forum HR bincang bisnesUntuk maklumat para pembaca, blog ini telah membuka satu ruang forum khas yang dinamakan Forum HR untuk mereka yang suka berkomunikasi secara dua hala.

Forum ini boleh dijadikan satu ruang perbincangan sesama kita pembaca setia blog ini yang ingin berkogsikan idea, peluang, masalah dan lain-lain lagi.

Bagaimana anda boleh sertai Forum HR

Untuk membolehkan anda menggunakan ruang forum ini mudah sahaja. Anda hanya perlu mendaftarkan diri sebagai ahli dalam ruangan forum untuk melayakkan diri menjadi salah seorang peserta forum.

Saya telah menghantar maklumat terperinci bagaimana membuat pendaftaran pada semua yang telah mendaftar sebagai ahli Kelab HR.

Jika anda belum mendaftar sebagai ahli, sila email ke mohdshubhi@gmail.com untuk saya berikan password pada posting khas yang memerlukan kemasukkan pasword di sini untuk mengetahui cara mendaftar.

Bagaimana menggunakan ruang Forum HR

Jika anda masuk ke ruang Forum HR, anda boleh lihat ada sebanyak 4 tajuk utama yang disediakan khas dalam ruang forum tersebut:

  1. Jual/Beli – Ada para pembaca yang mahu mengiklankan barangan atau perkhidmatan yang mereka ada khas untuk para usahawan atau bakal usahawan yang boleh membantu pembaca blog ini berjaya dalam perniagaan masing-masing. Anda juga boleh gunakan ruang ini jika ada sesuatu yang anda cari atau untuk mendapatkan maklumat pembelian atau jualan.
  2. Peluang Niaga – Ruang ini khas untuk mereka yang ada peluang perniagaan yang mahu ditawarkan ataupun sedang mencari rakan kongsi atau sedang mencari dana bagi menjalankan perniagaan mereka. Gunakan ruang ini untuk perbincangan anda.
  3. Perbincangan terbuka – Untuk pembaca yang dah muak atau bosan dengan bisnes dan mahukan kelainan untuk membincangkan selain dari soal perniagaan, gunakan ruang ini untuk membincangkan apa saja selain dari isu perniagaan.
  4. Soal jawab perniagaan – Ini merupakan ruang khas untuk anda yang ada masalah dalam perniagaan. Kemukakan masalah anda di ruang ini dan kita bincangkan ramai-ramai bagaimana jalan penyelesaiannya.

Pilih salah satu tajuk utama di atas dan masuk ke dalamnya untuk membuka satu tajuk baru berkisar tentang tajuk utama tersebut. Pastikan perbincangan anda beradab dan berhemah melambangkan budaya usahawan yang matang dan mahu berjaya.

Pastikan anda mendaftar sebagai ahli Forum HR terlebih dahulu dengan klik di sini. Selamat berforum

Sumber gambar

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

9 comments

  1. Alhamdulilah,saya sudah mendaftar di forum ..Walaupun tak pernah jumpa Tuan Shubhi dan rakan-rakan lain disini, rasanya dah nak masuk dua tahun saya follow blog Hidup Ringkas . Imlu dan perkongsian tuan memang superb!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge