Morning Coffee On Cafe Table In The SunUntuk menerangkan kewujudan sebuah perniagaan sebenarnya agak mudah sekali. Kita boleh buat satu ringkasan mudah sebuah perniagaan yang nampaknya macam senang.

Walaupun cakapnya mudah, dan untuk menjayakannya adalah sukar dan penuh dengan cabaran, tetapi, keupayaan untuk membuat satu ringkasan mudah sebuah perniagaan yang anda sedang jalankan amat perlu supaya anda jelas dengan apa yang sedang dilakukan.

Oleh itu mari kita buat ringkasan mudah sebuah perniagaan kat sini.

Kemudiannya, masing-masing boleh kembangkannya kepada perniagaan yang sedang dijalankan dan seterusnya mencari jalan untuk menterjemahkannya dalam bentuk praktikal.

Apa matlamat perniagaan ?

Walau apapun perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang, matlamat mudah yang anda perlu sasarkan adalah:

“Untuk merekrut pelanggan dan seterusnya mengekalkan mereka menjadi pelanggan anda”

Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Peter Drucker,

” The purpose of a business is to create and keep customer. “

Peter Drucker tak sebutpun sasaran perniagaan sebagai ‘untuk buat untung’ atau untuk buat duit sebanyak mungkin.

Jelas bahawa keuntungan bukanlah sasaran utama sebuah perniagaan yang sedang kita jalankan.

Sebaliknya keuntungan adalah satu hasil yang anda dapat daripada aktiviti merekrut dan kekalkan pelanggan dalam jumlah yang diperlukan supaya perniagaan terus beroperasi.

Oleh itu, sebagai seorang usahawan, anda perlu cari jalan bagaimana nak merekrut pelanggan dan kekalkan mereka terus jadi pelanggan dengan kos yang amat cekap (atau rendah).

Macammana nak tahu perniagaan anda berjaya ?

Perniagaan anda boleh ditakrifkan sebagai berjaya apabila pelanggan anda berpuas hati dengan apa yang dia dapat dari perniagaan anda.

Tak kisah samada produk atau servis, janji dia puas hati.

Bila dah seronok maka perniagaan anda berjaya.

Oleh itu, segala usaha mesti diberikan tumpan kepada menyeronokkan pelanggan. Buatlah apa saja dengan cara yang cekap dengan kos yang cekap supaya pelanggan puas hati.

Macammana nak ukur kepuasan pelanggan ?

Ya! macam mana nak tahu bahawa pelanggan puas hati.

Bolehkah kita pergi ukur dengan pembaris sesuatu pada pelanggan yang boleh memberikan petunjuk bahawa dia puas hati?

Bawa pembaris pergi ukur senyuman pelanggan setelah dia mendapat produk atau khidmat kita ? mana boleh buat macam tu !.

Cara mudah nak tahu dan nak ukur bahawa pelangan telah berpuas hati adalah dengan melihat samada dia ulang beli produk atau tawaran kita.

Oleh itu ada dua kerja yang anda kena buat sekarang:

  1. Pujuk supaya pelanggan beli produk atau khidmat yang anda tawarkan. Bila dia beli, anda masih belum berjaya lagi.
  2. Anda perlu berusaha berikan yang terbaik supaya selepas itu dia mai beli sekali lagi. Bila dia ulang beli, maka barulah anda berjaya dan boleh yakin bahawa dia berpuas hati dengan pembelian sebelum itu.

Kejayaan sesebuah perniagaan dan syarat untuk kekalkan perniagaan anda terus wujud adalah dengan memastikan kedua-dua perkara tersebut di atas berlaku.

Untuk menjadikan kesemua itu, ia memerlukan disiplin dan konsistensi yang amat tinggi. Bukan mudah tu !!!.

Macammana nak terus kekal lama berkembang

Kalau hanya ada dua atau tiga orang pelanggan yang beli dan terus beli tak guna juga. Bila mereka menemui ajal, habislah cerita perniagaan anda. Tak gitu ?

Oleh itu, sekadar beli sekali, kemudian datang beli lagi dan ulang lagi masih tak berapa nak cukup.

Mereka mestilah bersedia untuk mencadangkan produk atau khidmat perniagaan anda pada orang lain. Selagi pelanggan tak bersedia buat begitu, perniagaan anda masih belum selamat.

Tudia ! senang cakap bukan ?

Tapi bukan senang nak buat.

Mula-mula nak yakin mereka supaya mencuba sekali beli.

Bila mereka dah lembut hati, terbuka perasaan, mereka beli sekali dan perlu pulun sungguh untuk pastikan mereka gumbira sampai mereka mai datang beli sekali lagi.

Bila mereka buat belian kedua, kena pulun lagi supaya mereka kekal puas hati macam kali pertama sebelum ini, sikitpun tak ada perubahan.

Mereka mai beli lagi untuk kali ketiga, dan masih kekal sama, macam kali pertama dan kali kedua. Barulah mereka akan yakin dan sanggup cadangkan pula pada kawan atau kenalan mereka.

Kalau palanggan yang puas hati cadangkan pada orang lain untuk jadi pelanggan perniagaan anda, maka kosnya adalah jauh lebih rendah berbanding jika anda sendiri berusaha melakukannya.

Semakin lama semakin ramai pelanggan anda, yang datang hasil dari cadangan pelanggan lama anda, dan kos perniagaan anda menjadi semakin rendah.

Keuntungan meningkat yang mana anda boleh gunakan keuntungan tersebut untuk menambahkan lagi kepuasan pelanggan, dan mereka terkezut dan terkezut lagi berpuas hati, dan mereka ulang beli dan terus cadangkan pada lebih ramai orang lagi…

Itulah ringkasan mudah untuk sebuah perniagaan… mudah cakap saja la !

Tapi kalau anda faham, maka lebih mudah untuk berusaha menjayakannya.

 

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. Salam sejahtera ,

    Terima kasih Tuan Bihi kerana memberi idea tentang ringkasan bagi sesebuah perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge