jumlah usahawanApakah antara faktor utama membuatkan sesebuah negara rakyatnya terjun menjadi usahawan ?

Kajian menunjukkan bahawa 2/3 daripada orang dewasa di seluruh dunia berpendapat menjadi usahawan merupakan pilihan kerjaya yang terbaik.

Tapi adakah pendapat ini diterjemahkan kepada tindakan dengan majoriti orang dewasa terjun menjadi usahawan ?

Untuk menjawab soalan tersebut di atas kita boleh meninjau suasana dunia keusahawanan di seluruh dunia. Juga senarai negara di dunia yang mempunyai peratusan paling ramai usahawan. Semua maklmat itu boleh dilihat pada data bancian yang dilakukan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) pada tahun 2014.

Negara ramai usahawan yang mengejutkan

Hasil daripada bancian yang dikeluarkan oleh GEM sebenarnya amat mengejutkan saya secara peribadi. Andaian yang saya buat selama ini ternyata salah sama sekali.

Sebab itu penting untuk kita buat kajian dan semakan secara saintifik sebelum mengesahkan apa saja andaian yang tertanam dalam benak kepala. Kebanyakan dari masa, apa yang kita percaya dan andaikan adalah salah dan bertentangan daripada fakta sebenar.

Dalam dunia keusahawanan, data statistik memainkan peranan yang amat penting dalam semua urusan membuat keputusan. Bukan tak boleh buat keputusan ikut kata hati, tapi biarlah kita penuhkan dada terlebih dahulu dengan maklumat hasil daripada aktiviti pemerhatian dan pembacaan, kemudian barulah ikutkan kata hati.

15 negara paling ramai usahawan di dunia

Jom kita lihat senarai 15 negara paling ramai usahawan di dunia di bawah:

  1. Uganda – 28.1%
  2. Thailand – 16.7%
  3. Brazil – 13.8%
  4. Cameroon – 13.7%
  5. Vietnam – 13.3%
  6. Angola – 12.4%
  7. Jamaica – 11.9%
  8. Bostwana – 11.1%
  9. Chile – 11%
  10. Philippines – 10.5%
  11. China – 10.2%
  12. Indonesia – 10.1%
  13. Ecuador – 9.9%
  14. Burkina Faso – 9.7%
  15. Guatemala – 9.2%

Tak lengkap jika hanya tahu senarai negara paling ramai usahawan di dunia jika tidak dilihat pula senarai negara paling sedikit jumlah usahawan di dunia.

Oleh itu, jom lihat pula senarai negara paling sedikit jumlah usahawan di dunia di bawah.

15 negara paling sedikit usahawan di dunia

  1. Suriname – 0.2%
  2. Puerto Rico – 1.3%
  3. Italy – 1.3%
  4. Japan – 1.3%
  5. France – 1.7%
  6. Kosovo – 1.8%
  7. Sweden – 1.9%
  8. Crotia – 2%
  9. Spain – 2.2%
  10. Luxemberg – 2.3%
  11. Finland – 2.3%
  12. Germany – 2.3%
  13. Russia – 2.4%
  14. Ireland – 2.5%
  15. India – 2.5%

Untuk makluman pembaca, jumlah rakyat Malaysia yang menjadi usahawan adalah dalam lingkungan 4 ke 5% sahaja. Memang tak ramai sebenarnya.

Faktor penyumbang negara ramai usahawan

Antara faktor yang menyebabkan orang dewasa tidak terjun jadi usahawan adalah faktor TAKUT. Apatah lagi jika peluang kerja makan gaji adalah tinggi di sesebuah negara itu. Seperti negara kita Malaysia, kerja makan gaji adalah sesuatu yang mudah.

Faktor utama rakyat sesebuah negara ramai jadi usahawan berdasarkan data di atas adalah disebabkan nak hidup.

Dari data negara yang ramai usahawan di atas, kita boleh lihat hampir semunya bukanlah merupakan negara yang maju. Peluang cari makan dengan makan gaji adalah sukar di negara-negara tersebut.

Oleh itu mereka perlu buat sesuatau untuk cari makan. Dan sudah tentu jalan paling logik adalah dengan menjadi usahawan.

Faktor survival inilah yang menjadi punca 15 negara tertinggi jumlah usahawan di atas, terjun jadi usahawan. Mereka terjun berniaga untuk cari makan.

Begitu juga di negara kita. Jika dilihat sebab apa kawan-kawan usahawan diluar sana terjun berniaga jadi usahawan, paling ramai buat begitu sebab nak hidup. Ada yang terpaksa sebab kena buang kerja dan ada yang terpaksa sebab kerja makan gaji tak berapa cukup pendapatannya. Ada juga yang jadi usahawan sebab mengaji tak bagus untuk melayakkan mereka dapatkan kerja makan gaji dengan bayaran yang lumayan.

Misi hidup berbakti bukan motivasi utama

Motivasi untuk mengejar impian dan menyumbang kepada kehidupan manusia yang lebih baik dengan menjadi usahawan sebenarnya tidak berapa ada pada kebanyakan usahawan terutamanya di negara dunia ketiga.

Apatah lagi di negara membangun dan sedang membangun yang mana ada peluang pekerjaan yang banyak.

Memang sukar nak cari usahawan yang sedang sedap makan gaji dengan kedudukan tinggi dan pendapatan besar, berhenti kerja dan berniaga. Ini sesuatu yang amat rare sebenarnya, bukan saja di negara kita malah di seluruh dunia.

Negara maju usahawan tak ramai

Jika dilihat pula senarai negara paling sedikit jumlah usahawannya, ada banyak juga negara-negara yang maju. Negara Scandinavian contohnya ke depan dalam banyak perkara termasuklah dalam bab teknologi, pendidikan dan ekonomi.

Tapi jumlah usahawan di negara mereka tak ramai. Punca utamanya, pada pendapat saya adalah disebabkan kemudahan untuk cari makan dengan makan gaji.

Oleh kerana mudah makan gaji, tetapi masih ada juga yang terjun jadi usahawan, maka mereka yang jadi usahawan benar-benar melakukannya atas dasar mengejar impian dan punya matlamat yang jelas dan hebat.

Maka tidak hairanlah mereka melahirkan usahawan-usahawan yang hebat bertaraf dunia.

Anda biasa-biasa saja jika makan gaji

Jika anda memang teringin nak jadi usahawan, tapi takut dan masih kekal makan gaji sampai sekarang dan mungkin akan kekal begitu sampai pencen nanti, janganlah rasa sedih sangat. Anda sebenarnya normal macam orang biasa-biasa kat luar sana tu.

Tetapi seandainya anda nak berubah dan tidak mahu berpuas hati sekadar jadi orang biasa-biasa, maka buatlah keputusan sekarang untuk terjun jadi usahawan. Terjun juga walaupun dalam keadaan mudah untuk cari makan dengan makan gaji. Itu baru hero namanya.

Memang usahawan merupakan orang luar biasa sebenarnya. Dan mereka tidak sama macam anda yang makan gaji. Terutamanya jika negara masih ada banyak peluang makan gaji.

Nota:

Kajian jumlah usahawan di atas dilakukan dengan mengambil kira berapakah orang dewasa yang menubuhkan dan penjalankan perniagaan samada bersendiri atau dengan rakan kongsi dan telah membayar gaji sekurang-kurangnya selama 4 bulan.

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

11 comments

  1. Sya ingin bertanya tuan .. saya sbnar ya ingin tahu bedasarkan statistic di atas masih banyak lg peluang utk Rakyat Malaysia bukan .. satu lg saya ingin tahu di Salam Negara Kita bidang apakah yang paling banyak diceburi usahawan ..

  2. Assalamualaikum Tuan Shubhi,

    Terima kasih di atas pengetahuan yang dikongsikan. Secara peribadi saya juga terkejut dengan data senarai negara paling ramai usahawan.

    Saya amat bersetuju dengan Tuan Shubhi, faktor yang mudah untuk mendapatkan pendapatan melalui makan gaji menjadi seseorang memilih jalan selamat dan tidak berani mengambil risiko dalam bidang usahawan.

    Saya juga masih mempunyai pendapatan aktif melalui sumber makan gaji. Dan dalam masa yang sama saya meminati bidang keusahawanan, jadi saya mempelbagaikan sumber pendapatan saya dengan memperolehi pendapatan pasif melalui bisnes secara kecilan. Banyak faktor sebenarnya yang mendorong saya melakukan bisnes secara kecilan selain minat.

    Terima kasih Tuan Shubhi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge