durian mahalHarga durian mahal sekarang !

Jom boikot dari beli buah durian.

Itu mesej yang saya tengok sedang berlegar dalam banyak kumpulan whatsapp sekarang.

Mesej itu ajak seluruh penggemar buah durian tahan diri dari makan buah durian untuk selama 2 bulan.

Dengan berbuat demikian, adalah diharapkan penjual buah durian akan turunkan harga sebab longgokan buah durian akan banyak dalam pasaran.

Mungkin anda juga dapat mesej yang sama macam kat bawah ini

Harga durian mahal, jom boikot

fwdkan pada semua grup WhatsApp agar semua rakyat sama-sama boleh mampu menikmati kembali kelazatan durian mcm dulu…pada harga yg munasabah.

Sekarang ni harga durian dijual pada harga yang amat tidak munasabah lansung. Sekilo durian kampung yg nipis isinya pun mencecah RM20 sekilo.

Tiga tahun lepas, kalau RM 15 sekilo pun dah mahal utk D24. masa tu durian kampung masih dapat RM20 selonggok 3 biji dan paling mahal pun RM25 sekilo utk musang king.

Malangnya sekarang penjual letak harga RM 30 – RM40 sekilogram pun ada orang beli.

Selagi ada yang beli, selagi tu penjual letak harga mahal. Mari kita sama2 boikot durian utk 2 bulan saja, tentu harga akan jatuh sebab longgokkan akan banyak dan penjual terpaksa menjual dengan harga murah macam dulu.

Setakat tahan tak makan sebulan tak akan mudaratkan kita sebagai pengguna. Tapi, penjual akan kerugian sebab durian akan rosak kalau tak laku.

Mari semua rakyat Malaysia BOIKOT durian yg terlampau mahal.

Kita yg tentukan harganya.

Musang King sepatutnya paling mahal RM25 sahaja.

VIRALkan ..mulai hari ni JOOOOMMM boikot durian mahal sepanjang Sept!!

[fwd dr grup durian lovers]

Sebab apa durian mahal

Seperti mana yang disebut dalam mesej kat atas tu, memang betul.

Selagi ada permintaan untuk beli buah durian, selagi itu penjual akan dapat tentukan harganya.

Dari segi teori ekonomi, bila permintaan melebihi bekalan, maka potensi harga durian meningkat tidak dapat dielakkan.

Perkara utama yang perlu dilihat sekarang adalah dari mana datangnya kenaikan permintaan terhadap buah durian ini.

Permintaannya datang bukan hanya dari rakyat Malaysia.

Buah durian negara kita dihantar keluar ke Singapura. Dan paling terkini, buah durian negara kita juga mendapat permintaan yang tinggi dari rakyat negara China.

Malah rakyat dan peniaga buah durian di Singapura juga merungut sebab terpaksa berebut bekalan buah durian dari Malaysia yang tidak semewah dulu. Mereka terpaksa akur bahawa pasaran dari rakyat negara China lebih menarik untuk pembekal buah durian di Malaysia.

Bayangkan jumlah rakyat negara China yang mencecah 1/3 daripada penduduk dunia itu. Kalau semua buah durian dihantar ke negara Chinapun masih tak cukup untuk penuhi permintaan. Harganya tetap akan kekal mahal sebab masih tak mencukupi.

Dengan andanya kemudahan logistik zaman sekarang, masalah penghantaran sudah tidak menjadi kekangan lagi.

Musim buah durian yang tidak serentak dari Johor hingga ke Perlis juga jadi satu lagi faktor buah durian tidak berlebihan dalam satu-satu masa.

Semua faktor itu membuatkan bekalan sentiasa kurang dari permintaan.

Rebut peluang buah durian mahal

Pemikiran yang lebih betul dalam keadaan permintaan buah durian yang tinggi dengan harga yang amat baik sekarang adalah dengan merebut peluang perniagaan yang wujud.

Kalau ada tanah kat kampung, boleh pertimbangkan untuk tanam buah durian.

Boleh mula ceburkan diri dalam industri pertanian dengan tanam buah durian.

Permintaan yang datang dari negara China sudah tentu tidak akan berkurangan dalam tempoh 5 ke 10 tahun dari sekarang.

Jadi masih ada masa untuk pertimbangkan idea buat estet buah durian sekarang.

Gesaan untuk boikot buah durian tidak akan mendatangkan kesan terhadap harga buah durian yang hanya menurut pasaran bebas buah durian yang dah terbuka luas ke peringkat antara bangsa sekarang.

Total
64
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. harga durian mahal. saya pernah dengar seorang peniaga ladang bercerita bahawa durian sebenarnya kekurangan stok. permintaannya tinggi terutamanya macam tuan subhi cakap; daripada negara china and sweden sometime. ini cerita dia kepada saya.

    yang lebih menarik marketing mereka ini, ada warga china yang datang ke malaysia setiap musim durian untuk makan durian. mana lagi nak menampung permintaan seluruh bangsa malaysia yang memang meminati durian.

    thats why sesapa yang involve dalam pertanian disarankan mengambil peluang untuk menanam durian atau menanam tanaman lain seperti nangka atau apa. biar boleh dipasarkan bersama-sama dengan durian.

    apa yang saya tahu.

    cuba berbisnes dalam bidang itu, rasanya lambat lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge