Bagaimana menyediakan ringkasan eksekutifIni adalah lanjutan siri Rancangan Perniagaan yang telah ditulis sebelum ini secara umum. Bermula dari sini, saya akan cuba terangkan pula satu demi satu setiap bahagian yang ada di dalam rancangan perniagaan untuk memudahkan mereka yang mahu menyediakan rancangan perniagaan buat mendapatkan pinjaman atau suntikan dana.

Dalam setiap rancangan perniagaan, bahagian Ringkasan Eksekutif kita letakkan pada bahagian mula sekali selepas muka kulit setiap rancangan perniagaan kita.

Tetapi untuk menyediakan ringkasan eksekutif pula kita perlu menghabiskan terlebih dahulu keseluruhan rancangan perniagaan tersebut. Bermakna ringkasan eksekutif ini adalah bahagian paling akhir sekali yang kita sediakan dalam sesebuah rancangan perniagaan.

Isi kandungan ringkasan eksekutif

Perlu diingat bahawa ringkasan eksekutif mempunyai matlamat untuk membuatkan pembaca atau orang yang berkepentingan mendapatkan penjelasan awal terhadap racangan perniagaan kita.

Jika kita berjaya menyediakan ringkasan eksekutif yang menarik dan hebat, kemungkinan pembaca meneruskan untuk membuka lembaran di dalamnya bagi mengetahui secara lebih lanjut adalah tinggi. Itulah yang kita kehendaki.

Berikut adalah perkara-perkara yang kita perlu muatkan di dalam ringkasan eksekutif secara ringkas dan padat:

  1. Tujuan laporan disediakan – Perlu dinyatakan di sini apakah tujuan kita menyediakan rancangan perniagaan itu. Apakah ianya untuk mendapatkan suntikan modal tambahan atau untuk mendapatkan modal permulaan. Mungkin juga kita mahu mengajak pelabur atau rakan kongsi baru yang mempunyai wang atau kepakaran yang dapat membantu perniagaan kita.
  2. Ringkasan yang padat berkenaan:
    1. Perniagaan yang dijalankan – Nyatakan secara ringkas berkenaan perniagaan anda
    2. Usahawan atau diri anda sendiri – Terangkan secara ringkas berkenaan diri dan kelebihan anda
    3. Rakan kongsi, jika ada – Terangkan secara ringkas berkenaan rakan-rakan kongsi dan kelebihan yang mereka ada.
    4. Senarai pengurusan kanan syarikat – Terangkan dengan ringkas pengurusan kanan sayarikat serta pengalaman mereka.
  3. Produk atau perkhidmatan – Berikan maklumat yang ringkas dan padat berkenaan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan anda. Nyatakan kelebihan atau keunikannya.
  4. Strategi pemasaran – Berikan ringkasan menyentuh strategi pemasaran anda yang mampu menjayakan perniagaan tersebut.
  5. Kos projek – Nyatakan secara umum kos keseluruhan projek dan bagaimanakah anda mahu dapatkannya
  6. Prestasi kewangan – Berikan maklumat ringkas terhadap unjuran kewangan yang baka dijana oelh perniagaan tersebut.

Daripada rangka perkara yang perlu ada di dalam ringkasan eksekutif di atas, jelas bahawa anda hanya boleh dapatkan segala maklumat tersebut hanya setelah keseluruhan rancangan perniagaan anda disiapkan.

Selepas ini saya akan terangkan pula bagaimana menyediakan bahagian Maklumat Perniagaan di dalam sesebuah Rancangan Perniagaan anda.

Anda boleh juga membaca maklumat lanjut berkenaan ringkasan eksekutif daripada sumber gambar yang saya ambil di sini.

Total
44
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. Terima kasih saudara. post ini sangat membantu saya dalam pembelajaran. InshaAllah saya akan cuba mengaplikasikan ke dalam Rancangan Perniagaan yang akan saya buat sendiri bagi memajukan perniagaan saya. semoga maju jaya.

  2. Terima kasih Tuan penulis. Perkongsian yang cukup padat dengan perincian teknik yang pasti memberi kesan.

    Sekadar berkongsi pengalaman saya dalam bidang perniagaan. Saya bermula dengan senaskah ‘Kertas Kerja’ lalu saya terpilih ke rancangan TV Sejuta Impian. Saya mulakan nafas niaga saya dari perolehan Dana Belia tersebut.

    Tidak dapat dinafikan impak Kertas Kerja didalam arena niaga. Tak kira samada untuk tujuan permohonan Geran, Pinjaman, mohon projek mahupun sebagai sumber rujukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge