idea niaga bidang pembuatanSecara umumnya hanya ada dua jenis idea perniagaan yang kita semua boleh buat, pertamanya adalah idea Bisnes Pembuatan dan keduannya adalah idea Bisnes Perkhidmatan.

Bagi orang yang faham ilmu ekonomi, aktiviti ekonomi yang sebenar yang boleh mengekalkan kemakmuran  sesebuah negara adalah apa saja aktiviti yang melibatkan bisnes pembuatan.

Daripada bisnes pembuatan, barulah muncul segala bisnes perkhidmatan. Guna bisnes perkhidmatan adalah untuk memberi sokongan kepada kepada aktiviti bisnes pembuatan.

Antara bisnes perkhidmatan yang menyokong aktiviti bisnes pembuatan adalah seperti logistik, kewangan, pergudangan, perundingan dan lain-lain lagi seumpamanya.

Kenapa bisnes pembuatan penting

Sebenarnya bisnes pembuatan ini amat penting. Samada kepada sesebuah negara mahupun kepada para usahawan yang mahu melebarkan perniagaannya ke seluruh dunia.

Peluang untuk melebarkan pasaran sesebuah bisnes pembuatan adalah jauh lebih berpotensi berbanding bisnes perkhidmatan. Kita ambil contoh industri pembuatan perabut, selain daripada memasarkan produk perabut di dalam negara, anda juga boleh pasarkan perabut yang dibuat di dalam negara ke pasaran antarabangsa.

Jadi, fakta penting kat sini adalah, bisnes pembuatan boleh diekspot dengan mudah dan hasil pendapatannya lebih banyak masuk dan kekal di dalam negara. Ia juga membuatkan banyak lagi industri lain yang berkait dengan aktiviti bisnes pembuatan tersebut turut sama berkembang.

Sebaliknya, jika anda kembangkan bisnes perkhidmatan seperti Bisnes Cuci Bangunan ke luar negara, ianya jauh lebih sukar, walaupun tidak mustahil untuk berbuat sedemikian. Hasil dari aktiviti bisnes perkhidmatan juga jauh lebih rendah kekal dalam negara asal sebab segala keperluan sumber tenaga dan bahan boleh didapati di negara tempat anda buka cawangan.

Ada caranya untuk jadikan bisnes perkhidmatan lebih mudah dikembangkan keluar negara, tapi kita bincang bab tersebut di lain masa. Kelebihan memulakan perniagaan perkhidmatan adalah ianya lebih mudah untuk dimulakan berbanding bisnes pembuatan, sebab itu saya mulakan perniagaan saya dengan bisnes perkhidmatan.

Tapi jauh disudut hati, saya sentiasa idamkan untuk memulakan satu bisnes pembuatan yang boleh berkembang maju dan mampu dipasarkan di seluruh dunia. Sampai sekarang saya masih mencari dan memikirkan idea bisnes pembuatan yang boleh dilaksanakan.

100 idea bisnes pembuatan yang boleh anda cuba

Hasil dari perkongsian idea para ahli di Kelab Usahawan HR, berikut saya ringkaskan senarai 100 idea bisnes pembuatan yang boleh anda fikirkan untuk diusahakan. Ada lebih dari 100 idea yang dikongsikan oleh para ahli kelab usahawan HR. Kalau nak senarai semua idea tersebut, anda boleh sertai Kelab tersebut, mohon jadi ahli, dan tengok perkongsian 100 idea bisnes pembuatan di sana.

  1. Pen
  2. Pensil
  3. Kotak pensil
  4. Buku nota
  5. File
  6. Tray
  7. Meja dan kerusi pejabat
  8. Almari atau kabinet pejabat
  9. Permaidani pejabat
  10. lain-lain peralatan pejabat yang boleh difikirkan lagi

Berikut adalah idea bisnes pembuatan yang berhubung kait dengan peralatan dapur dan memasak

  1. Pinggan mangkuk
  2. Sudu, garfu, senduk dan seumpamanya
  3. Periuk, belanga, kuali dan seumpamanya
  4. Kabinet dapur
  5. Pisau dapur
  6. Pencuci pinggan mangkuk
  7. Tuperware
  8. Rak pinggan mangkuk dari besi
  9. Almari simpan lauk
  10. Pencungkil gigi
  11. Papan pemotong dapur
  12. Dapur gas
  13. Peti ais
  14. Alat pengisar makanan / Blender
  15. Radio kecil

Berikut pula adalah idea bisnes pembuatan yang berkaitan dengan pakaian dan ketrampilan

  1. Pakaian kanak-kanak
  2. Pakaian wanita
  3. Pakaian lelaki
  4. Kain pelikat
  5. Kain batik
  6. Tudung
  7. Butang dan zip pakaian
  8. Sikap, sepit, cekak, dan seumpamanya
  9. Minyak rambut lelaki
  10. Minyak zaitun
  11. Losyen kecantikan
  12. Pakaian seragam sekolah
  13. Kasut sekolah
  14. Kasut kulit
  15. Tali pinggang
  16. Seluar dalam wanita
  17. Seluar dalam lelaki
  18. Jam tangan
  19. Tali leher
  20. Stokin
  21. Pakaian sukan
  22. Barang kemas wanita

Berikut pula adalah barang-barang berkaitan bilik mandi dan tandas

  1. Timba, besen, tong air dan seumpamanya
  2. Sabun, syampu dan seumpamanya
  3. Pisau cukur
  4. Cermin bilik air
  5. Tuala
  6. Slipper
  7. Jubin terracotta
  8. Mangkuk tandas
  9. Sinki
  10. Kepala paip, shower dan seumpamanya
  11. Berus gigi
  12. Ubat gigi
  13. Berus plastik, berus tembaga dan seumpamanya
  14. Tong tadah air
  15. Kolam tadah air pasang siap
  16. Mesin cuci pakaian

Ini pula adalah idea berkaitan dengan makanan dan minuman

  1. Minuman segera 3 dalam 1
  2. Air botol jus buah-buahan
  3. Air botol minuman bertenaga
  4. Gula-gula
  5. Jeli
  6. Nugget
  7. Burger
  8. Sausage
  9. Maruku
  10. Kuih tradisional
  11. Santan kotak
  12. Santan serbuk
  13. Tepung gandus
  14. Tepung beras
  15. Tepung jagung
  16. Tepung roti canai
  17. Tepung ranggup
  18. Tepung kek
  19. Pewarna makanan
  20. Perisa makanan dan munuman
  21. Jus sirap pekat
  22. Kicap dan sos
  23. Sardin
  24. Bekas makanan bio-degradable
  25. Pembungkus makanan bukan plastik
  26. Stall peniaga makanan mudah alih
  27. Trak menjual makanan dan minuman
  28. Biskut berbagai jenis
  29. Coklat
  30. Minyak masak
  31. Mee
  32. Bihun
  33. Fishball, meatball, fishcake dll
  34. Tauhu
  35. Acuan kuih dan lain-lain lagi

Lain-lain

  1. Bata pembinaan
  2. Kon aiskrim
  3. Aiskrim
  4. Kipas angin
  5. Lampu
  6. Skru dan nut
  7. Penapis minyak enjin
  8. Minyak pelincir kenderaan
  9. Absorber kenderaan
  10. Pewangi
  11. Jubin terracotta bumbung
  12. Makanan haiwan peliharaan
  13. Helmet
  14. Joran
  15. Pukat
  16. Pakaian hujan
  17. Panel solar
  18. Bateri
  19. Plug 3 pin
  20. Wayar eletrik

Sudah pasti ada terlalu banyak lagi idea bisnes pembuatan lain yang jauh lebih menarik untuk difikirkan. Tak kira apa produk yang anda nak buat, yang penting pastikan ianya ada pasaran dan anda yakin kelebihan produk tersebut berbanding pesaing.

Jika anda ada idea bisnes pembuatan yang menarik, yang ada potensi untuk eksport ke luar negara dan dapat dipasarkan ke seluruh dunia. Sila kongsikan kat bawah di runag komen tu. Jika anda tak ada modal untuk start-up, saya berminat untuk bantu anda setakat yang termampu.

Total
105
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

5 comments

  1. Assalamualaikum..
    Saya sangat berminat dalam bidang pembuatan perabut kayu pine. Tetapi tidak tahu cara mecari pasaran. Sekarang saya menggunakan laman sosial mudah.my dan facebook tetapi tidak berjaya.

    Dari HASRIM BIN GHAZALI
    TEL: 0139285035

  2. assalamualaikum
    tuan bisnes pembuatan barangan medikal juga amat baik. setiap tahun kkm menganjurkan hari inovasi untuk warga kerja.dan terdapat banyak idea produk inovatif yg boleh dipasarkan.

  3. Yeyy idea saya pun ada dimasukkan sekali! Satu usaha yg murni dan bagus tuan shubhi tahniah teruskan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge