pemasaranBagaimana memahami dan menggunakan seni membaca nombor untuk buat duit ?

Ayat atau pertanyaan di atas merupakan salah salah satu daripada 5 modul yang saya gunakan untuk membimbing mereka yang telah jalankan perniagaan dan ada kemahuan untuk tingkatkan lagi perniagaan mereka.

Pembaca tetap blog ini tentu ada yang bertanya…

” Kenapa masih nak cakap pasal buat duit sedangkan dalam tulisan sebelum ini di artikel yang bertajuk ‘ Buat duit bukan matlamat utama berniaga, betulkah? ‘, saya katakan buat duit bukan matlamat utama berniaga ? “

Untuk yang bertanya, saya terangkan sekali lagi.

Jumlah duit yang kita buat samada banyak atau sedikit adalah satu sistem ukur yang paling mudah untuk mengetahui kedudukan perniagaan kita samada berjaya mencapai matlamat utamanya atau tidak.

Matlamat utama salah satu daripada syarikat saya, iaitu syarikat Easelife Services Sdn Bhd, yang menceburi bidang Pest Control adalah,

” Untuk menjadi syarikat Pest Control No 1 yang paling dipercayai di Malaysia “

Macam mana nak ukur dengan mudah untuk menentukan saya semakin menghampiri matlamat utama yang saya sasarkan di atas ?

Jawapan yang paling ringkas adalah dengan mengukur berapa banyak duit yang syarikat saya jana !.

Logik mengukur jumlah duit yang dibuat

Logiknya amat mudah.

Jika syarikat saya menjana banyak duit, itu bermakna ada banyak pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat tersebut.

Jika keuntungan yang syarikat buat adalah tinggi, itu bermakna ramai pelanggan yang puas hati dan sanggup mengeluarkan kos yang berbaloi untuk mendapatkan khidmat syarikat.

Tak ada pelanggan yang akan sanggup berurusan dengan saya jika mereka tak percaya keupayaan syarikat untuk selesaikan masalah mereka.

Nampak tak ?

Ia menjurus kepada kepercayaan terhadap syarikat. Ada hubung kait yang amat rapat dengan kepercayaan.

Bukankah itu tanda syarikat sedang menghampiri kepada matlamat menjadi syarikat yang paling dipercayai ?

Ukur lagi jumlah duit yang dibuat

Saya teruskan lagi tanpa jemu untuk mengukur jumlah duit yang syarikat buat. Dan didapati duit yag telah dibuat sentiasa meningkat saban bulan, saban tahun.

Ertinya pelanggan syarkat semakin bertambah.

Ia juga boleh membaca maksud permintaan terhadap tawaran yang syarikat buat semakin bertambah. Pelanggan yang ada membuat pembelian yang lebih banyak.

Ia juga bermaksud pelanggan yang ada menyarankan orang lain agar turut sama menggunakan khidmat syarikat saya.

Agak-agaknya, ada tak pelanggan akan sarankan orang lain untuk ambil khidmat syarikat seandainya mereka tak percaya pada syarikat saya ?

Tentu tidak !

Terbukti bahawa saya semakin menghampiri matlamat yang disasarkan. Iaitu untuk menjadi syarikat yang paling dipercayai di Malaysia.

Saya harap kes berniaga dan kira berapa banyak syarikat buat duit boleh diterima sekarang bahawa ia tidak bermakna tokeh itu seorang yang gila duit.

Duit hanyalah sekadar alat mengukur kedudukan syarikat dalam mencapai matlamat yang disasarkannya.

Jika anda faham asas tersebut, anda akan setuju bahawa dalam kepala seorang usahawan dia akan sentiasa memikirkan bagaimana nak pastikan sasarannya tercapai.

Dalam kes saya, usaha paling berat adalah untuk merangka apa saja strategi bagaimana nak pastikan orang percaya dengan keupayaan syarikat saya dalam menunaikan segala janjinya.

Tak akan timbul idea nak tipu orang untuk buat duit. Hanya yang ada adalah kejujuran agar pelanggan mempercayai kesungguhan seluruh kakitangan syarikat untuk memuaskan hati pelanggan.

Seni membaca nombor untuk buat duit

Sebut saja nombor fikiran akan melayang memikirkan ilmu Matematik.

Ini kelemahan kebanyakan orang kita. Ramai orang yang mengakuinya secara spontan. Orang kita tanpa segan silu akan kata dia lemah matematik.

Entah betul entah tidak orang kita lemah matematik saya tak dapat pastikannya. Tapi yang pasti keputusan pencapaian subjek matematik di kalangan orang kita amat mengecewakan.

Mungkin sikap redho tanpa berusaha membunuh hasrat untuk berusaha. Main percaya yang diri lemah matematik, dan redho berterusan dengan kelemahan tersebut.

Kita perlu buang kepercayaan bahawa diri lemah matematik. Belajar dan disiplinkan diri untuk cuba memahaminya adalah satu jihad yang besar yang perlu kita lakukan.

Nombor juga sering dikaitkan kepada subjek Akaun. Jika anda seorang usahawan, anda tentu tak suka sebut perkataan akaun atau kunci kira-kira.

Sama macam matematik, akaun juga ramai yang tak suka. Sikap tak suka terhadap akaun itu diterjemahkan dalam sikap kita menguruskan perniagaan.

Majoriti usahawan tak buat akaun.

Itu satu fakta yang amat menyedihkan !

Pengalaman saya sendiri menyaksikan dalam 100 usahawan, paling banyak 10 orang saja yang buat akaun.

Bukan perkara besarpun dalam bab akaun menjalankan perniagaan. Paling asas adalah mengira berapa banyak duit masuk dan berapa banyak duit dibelanjakan dalam menjalankan perniagaan.

Itupun tak buat !

Orang utara kata, ” lambat siang nak berniaga !

Setelah beberapa tahun berniaga, perniagaan bukannya semakin meningkat. Sebaliknya semakin merosot.

Macam mana tahu perniagaan semakin merosot ?

Bila hutang yang dikumpul sudah tidak mampu lagi dijelaskan.

Itupun sebab orang yang berikan hutang datang mengejar. Kalau bukan kerana orang kejar hutang, sudah tentu tak sedar perniagaan merosot.

Tak sedar sebab tak pernah ambil peduli berapa duit di jana dan berapa banyak dibelanja.

Kalau anda tak percaya, pergi tanya kawan-kawan yang sedang murung perniagaan teruk dan tengah kepanasan nak buat hutang.

Tanya samada mereka ada buat segala catitan berapa duit keluar dan berapa  duit masuk ?

Besar kemungkinan, jawapannya adalah…

” Masa mula-mula berniaga dulu memang ada buat, lepas tu tak sempat nak buat dek kesibukan ! “

Itulah alasan mereka. Alasan yang langsung tak boleh diterima.

Apa seni membaca nombor untuk buat duit ?

Ok ! minta maaf sebab membebel panjang, tapi masih tak cerita apa ke benda seni membaca nombor untuk buat duit.

Secara ringkasnya, ia adalah seni mencatitkan segala perincian kewangan dalam menguruskan perniagaan kita.

Lagi terperinci lagi baik.

Berapa duit masuk ?

Hasil daripada jualan produk mana ?

Pelanggan jenis macam mana yang bagi duit untuk beli produk tertentu ?

Bila waktunya ? musim apa ? bulan berapa ? berapa hari bulan ?

… dan lain-lain seumpamanya.

Begitu juga dengan belanja.

Bayar kat siapa ? banyak mana ? bila ? kenapa ? dan seumpamanya.

Kemudian tolak untuk dapatkan baki. Duit masuk ditolak belanja berapa yang tinggal ? positif atau negatif. Lebih atau kurang ?

Kalau lebih banyak mana ? Kenapa lebih ?

Kalau kurang kenapa ? apa yang tak kena ? kemana duit menghilang ?

Nampak tak ?

Semua soalan yang timbul adalah interpretasi daripada nombor yang kita jegilkan mata untuk membacanya.

Itulah seni melihat nombor untuk buat duit.

Tapi kalau tak catit semua nombor tu, apa soalan yang anda boleh tanya ?

Oh ! ya !

Kalau tak catit semua itu, soalan yang anda akan tanya adalah…

Ada tak dana yang boleh saya dapat dari kerajaan ?

Itulah soalan yang sering saya jumpa khas untuk kebanyakan usahawan yang tak ada jiwa untuk memahami seni asas membaca nombor untuk buat duit.

Pedas kan ?

Terasa ke ?

Tiada maaf bagi mu ! kalau nak berjaya mencapai sasaran perniagaan anda, sila fahami seni membaca nombor untuk buat duit dengan lebih banyak.

Total
18
Shares

Subscribe

Subscribe now to our newsletter

3 comments

  1. Terbaik Tuan.
    terima kasih atas perkongsian,xsia sia membaca walau saya ni masih belum berniaga,.
    tu bolehh gunakkan ntukk diri sendiri juga,
    insyaAllah ada jalan

  2. Terima kasih Tuan Bihi..
    faham dengan penerangan seni membaca nombor ni..
    segala nombor2 operasi keluar masuk kita berniaga memang kena perinci kan..
    pengalaman bisnes online selama 2 tahun dengan tidak ada buat account mengajar saya erti kegagalan dalam bisnes..
    Alhamdulillah..pengalaman “emas ” untuk memulakan bisnes buat kali kedua..
    pengalaman kesilapan lalu menjadikan kita beringat untuk menjalankan biz dengan baik.
    Syukran Tuan Coach

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*

CommentLuv badge