Anda usahawan?

Kalau ya!, kenalah ada MBA !

Bukan MBA yang biasa anda faham. Tapi “Masters in Business Aku”.

Itulah yang dikongsikan oleh Azad Jasmi dalam artikelnya kat bawah ni (Kenali Azad di akhir artikel ini).

Menarik untuk dibaca dan dihadam oleh semua usahawan dan bakal usahawan. Moga ada kebaikan yang tuan/puan dapat dari artikel ini.

MBA – Master in Business Aku

Ramai bermula proses pembelajaran dengan mengikuti sekolah pra-sekolah atau tadika / taska dan seterusnya melalui proses pembelajaran dari peringkat Darjah Satu sehinggalah ke Sekolah Menengah dan ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Persoalan yang cuba saya ketengahkan ialah dari segi subjek matapelajaran yang kita, rakan-rakan, saudara mara atau orang lain telah lalui bagi mendakap ilmu sejak dari zaman kita muda lagi.

Evolusi pembelajaran tidak terhenti dan masih berlangsung sehingga kini di dalam apa bentuk “matapelajaran” yang masih kita dokongi.

Seiring dengan pelbagai usul dan usaha serta cara di dalam meningkatkan lagi jumlah usahawan di negara ini, ada segelintir yang mempunyai pandangan bahawa Ilmu Perniagaan ini dapat diperolehi dengan hanya mengikuti kursus atau kelas atau setelah anda mencapai Diploma, Ijazah, Masters atau PhD, kita “layak” menjadi usahawan yang berjaya.

Jika formula ini tepat maka semua usahawan yang berjaya adalah dari mereka yang mempunyai pelajaran akademik tertinggi dan semua yang tidak mempunyai pelajaran tidak akan berjaya; namun formula ini tidak tepat.

Pada pandangan peribadi saya, “kelas” pembelajaran perniagaan “Masters in Business Aku” ini mempunyai subjek-subjek tertentu yang tidak ramai yang lulus.

Jika didalam mengecapi Ijazah umpamanya, kita perlu mengambil subjek sejumlah antara 120-140 Jam Kredit dengan barisan subjek-subjek tertentu, maka untuk menjadi usahawan juga terdapat pelbagai subjek yang saya ingin ketengahkan.

Jam Kredit Master in Business Aku ini tidak akan tamat dan tiada pengijazahan kerana program ini berterusan tetapi apa yang saya ingin kongsikan sedikit sebanyak kerana saya juga masih melalui “Kelas dan matapelajaran ini” dan mungkin akan tamat dalam masa 20-30 tahun atau 40 tahun lagi sekiranya umur panjang.

Mata pelajaran MBA- Master in Business Aku

Berikut adalah semua matapelajaran yang ada untuk lulus MBA

  1. Principle in Less Sleep
  2. Failure Management
  3. Asas Senyum Ketika Kecewa
  4.  Teori dan Praktikal Ikat Perut
  5. How to present to your funder
  6. Crying and Smiling Lessons
  7. Hated and Hatred
  8. Mental Stamina
  9. Physical Stamina
  10. God Is The Best Mentor
  11. Solat dan Berdoa
  12. The Power of Networking
  13. Bankrap ialah Kejayaan Berani Mencuba
  14. Risk, Risk Taker dan Taking Risk
  15. Asas Rajin Membaca
  16. Konsep Suka Bertanya
  17. Teori Sentiasa Positif
  18. Advanced Self Motivation
  19. Advanced Focus on Family & Loved Ones
  20. Theory of Supercars as Your Motivation
  21. Teori Dekatkan Diri Pada Pencipta
  22.  Teori Hargai Pandangan Orang Lain Walaupun Tak Setuju
  23. Teori Pakaian Bersih dan Kemas
  24.  Teori Jaga Bau Badan
  25. Konsep terus belajar dan belajar
  26. Introduction to “Jangan Merajuk”
  27. Principles of “Tak Perlu Komplen Kerajaan dan Keadaan”
  28. Asas Jangan Cerita Buruk Hal Orang
  29. Ada Bab “Jangan Marah Bank Jika Tak Dapat Loan Tapi Check Diri Sendiri Proposal Tak Lengkap”
  30. Thesis “Jika Banyak Merungut Elok Jangan Jadi Usahawan”
  31. Konsep “Cakap Yang Baik Sahaja, Yang Buruk Itu Elok Diam”
  32. Teori “Jangan Blame Bangsa Lain dan Jangan Blame Keadaan Jika Tak Berjaya”

Ada banyal lagi subjek-subjek yang anda akan pelajari sebenarnya. Ini hanyalah sebahagian.

Banyak matapelajaran yang anda perlu pelajari dari “Professor Alam” dan ” Doktor Situasi”.

Sekiranya anda ambil kelas “Failure” maka jika anda “Fail” dalam perniagaan atau percubaan maka anggaplah anda telah lulus matapelajaran itu dengan “Flying Colours”.

Jika anda tidak pernah merasa “Failure”, anda gagal matapelajaran tersebut.

Jika anda ingin dan sanggup menghadapi matapelajaran-matapelajaran tersebut, makan selamat datang ke “Faculty of Life Business School” dengan mendaftar didalam program “Masters in Business Aku”.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah, apabila kita memasuki atau ingin melibatkan diri di dalam “industri” atau bidang keusahawanan, kita perlu ada kekuatan stamina mental dan juga kekuatan stamina fizikal.

Elemen ini penting kerana dunia keusahawanan merupakan satu perjalanan yang berterusan dan kita perlulah mampu membawa diri kita, keluarga kita dan perniagaan kita melalui perjalanan ini.

Di dalam sesuatu perjalanan ini, pelbagai keseronokan dan kedukaan pasti berlaku. Hatta kita membawa diri kita ke suatu perjalanan percutian pun akan wujud pelbagai perkara yang tak diundang.

Namun apa yang penting ialah cara kita mengemudi kapal di lautan yang bergelora.

“Business is not a bed of roses even though you are selling the roses.” – Azad Jasmi

Apa yang saya ingin tekankan ialah, ramai menceburi bidang keusahawanan kerana tertarik dengan cerita manis, cerita hebat serta cerita sensasi yang di uar-uarkan di majalan, akhbar dan media sosial.

Tetapi kita jarang diceritakan tentang kesukaran yang dihadapi sebelum mencapai sesuatu kejayaan.

Artikel ini bukan bertujuan untuk memberikan persepsi negatif terhadap bidang keusahawanan tetapi ini memberikan satu perspektif umum tentang persediaan yang perlu dihadapi oleh hampir setiap usahawan.

Selamat maju jaya

Berikut maklumat tentang saudara Azad Jasmi:

Principal Trainer dan Pengarah Automotive TIC (TAJ International College). Beliau juga merupakan sorang Business Coach dan Trainer bersama INSKEN, TERAJU, SME Banks dan juga Jurulatih Pemanduan Professional serta pemandu rally dan racing.
Untuk sebarang sesi latihan atau Coaching boleh hubungi beliau di azadjasmi@yahoo.com

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge