Kalau anda salah seorang ahli di Kelab Usahawan Hidup Ringkas, tentu perasan yang saya ada jemput rakan-rakan usahawan ‘fulltime’ untuk berkunjung ke Teratak Hidup Ringkas di Tanjung Sepat, Sepang.

Anda juga boleh lihat event yang saya buat itu di pageĀ  Hidupringkas kat sini.

Sembang santai acara bulanan

Sebelum ini memang saya ada anjurkan acara sembang santai setiap bulan di sekitar Shah Alam. Kemudian, disebabkan sibuk dengan kerja yang tak pernah habis, saya tangguhkan agak lama acara sembang santai usahawan tersebut.

Jadi sekarang saya mulakan balik acara sembang santai usahawan. Tapi lebih memilih berbanding dahulu. Kali ini saya hanya buka kepada rakan usahawan yang menjalankan perniagaan sepenuh masa sahaja.

Dan lokasinya juga saya dah ubah. Tak buat lagi di kedai kopi sekitar Shah Alam. Tapi di sebuah rumah sunyi yang saya panggil Teratak Hidup Ringkas.

Rumah itu terletak di Tanjung Sepat, Sepang. Berdekatan dengan kawasan pantai Bagan Lalang yang ramai orang pergi berkelah di hujung minggu.

Acara sembang santai usahawan akan saya anjurkan sebanyak sekali setiap hari Sabtu pertama setiap bulan. Bermula dari pukul 3 petang sehingga ke pukul 5.50 petang. Untuk bulan Oktober ini pertemuan akan di adakan pada hari sabtu nanti 6hb Oct 2018.

Kat tempat tu tak ada kedai makan dan minum. Rumah tu ada air sejuk kalau nak minum. Tapi kalau nak makan ringan-ringan, usahawan yang berminat nak sertai sembang santai dan lepak kat sana perlu bawa buah tangan masing-masing untuk dikongsikan.

Fungsi Teratak Hidup Ringkas

Tujuan saya buat Teratak Hidup Ringkas itu pada asalnya adalah untuk cuba wujudkan sebuah rumah penginapan yang ringkas.

Saya cuba nak amalkan budaya hidup ringkas di rumah sendiri yang saya kongsikan bersama anak-anak dan isteri. Tapi maklumlah!, bukan mudah nak yakinkan orang ikut gaya hidup kita. Memang tak bleh paksapun.

Walaupun orang yang nak diyakinkan itu adalah anak-anak sendiri dan isteri. Mereka tentu ada pilihan gaya hidup mereka sendiri yang orang lain tak boleh nak paksa ubah.

Oleh sebab tak dapat nak amalkan gaya rumah yang ringkas di rumah penginapan, maka saya nekad untuk cari sebuah lagi rumah singgahan. Kat rumah itu bolehlah saya ubah suai dan gayakan dengan serba ringkas menepati citarasa saya sendiri.

Maka jadilah Teratak Hidup Ringkas tu.

Rumah tu hanya ada perkara asas sahaja untuk menginap. Tak ada gadget dan tak ada hiasan. Yang ada banyak adalah koleksi buku-buku yang saya beli dari dulu. Kalau nak bermalam, memang ada 3 bilik dan katil cukup untuk 6 orang tidur.

Orang yang nak pergi tidur kat rumah tu kena sesuaikan diri untuk suasana sunyi tanpa TV. Telefon pintar juga agak terbatas sebab line tak berapa kuat kat situ. Bila saya bawa anak-anak ke rumah tu, mereka akan lebih aktif bermain sesama mereka tanpa diganggu dengan gadget dan TV.

Buat kerja di Teratak Hidup Ringkas

Biasanya, rumah itu jadi tempat buat kerja saya pada hari sabtu sekurang-kurangnya sebulan sekali. Saya akan bawa komputer dan segala dokumen lain untuk urusan kerja. Kalau nak buat kertas kerja, kat situ memang sesuai sebab sunyi dan tak ada banyak gangguan.

Oleh kerana nak optomumkan kegunaan rumah tu, maka saya anjurkan pertemuan dengan usahawan fulltime lain yang ada kelapangan, yang sudi untuk sembang santai kat sana sebulan sekali.

Matlamat utama sembang santai usahawan ini adalah untuk membina jaringan kawan-kawan usahawan sepenuh masa. Kat situ boleh dijadikan tempat bertukar fikiran dan perkongsian pendapat untuk memajukan diri.

Moga dengan usaha sedikit ini akan ada idea atau projek hebat lain yang muncul dengan kerjasama rakan-rakan usahawan yang konsisten sertai acara sembang santai ini. Insyaallah.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge