalan
  2. Umur dan tarikh lahir
  3. Latar belakang
  4. Jawatan dalam lembaga pengarah atau jawatan dalam pengurusan utama

Perlu disertakan juga biodata lengkap semua ahli lembaga pengarah syarikat dan sertakan juga segala dokumen sokongan.

Jika syarikat bukan adalah perkongsian biasa, anda perlu gantikan senarai maklumat ahli lembaga pengarah syarikat kepada senarai maklumat pemilik dan juga rakan kongsi.

Pastikan salinan kad pengenalan semua ahli lembaga pengarah atau pemilik dan rakan kongsi turut disertakan bersama sebagai rujukan untuk mempermudahkan pihak bank atau lain-lain pihak mempercayai ketulusan kita.

Bagaimana menyediakan carta organisasi

Ada orang anggap kalau perniagaan entreprise yang dikongsikan oleh suami dan isteri tak perlu ada carta organisasi. Itu memang tak salah, tetapi ada banyak kelebihan untuk kita memikirkan carta organisasi dan menyediakannya agar perniagaan lebih berdisiplin dan tersusun.

Kebiasaannya, satu carta organisasi dalam sesebuah perniagaan mesti ada perkara berikut:

  1. Ketua yang mengetua keseluruhan perjalanan syarikat. Anda boleh namakannya apa saja samada Taukeh Besar, Pengarah Urusan, CEO atau lain-lain. Dia mestilah duduk diatas sekali dan mengetuai kesemua orang yang ada di bawahnya.
  2. Empat cabang pengurusan atau jabatan yang masing-masing ada ketuanya:
    1. Operasi
    2. Pemasaran dan jualan
    3. Kewangan
    4. Sumber manusia

Masukkan nama orang yang bertanggung jawab mengetuai jabatan atau pengurusan masing-masing. Tidak salah jika anda mengisikan semua jawatan yang saya senaraikan di atas nama anda dan rakan kongsi sahaja.

sumber gambar

Total
1
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. Lazimnya, peniaga hanya memikirkan produk dan pelanggan. sampai masa,bisnes langgar dinding. Entri pengurusan seperti yang Tuan terangkan amat berharga dan berguna kepada usahawan yang ingin maju kehadapan. Terima kasih berkongsi.
    ahmad azhari recently posted…Proses BerangkaiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge