Selesaikan masalah dalam perniagaan dengan ‘excel sheet’

By | 27/02/2013
Teknik mudah selesaikan masalah dalam perniagaan

Apakah anda ada satu teknik atau cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah dalam perniagaan?.

Bagaimana anda buat perancangan atau berangan-angan terhadap perniagaan yang anda sedang jalankan?

Bagaimana pula anda selesaikan segala masalah dalam perniagaan yang sedang anda jalankan sekarang ini?

Adakan sekadar di dalam minda atau dengan melihat nombor-nombor di atas kertas yang diconteng?

Sejak hari pertama saya berniaga, saya menggunakan excel sheet untuk mengira segala kos keluar dan masuk dalam perniagaan secara terperinci.

Berikut contoh jadual yang boleh kita gunakan:

Bulan                  Jan     Feb     March     April     May     Jun     July
Duit Masuk

Jualan (RM)      100     100      100          100       100       100      100

Duit Keluar

Bahan mentah       
Petrol                      
Tol                          
Gaji Pekerja          
Bil letrik                
Bil air                     
Bil Tel                    
Sewa pejabat
Komisyen
Dll
*********************************************************
Baki
*********************************************************
Baki terhimpun
*********************************************************

Setiap kali sesuatu bulan itu berlalu, saya akan kira dan masukkan kos sebenar di dalam excel sheet tersebut di atas dan mengira keuntungan atau kerugian sebenar yang telah di alami.

Untuk bulan-bulan seterusnya yang belum berlaku, akan di masukkan jumlah anggaran atau telahan yang saya yakin boleh diperlolehi..

Dengan menggunakan excel sheet dan memasukkan formula di dalamnya. Kiraan akan berlaku secara automatik setiap kali kita membuat perubahan pada angka-angka pada kos pembolehubah.

Angka yang sering dan paling seronok saya main adalah pada hasil jualan.

Saya akan masukkan hasil jualan anggaran dan pecahkannya kepada produk-produk yang ada secara terperinci. Setelah itu kos yang bersangkutan bagi merealisasikan jualan tersebut akan di masukkan pada ruang duit keluar di bahagian bawah dan hasilnya akan kelihatan pada baki di bawah sekali.

Setiap kali ada masalah dalam perniagaan di mana baki adalah negatif (rugi) saya akan laraskan jualan dan kos-kos yang lain untuk memastikan ianya untung semula.

Bagi mereka yang memahami penggunaan excel sheet, tentu mudah untuk merangka angan-angan perniagaannya dengan membuat jadual seperti yang saya sebutkan di atas.

Kita boleh megira peratusan setiap kos yang dibelanjakan dan membandingkannya dengan pasaran semasa. Kita perlu ada kenalan dalam industri yang sama atau dapatkannya dari pembacaan untuk maklumat perbandingan. Ini cukup penting dalam menyelesaikan sebarang masalah dalam perniagaan.

Sebagai contoh, kita boleh mengira kos pekerja berbanding jualan. Jika kos yang kita dapati adalah 40% dan kos pasaran adalah 30%, menunjukkan bahawa kita mempunyai masalah dalam perniagaan kita dari segi pengurusan tenaga pekerja.

Kita mungkin ada berlebihan pekerja atau pekerja kita tidak produktif berbanding syarikat lain di dalam pasaran yang sama. Ini sesuatu yang menarik untuk dicari jalan dalam menyelesaikan masalah dalam perniagaan kita itu.

Begitu juga jika kita dapati kos bahan mentah kita adalah 30%, sedangkan pasaran kebanyakannya adalah 20%, bermakna menghadapi masalah dalam perniagaan dari segi pengurusan kos bahan mentah. Barangkali kita terlebih menggunakan bahan mentah.

Kos pasaran boleh didapati daripada jaringan kawan sesama industri. Jika kita lakukan perniagaan apapun, menjalinkan kawan yang rapat sesama pesaing amat penting untuk menyelesaikan sebarang masalah dalam perniagaan.

Ini untuk membolehkan segala maklumat industri yang kita ceburi sentiasa dikemaskini dalam minda sebagai bahan untuk perancangan kita.

Duduk menghadap excel sheet selama lebih dari dua jam sehari adalah amat melekakan. Tetapi ia banyak membantu kita berangan-angan dan merangka segala strategi yang diperlukan untuk selesaikan masalh dalam perniagaan kita dan juga untuk membesarkan perniagaan.

Ia juga merupakan tempat kita mencurahkan segala maklumat yang diperolehi daripada pasaran. Ia juga adalah wadah curahan idea atau anagan-angan kita selama setahun sehingga lima tahun akan datang.

Nota:
Jika anda mengambil program HR Biz Coaching yang saya tawarkan, ini merupakan bahan atau alat utama yang akan digunakan dalam merangka keseluruhan strategi perniagaan anda sehingga berjaya.

15 thoughts on “Selesaikan masalah dalam perniagaan dengan ‘excel sheet’

  1. Md.Noor Bin Pitchay.

    As Salam tuan , saya ada produk minyak pelincir dan kini sya bekalkan kpd 5 koperasi , 7 workshop , 4 Direct Selling company , dan 4 company yg ambil product saya dan ada yg menggunakan nama sendiri… masaalah nya banyak workshop yg berminat , tetapi semua nya nak Hutang ( consignment ) . Saya hanya maintain kpd Mereka yg hanya bayar tunai dan COD….. Utk makluman bengkel blh Jana pendapatan , Kerana margin keuntungan tinggi… berbanding myk di pasaran….. Mohan pencerahan….

    Reply
  2. Pn.amy

    Salam 1 malaysia en.subhi

    Sy skrg sdh serius menceburi bidang perniagaan. Mmg sy ada catit keluar masuk duit tp mcm mana sy nak kira untung dgn modal. 1 bln mcm mana sy nak tahu brpa keuntungan/kerugian yg sy ada. Mohom pencerahan.

    Reply
  3. lelapinky

    As salam tuan ..sya lela dari k.terengganu mnjalankan perniagaan kek secara online..tapi pngurusan akaun agak kelam kabut.. saya nk belajar bagaimana utk uruskan akaun syarikat dgn baik?..dan bagaimana utk gunakan excell sheet?..sya boleh dihubungi 01116549312.
    Terima kasih tuan.

    Reply
    1. Shubhi Post author

      Waalaikomsalam Puan Lela !, mulakan dengan mencatit semua hasil jualan sebulan, kos yang dikeluarkan setiap bulan… catit tak ?

      Reply
  4. pomen pokok ceri

    salam tuan, saya ada praktikkan benda ni time bisnes saya dulu and saya hire seorang part-time kerani utk uruskan akaun syarikat. frankly speaking, atas kertas mmg nampak cantik tp realiti apa pun xdak..apa pendapat tuan? mohon pencerahan..tq

    Reply
    1. Mohd Shubhi Post author

      kalau ada data maknanya ada cara untuk betulkan semua itu, ada banyak sebab dan kebiasannya kos sebenar tidak di ambil kira termasuklah gaji owner dan sebagainya. Cara mengenakan charges juga mungkin penyumbang…boleh gunakan khidmat bimbingan HR Biz Coaching, Insyaallah.
      Mohd Shubhi recently posted…Belajar pengajian perniagaan dalam tempoh 10 hariMy Profile

      Reply
  5. Anonymous

    Salam tuan. Saya azhari dari raub,pahang. Bisnes sekadar cukup-cukup makan. Biz saya,kek di pasar malam. Soalan saya,bolehkah saya belajar dengan tuan mengenai bisnes ? Bagaimana ? Apa syaratnya ? Dan,bagaimana menggunakan exxel sheet ? Saya boleh dihubungi di 0104151394. Terima kasih,tuan.

    Reply
  6. nurul

    tapi en shubhi..guna excel semata2 susah juga bila masa nak audit..pada pendapat saudara adakah lebih mudah guna accounting software?

    sekarang saya keje dgn sykt sdn bhd..guna excel semata tapi bila time audit memang pening kepala..ada pandangan?

    Reply
    1. Mohd Shubhi Abdul

      Ya Nurul,
      Betul tu! jika syarikat ada budget, tindakan bijak adalah dengan gunakan software dan pastikan kita tahu menggunakannya secara optimum.
      Kalau tak ada budget, ada syarikat yang menawarkan khidmat update bookkeeping, print report and budgeting dengan software setiap bulan dengan charges yang minimum.

      Salah satu syarikat saya ada sediakan khidmat tersebut..rujuk ke http://azamacc.eilham.com/.

      Namun begitu saya masih selesa gunakan excel sehingga sekarang dalam berangan-angan terhadap perkembangan perniagaan saya walaupun syarikat sudah punya accountant serta software.
      Terima kasih

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge