ciri-ciri usahawan gemilangNak jadi usahawan mudah saja, tapi sekadar usahawan sahajalah!, sekadar menjadi usahawan banyak bezanya dengan menjadi usahawan cemerlang.

Semua orang boleh jadi usahawan, tak kira siapa dan di mana kedudukan anda, tiada kelayakan tertentu untuk menjadi usahawan. Tetapi bukan semua orang boleh jadi usahawan cemerlang.

Untuk jadi usahawan cemerlang mesti ada beberapa ciri-ciri atau sikap tertentu. Sikap-sikap itu biasanya ada pada semua usahawan cemerlang, tak kisah dalam apa saja bidang yang ia ceburi.

4 sikap perlu ada pada usahawan cemerlang

Tidak kisah samada anda tiada kelulusan tinggi, atau tiada rupa paras yang cantik, bukan daripada keturunan bangsawan ataupun sudah tua. Anda boleh jadi usahawan cemerlang jika ada empat perkara di bawah:

  1. Keazaman yang tinggi – Semua usahawan cemerlang perlu punyai semangat waja. Sekali memulakan sesuatu, usahawan cemerlang akan pastikan ianya dibuat sampai habis. Tiada istilah kerja sekerat jalan bagi usahawan cemerlang. Macam pelari marathon, walau apapun yang berlaku, larian mesti dihabiskan hingga ke garisan penamat.
  2. Rendah diri – Ramai yang kaitkan usahawan dengan sikap tinggi diri sedangkan sikap degil dan berlagak hebat adalah racun berbisa dalam perniagaan.
    • Yakin pada diri memang perlu tetapi jika bongkak membanggakan diri mengusai fikiran, anda akan lupa bahawa anda tidak tahu semua perkara. Menerima hakikat bahawa yang tidak diketahui lebih banyak daripada yang diketahui amat penting untuk menjadi usahawan cemerlang.
    • Usahawan cemerlang akan sentiasa membuat pencarian ilmu, sentiasa bertanya dan sentiasa mencuba pendekatan baru.
    • Usahawan cemerlang sentiasa fleksibel dan bersedia menukar hala bila diperlukan apabila bertemu maklumat baru. Sikap sebegitu banyak menyelamatkan kesilapan dan kehancuran perniagaan.
  3. Nekad dan tegas – Masalah utama orang tak berhenti kerja dan berniaga adalah berpunca dari sikap lembik dan tidak tegas dalam membuat keputusan. Memang patutpun orang sebegitu teruskan dengan hidup makan gaji dan berterusan menjadi lembik dan tidak tegas membuat sesuatu keputusan.
    • Dalam menjalankan sesebuah perniagaan, ada banyak ketika akan bertemu dengan persimpangan. usahawan cemerlang akan nekad dan tegas membuat serta memlih satu keputusan.
    • Sebaik sahaja keputusan dibuat, usahawan cemerlang akan mengambil tanggung jawab ke atas semua yang akan berlaku. Mereka tidak akan cuba menyalahkan orang lain samada baik atau buruk akibatnya nanti.
    • Sering berlaku orang yang ‘terpaksa’ berhenti kerja lalu berniaga akan mula salahkan orang lain atas apa yang berlaku jika sesuatu yang buruk terjadi. Itu ciri-ciri usahawan mangkaq yang tidak nekad dan tegas dalam membuat keputusan.
    • Kerja usahawan sepanjang masa adalah mengumpulkan maklumat, membuat analisa dan seterusnya perlu membuat keputusan. Jika tiada sikap tegas dan nekad ini, tidak ada apa-apa yang akan bergerak.
  4. Punyai minda analitik – Saya dah tulis berkenaan perkara ini sebelum ini. Ada ramai yang pening dengan apa yang saya tuliskan hari itu. Mungkin artikel ini dapat mencerahkan lagi pemahaman terhadap minda analitik.
    • Seperti yang disebut di atas, kerja usahawan dari hari pertama dia buat keputusan untuk letak jawatan, adalah mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin. Maklumat yang ada perlu dilakukan analisa yang untuk mencungkil satu rumusan yang paling baik. Urusan membuat analisa itu perlu kepada minda analitik.
    • Biasanya mereka yang belajar ilmu statistik banyak didedahkan dengan keupayaan membuat analisa dengan baik. Oleh itu cubalah belajar memahami statistik.
    • Minda analitik biasanya tidak pernah berhenti bertanya. Bila bertanya mereka bertanyakan soalan yang baik. Jawapan kepada soalan pertama akan disusuli dengan soalan kedua. Tidak hairan orang yang berminda analitik terus bertanya sehingga 5 tangga soalan. Semua itu digunakan untuk mengenal pasti samada apa yang dilakukan berkesan. jika tidak berkesan mereka akan ubah perancangan.

Tak banyak bukan!, mudah saja untuk jadi usahawan cemerlang. Apakah anda rasa ada kesemua empat perkara yang saya sebutkan di atas tadi?

Jika anda ada kesemua ciri-ciri di atas, bermakna sudah boleh menjadi usahawan cemerlang. Tapi kalau nak pastikan lagi elok bertanya kepada kawan-kawan atau saudara rapat yang kenal dan biasa bekerja sama dengan anda.

Bertanyalah pada mereka dan minta mereka menjawabnya dengan jujur. Biasanya orang yang pernah buat kerja dengan kita dapat menilai samada ciri-ciri empat perkara di atas ada pada kita. Jika ada, buatlah apa saja, insyaallah anda akan berjaya.

Dan jika anda jadi usahawan, insyaallah akan jadi usahawan cemerlang!

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

10 comments

  1. As salam tuan

    Saya terjumpa web tuan ketika saya meng google mengenai usahawan. Saya merupakan seorng doktor perubatan yg sudah berkhidmat selama 12 tahun. Selama bergelumang dgn bidang perubatan selama 17 tahun ( trmasuk 5 tahun di univ), saya menyedari bahawa passion saya bukanlah bekerha di klinik atau hospital. Saya minat utk bisnes. Saya telah mencuba beberapa perniagaan kecil2 spt menjual kain dan batik ( kerana ingin escape drp bidang perubatan) tetapi semuanya tidak berhasil dan sukar bagi saya kerana bg saya ianya lebih sukar drp merawat pesakit. Setelah berfikr panjang, saya merasakan bahawa jika ingin berniaga saya mesti berniaga sesuatu yg saya know about, dan itu adalah bidang perubatan juga.Skrg saya sudah mula membuka syarikat pembekalan perubatan dan saya mendapat respon yg sangat positif dr segi market demand. Walaupun hanya beroperasi dari rumah tapi respond ada respond dari customer. Saya nekad utk berhenti kerja dan akan menyerahkan surat perletakan jwatan hari ni. Namun keluarga tidak begitu menyokong keputusan saya utk resign dan membuka office. Mereka bimbang saya tidak berjaya dan gagal dlm bisnes .mereka juga bimbang saya tidak mampu membayar sewa ofis. Namun saya yakin rezeki itu dari Allah dan saya telah berkali2 solat istikharah. Mohon pandangan tuan

    Terima kasih

    Rozita

    1. Itu lumrah yang sering berlaku pada kita yang ada pekerjaan makan gaji lalu nak berhenti berniaga. Mereka hanya rasa rugi tambahan pula Puan seorang Doktor perubatan yang dipandang tinggi statusnya.

      Ambil tahu kerisauan mereka dan sediakan perancangan yang meyakinkan untuk diterangkan pada mereka. Jika Puan dapat berikan penerangan dengan baik, Insyaallah mereka akan terima.

      Jika mereka masih tidak sokong, mohon kerjasama mereka agar jangan berhenti risau sebalaiknya mendoakan kejayaan Puan. Dalam perancangan jangan lupa pertimbangan kemungkinan paling buruk yang mungkin boleh berlaku dan jika berlaku apa jalan keluarnya.

      Moga Puan berjaya dan diberikan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan menuju kejayaan… insyaallah!

      Terima kasih sudi membaca blog ini.

  2. semua sikap yang perlu ada di dalam diri seseorang usahawan.. Tegas tapi rendah diri kena ada.. Usahawan yang berjaya tidak akan takut pada sebarang ujian kerugian, malah bagun kerana dia nekad untuk meceburi bidang usahawan ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge